Dengar muzik

Penting: Bahasa yang dapat anda gunakan bergantung pada peranti. Ketahui bahasa yang berfungsi pada peranti anda.

Anda boleh meminta Google Assistant memainkan muzik untuk anda.

  1. Sebut "Ok Google" atau tekan butang untuk bercakap dengan Assistant.
  2. Sebutkan perintah.

Cuba perintah ini

Kawal lagu yang sedang dimainkan

  • Lagu: "Mainkan [song name]." "Mainkan [song name] oleh [artist name]." "Mainkan [song name] pada [music service]."
  • Artis: "Mainkan [artist name]." "Mainkan [artist name] pada [music service]."
  • Album: "Mainkan [album name]." "Mainkan [album name] pada [music service]."
  • Genre atau perasaan: "Mainkan muzik klasik." "Mainkan muzik untuk memasak." "Mainkan muzik ceria pada [music service]."
  • Cadangan diperibadikan: "Mainkan muzik."
Mainkan muzik

Penting: Ciri ini mungkin berbeza-beza mengikut peranti. Tidak semua perintah berfungsi dengan semua peranti. Semak manual pemilik peranti anda untuk mendapatkan butiran.

  • Jeda atau hentikan: "Jeda." "Jeda muzik." "Hentikan muzik."
  • Sambung semula: "Sambung semula". "Mainkan lagi."
  • Seterusnya: "Seterusnya." "Langkau." "Lagu seterusnya."
  • Sebelumnya: "Sebelumnya." "Mainkan lagu sebelumnya."
  • Cari maklumat: "Lagu yang sedang dimainkan?"

Menukar kelantangan

Anda boleh menetapkan kelantangan kepada tahap (1–10) atau peratus (1–100%) tertentu.

  • Tingkatkan: "Kuatkan kelantangan." (Tingkatkan kelantangan sebanyak 10%).
  • Kurangkan: "Kurangkan kelantangan." (Kurangkan kelantangan sebanyak 10%).
  • Tetapkan tahap: "Kelantangan 5."
  • Tetapkan peratus: "Kelantangan kepada 65%."

Pilih perkhidmatan muzik lalai anda

Penting: Pada bulan Ogos 2020, Muzik Google Play akan mula menutup beberapa perkhidmatan dan pada bulan September 2020, akses kepada Muzik Google Play akan mula lenyap untuk sesetengah pengguna. Jika Muzik Google Play ialah perkhidmatan lalai anda, pastikan Muzik Google Play dikemas kini. Ketahui cara memindahkan akaun Muzik Google Play anda ke YouTube Music.

Untuk memilih perkhidmatan muzik lalai, seperti YouTube Music atau Spotify, pergi ke tetapan Google Assistant pada telefon atau tablet anda.

Penting: Sesetengah perkhidmatan memerlukan anda log masuk ke Google Account anda.

Untuk jam, telefon, tablet, atau kereta anda

  1. Pada telefon atau tablet Android anda, buka apl Google Home Google Home.
  2. Ketik Muzik.
  3. Pilih perkhidmatan muzik.

Pembesar Suara, Paparan Pintar, Jam Pintar & peranti TV

  1. Pada telefon atau tablet Android anda, buka apl Google Home Google Home.
  2. Di bahagian bawah, ketik Laman Utama Home kemudian Tetapan Settings.
  3. Di bawah "Perkhidmatan," ketik Muzik.
  4. Pilih perkhidmatan muzik.

Sesuaikan pilihan berita anda

Untuk memilih pilihan berita anda, anda boleh mengakses tetapan Google Assistant pada telefon atau tablet anda.

  1. Pada telefon atau tablet Android anda, buka apl Google Home Google Home.
  2. Ketik Anda kemudian Berita.
  3. Tambahkan atau alih keluar sumber berita.
  4. Untuk menentukan sumber berita yang anda dengar dahulu, ketik dan tahan sumber berita yang diinginkan dan seret ke bahagian atas.

Tukar format senarai main berita anda

Penting: Ciri ini hanya tersedia di AS.

  1. Pada telefon atau tablet Android anda, buka apl Google Home Google Home.
  2. Ketik Anda kemudian Berita.
  3. Untuk menentukan format berita yang anda inginkan, ketik Tukar format senarai main berita.

Dengar berita atau audio siar

Penting: Sesetengah ciri tidak tersedia dalam semua bahasa, di semua negara atau wilayah atau semua peranti Android yang layak.

Anda boleh meminta Google Assistant untuk memainkan stesen berita dan audio siar kegemaran anda.

