Urus Chrome dengan berbilang profil

Anda boleh menyimpan maklumat Chrome seperti penanda halaman, sejarah, kata laluan dan tetapan lain secara berasingan dengan menggunakan profil.

Profil sesuai apabila anda ingin:

  • Berkongsi komputer dengan beberapa orang.
  • Mengasingkan beberapa akaun anda seperti akaun kerja dan peribadi.

Perkara yang kelihatan kepada orang lain apabila anda berkongsi Chrome

Kongsi peranti anda dengan orang yang anda percayai sahaja. Jika seseorang mengambil peranti anda, mereka boleh menukar kepada mana-mana profil Chrome lain pada peranti anda. Jika mereka membuka profil Chrome anda, mereka akan melihat maklumat seperti laman web yang anda lawati.

Tambahkan profil baharu

  1. Buka Chrome pada komputer anda.
  2. Pada bahagian atas sebelah kanan, pilih Profil Profil kemudian Tambahkan profil baharu.
  3. Jika anda memilih untuk menyegerakkan kepada Google Account anda, nama profil anda akan menjadi nama Akaun anda secara automatik.
  4. Pilih nama, foto dan skema warna.

Jika anda memilih untuk menghidupkan penyegerakan dalam Chrome dengan Google Account untuk profil baharu, penanda halaman, sejarah, kata laluan dan tetapan anda yang lain akan disegerakkan secara automatik.

Petua: Jika anda menggunakan Chromebook, anda boleh berkongsi Chromebook anda bersama orang lain dengan menambahkan mereka pada Chromebook anda. Ketahui cara menambahkan orang pada Chromebook anda.

Tukar kepada profil lain

  1. Buka Chrome pada komputer anda.
  2. Pada bahagian atas sebelah kanan, pilih Profil Profil.
  3. Pilih profil lain yang mahu anda gunakan. 
Petua: Jika anda menggunakan Chromebook, anda boleh menggunakan berbilang akaun pada masa yang sama. Ketahui cara log masuk berbilang akaun dalam Chromebook.

Tukar nama, foto atau warna

  1. Buka Chrome pada komputer anda.
  2. Pada bahagian atas sebelah kanan, pilih Profil Profil.
  3. Dalam bahagian "Profil Chrome Lain", pilih Urus profil Chrome .
  4. Pada bahagian atas sebelah kanan profil yang mahu anda edit, pilih Lagi Lagi kemudian Edit.
  5. Masukkan nama baharu atau pilih foto atau tema warna baharu.
    • Perubahan disimpan secara automatik.

Petua: Untuk menukar nama, foto atau warna profil semasa anda, anda juga boleh memilih Profil Profil kemudian Sesuaikan profil Edit.

Alih keluar profil

Penting: Selepas anda mengalih keluar profil daripada Chrome, penanda halaman, sejarah, kata laluan dan tetapan lain profil itu akan dipadamkan daripada komputer.

  1. Buka Chrome pada komputer anda.
  2. Pada bahagian atas sebelah kanan, pilih Profil Profil.
  3. Dalam bahagian "Profil Chrome Lain", pilih Urus profil Chrome .
  4. Pilih profil yang mahu dialih keluar.
  5. Pada bahagian atas sebelah kanan profil, pilih Lagi Lagi kemudian Padam.
  6. Untuk membuat pengesahan, pilih Padam.

Sumber berkaitan

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
15695889639896996271
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
237
false
false