Sahkan perniagaan anda dengan rakaman video

Anda boleh mengesahkan perniagaan anda dengan memuat naik video yang merakam butiran penting. Video itu membantu kami mengesahkan bahawa anda mewakili perniagaan itu. Pengesahan video adalah untuk perniagaan dengan etalase fizikal, penyedia perkhidmatan tanpa lokasi fizikal atau perniagaan hibrid.

Sebelum anda bermula

Penting: Rakaman video anda tidak boleh memasukkan sebarang maklumat sensitif seperti nombor akaun bank, nombor cukai atau pengenalan, sebarang maklumat peribadi lain atau menunjukkan wajah orang lain.

Luangkan masa untuk merancang video anda. Video anda perlu memenuhi keperluan ini:

  • Tidak diedit, unik dan merupakan satu rakaman berterusan tanpa terputus-putus.
  • Tunjukkan lokasi perniagaan anda. Rakam jalan rasmi dan papan tanda nombor, perniagaan berdekatan atau kawasan sekitar perniagaan anda yang menunjukkan perniagaan anda berada pada lokasi Google Maps yang betul.
  • Untuk perniagaan dengan lokasi fizikal, tunjukkan bukti bahawa perniagaan anda wujud. Tangkap imej etalase, bilik pameran atau papan tanda perniagaan.
  • Untuk penyedia perkhidmatan, rakam peralatan atau barangan lain yang berkaitan dengan perniagaan anda. Rakam produk jualan, peralatan berjenama, bahan pemasaran atau alat yang anda gunakan untuk menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan anda.
  • Tunjukkan bukti pengurusan. Anda boleh menunjukkan bahawa anda disahkan untuk mewakili perniagaan anda dengan merakam item atau kawasan pekerja sahaja. Buat rakaman semasa anda membuka mesin daftar tunai, mengakses sistem tempat jualan, membuka kunci bilik kakitangan, dapur atau bilik storan.

Serahkan video anda

Langkah 1: Rakam dan muat naik video anda

Penting: Buat perancangan untuk perkara yang akan ditunjukkan dalam video anda. Pastikan perancangan tersebut memenuhi garis panduan keperluan di atas.

  1. Akses Business Profile anda pada peranti mudah alih anda. Ketahui cara menemukan profil anda.
  • Jika anda memulakan pengesahan pada komputer, untuk meneruskan proses pada peranti mudah alih, anda boleh mengimbas kod QR.
  1. Ketik Dapatkan pengesahan kemudian Rakam video.
  2. Ketik Mulakan rakaman.
  3. Anda mungkin diminta untuk memberikan akses kepada kamera dan mikrofon anda. Ikut
    arahan pada skrin untuk meneruskan proses.
  4. Rakam video anda.
  5. Ketik Hentikan rakaman kemudian Muat naik video.

Langkah 2: Tunggu untuk semakan

Selepas anda memuat naik video anda, kami akan menyemak video tersebut. Semakan boleh mengambil masa sehingga 5 hari perniagaan.

  • Jika anda telah mendapat pengesahan, anda akan menerima pemberitahuan.
  • Jika kaedah video tidak berfungsi, butang “Dapatkan pengesahan” akan dipaparkan. Pastikan video anda memenuhi semua keperluan dan cuba lagi atau anda boleh mencuba pilihan pengesahan yang berbeza jika pilihan itu tersedia.

Langkah 3 (pilihan): Padamkam video anda

Penting: Anda boleh memadamkan video anda pada bila-bila masa. Jika anda membatalkan muat naik video, anda dan Google akan kehilangan akses kepada video itu.

  1. Akses Business Profile anda pada peranti mudah alih anda. Ketahui cara menemukan profil anda.
  2. Pada bahagian atas sebelah kanan, ketik Lagi Lagi kemudian Tetapan lanjutan.
  3. Ketik Muat naik video kemudian Padamkam video.

Soalan Lazim pengesahan video

Bagaimanakah jika perniagaan saya tiada lokasi fizikal?

Anda masih boleh merakam lokasi tempat anda menawarkan perkhidmatan, peralatan yang anda gunakan dan dokumentasi tersebut yang berkaitan dengan perniagaan anda.

  • Contoh lokasi:
    • Nama jalan dan nombor bangunan.
    • Berbilang papan tanda kedai di sekitar lokasi.
  • Contoh peralatan:
    • Kenderaan berjenama atau bahan pemasaran.
    • Ruang kerja, alatan dan peralatan yang digunakan untuk menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan anda.
  • Contoh dokumen:
    • Pendaftaran perniagaan, invois, bil utiliti bagi perniagaan tersebut.
    • Dokumen lain dengan nama perniagaan anda.
Apakah yang perlu saya lakukan jika saya diminta untuk memuat naik semula video?

Besar kemungkinan video anda tidak diterima. Buat video baharu dan pastikan video itu memenuhi semua keperluan seperti yang disenaraikan di atas.

Bagaimanakah jika video saya tidak dapat dimuat naik?

Adakalanya video tidak dapat dimuat naik pada mulanya. Cuba muat naik lagi.

Mengapakah saya diminta untuk mengesahkan semula perniagaan saya?

Jika butiran perniagaan anda berubah, Google memerlukan anda untuk mengesahkan semula butiran tersebut untuk mengekalkan kualiti maklumat perniagaan. Untuk mengesahkan perniagaan anda dengan pilihan kaedah yang tersedia, ikut langkah yang sama yang ditunjukkan dalam profil anda.

Jika saya mengalami masalah, bagaimanakah saya boleh mendapatkan bantuan?

Pastikan video anda memenuhi semua keperluan dan cuba lagi. Jika anda masih mengalami masalah, anda boleh mencuba kaedah pengesahan lain jika pilihan itu tersedia.

Pasukan sokongan kami sedia membantu tetapi anda perlu membuat percubaan pengesahan dahulu. Tindakan ini memudahkan kami membantu anda.

Sumber berkaitan

Perlukan bantuan lanjut?

Cuba langkah seterusnya ini:

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
9904601972839411274
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
99729
false
false
false