Gunakan kod promosi untuk menawarkan e-Buku & buku audio percuma atau pada harga diskaun

Penting:

  • Rakan kongsi Google Play boleh menjual e-Buku dan buku audio di negara/rantau tertentu. Ciri yang diterangkan di sini tidak tersedia di setiap negara/rantau.
  • Prapesanan membolehkan pelanggan membuat pesanan tetapi bukan membaca buku anda sebelum tarikh keluaran buku itu. Pada tarikh keluaran, pelanggan yang membuat prapesanan buku anda dikenakan bayaran untuk pembelian itu dan mereka mendapat akses kepada buku tersebut.
  • Oleh sebab keperluan kawal selia, Google tidak boleh menawarkan prapesanan di India. Buku anda akan tersedia pada Google Play Store di India pada tarikh jualan.
  • Sebelum anda memuat naik sebarang fail, pastikan kandungan anda mematuhi garis panduan Google. Jika anda merancang untuk menjual buku anda pada Google Play, semak dasar kandungan penerbit untuk buku pada Google Play kami.
  • Laporan jualan mengikut bulan tidak semestinya menyediakan butiran yang sepadan dengan pembayaran bulanan anda. Untuk mendapatkan laporan kewangan yang sepadan dengan pembayaran anda, akses laporan pendapatan Google Play.

Anda boleh memberikan kod promosi kepada pelanggan untuk e-Buku atau buku audio percuma atau pada harga diskaun. Anda boleh membuat sehingga 5,000 kod bagi setiap kempen dan sehingga 3 kempen kod promosi setiap bulan.

Lokasi kod promosi tersedia

  • Kod promosi tersedia di negara terpilih.
  • Kod promosi boleh ditawarkan di mana-mana negara yang layak di lokasi buku anda dijual dan mengandungi peratusan pembahagian hasil yang sama.

Ketahui lokasi kod promosi tersedia.

Bermula dengan kod promosi

Penting: Anda mesti mempunyai Katalog Buku atau akses Pentadbir untuk menguruskan promosi. Anda mesti mempunyai akses Pentadbir untuk menerima Syarat Perkhidmatan. Ketahui lebih lanjut tentang jenis akaun.
  1. Di Pusat Rakan Kongsi, klik Promosi.
  2. Jika tetingkap timbul muncul, anda perlu menerima Syarat Perkhidmatan.
Buat kempen kod promosi baharu
  1. Dalam Pusat Rakan Kongsi, klik Promosi.
  2. Klik Pilih jenis promosi.
  3. Pilih Kod promosi.
  4. Masukkan maklumat ini:
    • Nama promosi: Dipaparkan kepada anda sahaja.
    • Tarikh mula: Sebarang tarikh dari hari ini hingga setahun dari hari ini.
    • Tarikh tamat: Maksimum 3 tahun dari tarikh mula. Promosi tamat pada 11:59 MLM atau 23:59 tarikh tamat, berdasarkan negara yang anda pilih.
    • Jenis diskaun:
      • Percuma: Pelanggan boleh menebus tawaran untuk mendapatkan buku tanpa sebarang kos.
      • Diskaun peratusan (e-Buku sahaja): Pelanggan mendapat diskaun peratusan berdasarkan harga senarai buku. Anda boleh memilih peratusan tersebut.
      • Harga tetap: Pelanggan boleh mendapatkan buku pada harga tetap yang baharu.
    • Butiran buku:
      • Pengecam: Tambah satu atau beberapa ISBN atau GGKEY.
        • Jika anda menyertakan berbilang buku dalam promosi: Pelanggan boleh menggunakan promosi tersebut untuk satu buku sahaja.
      • Negara yang tersedia: Untuk mencari harga senarai buku semasa di sesebuah negara, pilih negara tersebut.
    • Negara: Pilih satu atau beberapa negara untuk menjalankan promosi anda.
      • Pelanggan dari negara yang dipilih boleh menebus kod promosi ini.
      • Semua buku yang termasuk dalam promosi anda mestilah tersedia di setiap negara yang anda pilih dan mengandungi peratusan pembahagian hasil yang sama.
    • Jenis kod: Pilih jenis kod.
      • Satu kod: Kod yang sama digunakan untuk semua pelanggan. Pelanggan individu boleh menebus kod sekali sahaja.
        • Masukkan bilangan penggunaan bagi setiap kod.
      • Berbilang kod: Kod unik yang dijana secara automatik untuk setiap pelanggan. Pelanggan individu boleh menebus kod mereka sekali sahaja.
        • Masukkan bilangan kod yang akan dijana.
  5. Klik Buat.
Penting: Anda boleh menjeda atau menyambung semula kempen yang anda buat tetapi anda tidak boleh mengedit butiran tersebut. 
Kongsi kod promosi anda

