Tukar saiz teks, imej & video (zum)

Anda boleh menukar saiz teks, imej dan video untuk satu halaman web atau untuk semua halaman web.

Tetapkan Zum Halaman lalai untuk laman tertentu

Gunakan pilihan zum untuk menjadikan semua item dalam halaman web lebih besar atau lebih kecil. 

  1. Buka Chrome pada komputer anda.
  2. Di bahagian atas sebelah kanan, klik LagiLagi.
  3. Di sebelah "Zum", pilih pilihan zum yang diingini:
    • Jadikan kesemuanya lebih besar: Klik Zum masuk Zum masuk.
    • Jadikan kesemuanya lebih kecil: Klik Zum keluar Zum keluar.
    • Gunakan mod skrin penuh: Klik Skrin penuh Skrin penuh.

Anda juga boleh menggunakan pintasan papan kekunci untuk zum masuk atau keluar:

  • Jadikan kesemuanya lebih besar:
    • Windows dan Linux: Tekan Ctrl dan +.
    • Mac: Tekan ⌘ dan +.
    • OS Chrome: Tekan Ctrl dan +.
  • Jadikan kesemuanya lebih kecil:
    • Windows dan Linux: Tekan Ctrl dan -.
    • Mac: Tekan ⌘ dan -.
    • OS Chrome: Tekan Ctrl dan -.
  • Gunakan mod skrin penuh:
    • Windows dan Linux: Tekan F11.
    • Mac: Tekan ⌘ + Ctrl + f.
    • OS Chrome: Di bahagian atas papan kekunci anda, tekan kekunci skrin penuh Skrin penuh. Kekunci ini turut dinamakan F4.

Urus tahap zum untuk laman tertentu

Selepas anda menukar tahap zum laman yang anda lawati, untuk menetapkan semula dari satu tempat:
  1. Buka Chrome .
  2. Di bahagian atas sebelah kanan, klik Lagi Lagi kemudian Tetapan.
  3. Klik Privasi dan keselamatan kemudian Tetapan Laman.
  4. Klik Tetapan kandungan tambahan kemudian Tahap zum.
  5. Untuk mengalih keluar tetapan ubah saiz untuk laman tertentu, klik X.

Tetapkan Zum Halaman atau saiz fon untuk semua halaman web

Anda boleh menukar saiz semua item yang terdapat pada halaman web yang anda lawati, termasuk teks, imej dan video atau anda boleh menukar saiz fon sahaja.

Penting: Sesetengah laman web tidak membenarkan penyemak imbas menukar saiz teks sahaja. Untuk laman seperti itu, Chrome tidak akan dapat melaraskan saiz fon.

  1. Buka Chrome pada komputer anda.
  2. Di bahagian atas sebelah kanan, klik Lagi Lagi kemudian Tetapan.
  3. Klik Penampilan.
  4. Buat perubahan yang diingini:
    • Tukar kesemuanya: Di sebelah "Zum halaman", klik Anak panah ke bawah Anak panah bawah. Kemudian pilih pilihan zum yang diingini:
    • Tukar saiz fon: Di sebelah "Saiz fon", klik anak panah ke Bawah Anak panah bawah. Kemudian, pilih saiz fon yang diingini. Anda juga boleh menukar lebih banyak pilihan fon dengan mengklik Sesuaikan fon.

Sumber berkaitan

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
9249132408034966407
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
237
false
false