Dasar Penggunaan Boleh Terima Google Chat

Penting: Google Hangouts kini dipanggil Google Chat. Anda tidak boleh mengakses Hangouts pada peranti mudah alih atau web lagi. Ketahui tentang pertukaran daripada Google Hangouts kepada Google Chat.

Untuk mengekalkan pengalaman yang positif bagi pengguna kami, patuhi dasar ini semasa menggunakan Google Chat ("Chat"). Dasar ini mungkin berubah. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, akses Syarat Perkhidmatan Google.

Spam dan penggunaan komersial

  • Spam ialah mesej yang tidak dikehendaki dan tidak diingini, termasuk kandungan promosi atau komersial serta pengumpanan secara besar-besaran.
  • Jangan hantar (atau bantu menghantar) mesej spam, mesej komersial yang banyak atau mesej ataupun panggilan automasi.
  • Jangan buat panggilan yang melanggar undang-undang yang melarang panggilan pemasaran tidak dikehendaki (contohnya, undang-undang "jangan panggil").

Ketahui cara menyekat pengguna dalam Chat.

Penipuan, pancingan data & amalan menipu yang lain

Jangan gunakan Chat untuk pancingan data, termasuk:

  • Meminta atau mengumpulkan data sensitif, termasuk tetapi tidak terhad kepada kata laluan, butiran kewangan dan nombor Keselamatan Sosial
  • Menggunakan Chat untuk memperdaya, mengelirukan atau menipu pengguna lain supaya berkongsi maklumat menggunakan dakwaan palsu
  • Menyamar sebagai orang lain atau memberikan gambaran yang salah tentang diri anda atau sumber mesej atau panggilan Chat

Perisian hasad

Kami tidak membenarkan penghantaran:

  • Perisian hasad
  • Virus
  • Kuda Trojan
  • Fail rosak
  • Kod memusnah
  • Apa-apa yang membahayakan atau mengganggu operasi rangkaian, pelayan atau infrastruktur lain milik Google atau pihak lain

Keselamatan kanak-kanak

Jangan gunakan Chat dengan apa-apa cara yang mengeksploitasi kanak-kanak, termasuk:

  • Imejan atau kandungan penderaan seksual kanak-kanak yang menampilkan kanak-kanak dalam gaya seksual
  • Antun seksual, iaitu sebarang tindakan yang bertujuan untuk mewujudkan hubungan dengan kanak-kanak untuk mengurangkan kesekatlakuan kanak-kanak sebagai persediaan untuk penderaan seksual, pemerdagangan atau eksploitasi lain

Google mengamalkan dasar toleransi sifar terhadap kandungan ini. Jika kami mendapat tahu tentang kandungan sedemikian, kami akan melaporkannya kepada National Center for Missing and Exploited Children (Pusat Kebangsaan untuk Kanak-kanak Hilang dan Dieksploitasi) seperti yang dikehendaki oleh undang-undang. Kami juga mungkin mengambil tindakan disiplin, termasuk penamatan Google Account pengguna yang terlibat.

Jika anda percaya terdapat kanak-kanak dalam bahaya atau yang telah mengalami penderaan, eksploitasi atau diperdagangkan, hubungi penguat kuasa undang-undang tempatan anda dengan segera.

Jika anda sudah membuat laporan kepada penguat kuasa undang-undang tetapi masih memerlukan bantuan atau anda bimbang terdapat kanak-kanak yang sedang atau telah diperdaya dari segi antun seksual melalui Chat, anda boleh melaporkan tingkah laku itu kepada Google.

Laporkan ancaman kanak-kanak pada produk Google.

Anda boleh menyekat sesiapa sahaja untuk menghalang mereka daripada menghubungi anda melalui Chat.

Gangguan

  • Jangan gunakan Chat untuk mengganggu, mengancam atau menakut-nakuti orang lain.
  • Jangan hasut orang lain supaya terlibat dalam gangguan tersebut.

Maklumat sulit & peribadi

Jangan edarkan maklumat sulit dan maklumat peribadi orang lain, seperti nombor kad kredit, nombor Keselamatan Sosial atau kata laluan akaun tanpa kebenaran mereka.

Aktiviti yang menyalahi undang-undang

Jangan gunakan Chat untuk menggalakkan, mengatur atau melibatkan diri dalam aktiviti yang menyalahi undang-undang.

Penguatkuasaan dasar

Google mungkin melumpuhkan akaun yang didapati melanggar dasar ini. Jika akaun anda dilumpuhkan dan anda percaya hal ini merupakan suatu kesilapan, ketahui cara meminta kami memulihkan akaun anda.

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
11695588475214016560
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
1026838
false
false