Hantar video daripada apl berdaya Chromecast ke TV anda

Penghantaran kepada TV ialah cara mudah untuk menikmati apl kegemaran anda yang dioptimumkan untuk skrin besar. Anda boleh menggunakan peranti mudah alih atau tablet anda sebagai alat kawalan jauh dan mengawal segala-galanya daripada main balik kepada kelantangan melalui apl Google Home. 

Sebelum mula menghantar

  1. Sambungkan peranti mudah alih, tablet atau komputer anda kepada rangkaian Wi-Fi.
  2. Peranti mudah alih, tablet atau komputer yang anda gunakan untuk penghantaran mestilah disambungkan kepada rangkaian Wi-Fi yang sama dengan Chromecast atau TV dengan Chromecast Built-In anda. 
  3. Anda mestilah menjalankan versi terkini apl berdaya Chromecast. Anda boleh menyemak dua kali versinya pada bila-bila masa untuk memastikan anda menggunakan versi terkini dengan melawati Google Play Store atau Apple App Store dan melakukan semakan untuk mendapatkan kemaskinian apl.

Hantar daripada apl berdaya Chromecast kepada TV anda

  1. Pastikan peranti mudah alih, tablet atau komputer yang anda gunakan untuk menghantar menggunakan rangkaian Wi-Fi yang sama seperti yang digunakan oleh Chromecast atau TV dengan Chromecast Built-in.
  2. Buka apl berdaya Chromecast.
  3. Ketik butang Hantar Inactive cast extension .
    • Nota: Butang Hantar tidak terletak di tempat yang sama pada semua apl berdaya Chromecast.
  4. Ketik peranti yang akan menerima penghantaran.
  5. Apabila sudah bersambung, butang Hantar akan bertukar warna, menunjukkan bahawa anda sudah bersambung.
  6. Sekarang anda boleh menghantar video, filem dan rancangan TV terus ke TV anda.
  7. Untuk berhenti menghantar, ketik butang Hantar kemudian Putuskan sambungan.

Untuk mendapatkan bantuan lanjut tentang telefon Android, lawati Hantar muzik & video daripada telefon anda ke peranti.

Hantar daripada apl berdaya Chromecast daripada peranti iOS 13 

  1. Pastikan peranti mudah alih, tablet atau komputer yang anda gunakan untuk menghantar isyarat menggunakan rangkaian Wi-Fi yang sama dengan rangkaian pada Chromecast atau TV dengan Chromecast Built-In anda.
  2. Buka apl berdaya Chromecast.
  3. Jika kebenaran lokasi diperlukan, ketik Ya.
    1. Sesetengah apl berdaya Cast mungkin meminta kebenaran lokasi dan mungkin tidak dapat menghantar jika kebenaran lokasi tidak diberikan.
  4. Dalam apl berdaya Chromecast, ketik butang Hantar Inactive cast extension .
    1. Butang Hantar tidak terletak di tempat yang sama pada semua apl berdaya Chromecast.
  5. Ketik peranti yang akan menerima penghantaran.
  6. Jika anda tidak dapat membuat penghantaran, anda mungkin perlu menunggu apl berdaya Chromecast mengeluarkan versi baharu untuk menyokong penghantaran pada peranti iOS yang menjalankan iOS 13.

Harap maklum bahawa penghantaran mungkin juga didayakan daripada komputer riba anda pada laman web apl berdaya Chromecast. Untuk mengetahui lebih lanjut, lawati laman berdaya Chromecast berbanding dengan penghantaran tab. Untuk membuat penghantaran daripada Chrome, sila pastikan bahawa anda telah memasang butang Hantar pada penyemak imbas Chrome anda.

Jika terdapat 2 rangkaian berasingan atau lebih tersedia di rumah anda, peranti Android anda mungkin bertukar antara rangkaian secara automatik, bergantung pada kekuatan isyarat. Penukaran ini boleh memberikan kesan sama ada butang Hantar kelihatan atau tidak dalam aplikasi anda.

Untuk mengelakkan penukaran automatik, pengguna Android boleh mengakses tetapan Wi-Fi peranti dan melupakan "Rangkaian B" untuk memastikan bahawa peranti Android disambungkan kepada "Rangkaian A" yang sama dengan Chromecast atau TV dengan Chromecast Built-In.

Jika anda menghadapi masalah dengan apl berdaya Chromecast, sila cuba petua Menyelesaikan masalah Chromecast kami.

Mac OS dan OS X ialah tanda dagangan berdaftar untuk Apple Inc. Windows ialah tanda dagangan berdaftar untuk Microsoft Inc. iOS ialah tanda dagangan berdaftar untuk Cisco Inc. Logo Netflix ialah tanda dagangan berdaftar untuk Netflix, Inc. Netflix tersedia di negara tertentu. Dapatkan maklumat lanjut di www.netflix.com.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
2718056717973757728
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
85561
false
false