  1. Untuk bercakap dengan Assistant anda, sebut "Ok Google" atau tekan butang.
  2. Berikan perintah, contohnya:

Play the news

  • Listen to the news.
  • Tell me the news.
  • What’s the latest in technology?
  • Listen to [nama sumber berita].
  • News about the Olympics.

Play a podcast

  • Listen to [nama audio siar].
  • Play [nama audio siar].
  • Listen to the latest episode of [nama audio siar].
  • Listen to a comedy podcast.
  • Find me a podcast about cooking.
  • Show me a podcast about cryptocurrency.
  • Recommend me a podcast.

Petua: Untuk pembesar suara, Paparan Pintar dan Jam Pintar yang anda sediakan, anda boleh mengurus akses kepada berita dan audio siar dalam tetapan Digital Wellbeing. Ketahui cara mengurus penggunaan peranti Google Assistant anda.

Semak imbas syor untuk anda

Pada Paparan Pintar, anda boleh mendapatkan syor audio siar berdasarkan aktiviti web dan apl anda daripada produk Google yang lain. Anda juga boleh mendapatkan penjelasan sebab cadangan tertentu dibuat untuk anda. Untuk menyembunyikan syor audio siar, ketik Perihalan Perihalan.

Petua: Jika anda tidak mahu mendapatkan syor audio siar, ketahui cara mengurus hasil carian peribadi pada peranti dikongsi anda.

Sembunyikan syor

Dengar radio

Penting: Sesetengah ciri tidak tersedia dalam semua bahasa, di semua negara atau wilayah atau semua peranti Android yang layak.

Anda boleh meminta Google Assistant pada pembesar suara, Paparan Pintar, Jam Pintar atau kereta anda untuk memainkan stesen radio mengikut nama atau lokasi.

  1. Sebut "Ok Google" atau tekan butang untuk bercakap dengan Assistant.
  2. Berikan perintah.

Cuba perintah ini

Play

  • Nama stesen: “Play ESPN Radio.” “Play Mega 97.9 FM.” “Play Mega 97.9 on iHeartRadio.”

  • Frekuensi: “Play 98.5.”

  • Pengenal: “Play KQED.” “Play KFOG.”
  • Lokasi: “Play Z100 in New York.”
  • Stesen NPR berdekatan: “Play NPR.”
  • Cari maklumat: “What's playing?”

Kawal kandungan yang dimainkan

  • Untuk menjeda atau menghentikan:
    • “Pause.”
    • “Stop.”
    • “Stop the radio.”
  • Untuk menyambung semula:
    • “ Resume.”
    • “Continue playing.”

Kawal radio daripada apl Google Home

Jika anda menggunakan Assistant pada pembesar suara, Paparan Pintar atau Jam Pintar, anda boleh menukar kelantangan dalam apl Google Home.

  1. Buka apl Google Home Google Home pada telefon atau tablet anda.
  2. Di bahagian bawah, ketik Laman Utama Home.
  3. Ketik peranti anda kemudian Ubah kelantangan.

Dengar buku audio

Penting: Bahasa yang dapat anda gunakan bergantung pada peranti. Ketahui bahasa yang berfungsi pada peranti anda.

Anda boleh meminta Google Assistant anda memainkan buku audio anda.

  1. Beli buku audio. Ketahui cara membeli buku pada Google Play Books.
  2. Sebut "Ok Google" atau "Hey Google", kemudian sebut perintah. Temukan beberapa contoh di bawah.

Ciri ini tidak berfungsi pada pembesar suara Bose atau Sonos yang memiliki ciri Google Assistant.

Play

  • Buku: "Read [tajuk buku]".
  • Teruskan buku anda yang terbaharu: "Read my book".

Kawal kandungan yang dimainkan

  • Jeda atau hentikan: "Pause." "Stop."

  • Sambung semula: "Resume." "Continue."

  • Mundar: "Skip [jumlah masa]." "Next chapter."
  • Mandir: "Go back [jumlah masa]." "Previous chapter."
  • Cari maklumat: "Who wrote this?" "How much time is left?"

Kawal buku audio daripada apl Google Home

Apabila anda menggunakan Google Assistant anda pada pembesar suara, Paparan Pintar atau Jam Pintar, anda boleh mengubah kelantangan dalam apl Google Home.

  1. Buka apl Google Home Google Home pada telefon atau tablet anda.
  2. Pada bahagian bawah, ketik Laman Utama Home.
  3. Ketik peranti anda kemudian Jeda, Main atau Ubah kelantangan.
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
1500108492788819242
true
Cari di Pusat Bantuan
false
true
true
true
true
true
1633398
false
false
false
false
false