Kemaskinian untuk Audio Chromecast anda

Untuk menggunakan ciri terkini dan terhebat yang disediakan pada Audio Chromecast, peranti anda mungkin perlu dikemas kini kepada versi perisian yang terkini. Pengemaskinian ini dilakukan secara automatik sebagai sebahagian daripada persediaan supaya anda tidak perlu melakukan apa-apa untuk menerima kemas kini tersebut. 

Nota: Semasa kemas kini dijalankan, Audio Chromecast tidak dapat melakukan penghantaran. Sila tunggu sehingga kemas kini selesai untuk cuba menghantar. 

Berikut ialah ikhtisar tentang perkara yang anda harus jangkakan semasa mengemas kini:

  • Apl Google Home akan memberikan penujuk kemajuan persediaan.
  • Anda boleh menggunakan LED di bahagian belakang Audio Chromecast untuk mengesahkan Chromecast tersebut masih menerima kemaskinian.
  • Kemas kini biasanya mengambil masa sehingga 10 minit. Jika pengemaskinian mengambil masa lebih lama, sila pastikan sama ada peranti masih mengemas kini dengan memeriksa status LED. LED akan menunjukkan merah berkelip semasa menerima kemas kini.
  • Jika perlu, but semula Audio Chromecast anda untuk memulakan semula kemaskinan.. 
    • Cabut palam daripada sumber kuasa, tunggu seminit, kemudian palamkan kembali.

Jika isu berterusan, lakukan tetapan semula kilang pada peranti dan cuba sediakan sekali lagi, sebaik-baiknya pada rangkaian 2.4 GHz, jika ada.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
12249415632296625949
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
85561
false
false