Anda boleh memanfaatkan Chrome sepenuhnya apabila anda bekerja atau melayari Internet di rumah. Anda boleh menggunakan Chrome untuk mengakses komputer lain, menterjemahkan halaman web dan beralih antara profil pengguna. Beberapa sumber yang berikut dapat membantu anda untuk bermula:
Ketahui perkara asas
- Muat turun & pasang Google Chrome: Pasang Chrome pada komputer atau peranti mudah alih anda untuk menyemak imbas.
- Kongsi Chrome dengan orang lain: Buat profil untuk berkongsi komputer dengan beberapa orang dan asingkan akaun anda, seperti akaun kerja dan peribadi.
- Gunakan kamera dan mikrofon anda: Gunakan dan selesaikan masalah berkaitan kamera dan mikrofon anda untuk pelbagai tapak yang berlainan dalam Chrome.
- Muat turun fail: Buka dan simpan fail, seperti dokumen, PDF, imej dan media.
- Gunakan Chrome dengan sambungan kebolehaksesan: Jadikan Chrome lebih mudah digunakan dengan memasang sambungan kebolehaksesan.
Tingkatkan produktiviti anda
- Gunakan tab dalam Chrome: Buka, semak dan susun tab anda dalam Chrome. Anda juga boleh menyesuaikan halaman tab baharu anda dengan imej latar belakang tersuai atau pintasan laman anda.
- Gunakan pintasan papan kekunci Chrome: Ketahui pintasan popular untuk menyelesaikan tugasan dengan lebih cepat.
- Semak imbas Chrome dalam mod Gelap atau tema Gelap: Hidupkan mod Gelap atau tema Gelap untuk menjadikan halaman utama, bar alat, tetapan dan halaman lain gelap.
- Akses komputer lain dengan Desktop Jauh Chrome: Gunakan komputer atau peranti mudah alih untuk mengakses fail dan aplikasi pada komputer lain melalui Internet dengan menggunakan Desktop Jauh Chrome.
- Tukar bahasa Chrome dan terjemahkan halaman web: Tukar bahasa yang digunakan oleh Chrome dan minta Chrome menterjemahkan halaman web untuk anda.
- Dapatkan penanda halaman, kata laluan dan pelbagai lagi pada semua peranti anda: Log masuk ke Chrome untuk menyimpan maklumat dalam Google Account anda dan gunakan maklumat tersebut pada semua peranti anda.
Dapatkan bantuan bagi masalah biasa
- Betulkan ralat sambungan: Cuba langkah penyelesaian berikut jika anda menerima mesej ralat semasa melawati tapak web.
- Betulkan ralat muat turun fail: Cuba langkah penyelesaian berikut jika anda menerima mesej ralat pada Chrome semasa cuba memuat turun apl, tema, sambungan atau fail lain.
- Selesaikan ranap halaman ‘Oh, Tidak!’ dan ralat pemuatan halaman yang lain: Cuba langkah penyelesaian berikut jika anda menerima ralat "Oh, Tidak" atau kod ralat lain dan bukannya halaman web.
- Semak sama ada sambungan tapak adalah selamat: Semak maklumat keselamatan atau makluman Chrome untuk mengetahui sama ada tapak web itu selamat untuk dilawati.