Untuk promosi yang menggunakan satu kod (kod yang sama untuk semua pelanggan):

  1. Di Pusat Rakan Kongsi, klik Promosi.
  2. Di bahagian atas, klik tab Kod Promosi.
  3. Pilih promosi yang ingin dikongsi. Anda boleh menyalin "URL penebusan Gedung Play" yang membawa pelanggan ke Gedung Play dengan kod telah diisi. Anda juga boleh berkongsi kod dan URL play.google.com/redeem untuk pengguna memasukkan kod tersebut.
  4. Maklumkan kepada pelanggan tentang syarat promosi:
    • Syarat kelayakan
    • Peratusan atau harga diskaun
    • Tarikh mula
    • Tarikh tamat
    • Buku yang termasuk
    • Sama ada kod boleh dikongsi

Untuk promosi yang menggunakan berbilang kod (kod unik untuk setiap pelanggan):

  1. Di Pusat Rakan Kongsi, klik Promosi.
  2. Di bahagian atas, klik tab Kod Promosi.
  3. Pilih promosi yang ingin dikongsi.
  4. Untuk menunjukkan kod dan URL yang berkenaan, klik Muat turun kod (.csv) di sebelah "Kod".
  5. Maklumkan kepada pelanggan tentang syarat promosi:
    • Syarat kelayakan
    • Peratusan atau harga diskaun
    • Tarikh mula
    • Tarikh tamat
    • Buku yang termasuk
    • Sama ada kod boleh dikongsi

Petua:

  • Anda juga boleh memberikan kod kepada pelanggan supaya mereka boleh menebus daripada halaman penebusan Google Play.
  • Untuk menguji kod promosi anda:
    1. Buat satu kod tambahan.
    2. Tebus kod sebagai pelanggan.
Semak kempen kod promosi anda
  1. Di Pusat Rakan Kongsi, klik Promosi.
  2. Di bahagian atas, klik tab Kod Promosi.
  3. Pilih promosi yang ingin disemak.
    • Untuk promosi yang menggunakan satu kod (kod yang sama untuk semua pelanggan), semak:
      • Kod
      • URL, yang merupakan pautan terus kepada Gedung Play dengan kod diisi secara automatik
      • Bilangan penebusan
    • Untuk promosi yang menggunakan berbilang kod (kod unik untuk setiap pelanggan), semak:
      • Pautan kepada fail .csv yang boleh dimuat turun dengan kod dan URL yang berkenaan
      • Bilangan penebusan
Petua: Anda juga boleh menyemak penebusan anda di Pusat Rakan Kongsi dalam tab “Analitis & Laporan”, di bawah “Laporan transaksi".
Jeda atau sambung semula kempen kod promosi anda

Untuk menjeda kempen:

  1. Di Pusat Rakan Kongsi, klik Promosi.
  2. Di bahagian atas, klik tab Kod Promosi.
  3. Pilih promosi yang ingin dijeda.
  4. Klik Edit promosi kemudian Jeda.

Untuk menyambung semula kempen:

  1. Di Pusat Rakan Kongsi, klik Promosi.
  2. Di bahagian atas, klik tab Kod Promosi.
  3. Pilih promosi yang ingin disambung semula.
  4. Klik Edit promosi kemudian Sambung semula.
Petua: Pelanggan tidak boleh menebus kod apabila anda menjeda promosi. Walau bagaimanapun, pelanggan yang telah menebus kod masih boleh membuka e-Buku atau buku audio mereka. 

Perlukan bantuan lanjut?

Cuba langkah seterusnya ini:

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
17262022961073464287
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
82437
false
false