Keperluan borang prospek

Google menyediakan versi terjemahan Pusat Bantuan kami, walaupun terjemahan tersebut tidak bertujuan untuk mengubah kandungan dasar kami. Versi bahasa Inggeris ialah bahasa rasmi yang kami gunakan untuk menguatkuasakan dasar kami. Untuk melihat artikel ini dalam bahasa lain, gunakan menu lungsur bahasa pada bahagian bawah halaman.

Borang prospek membolehkan pelanggan anda menzahirkan minat mereka setelah melihat iklan, dengan mengisi borang hubungan. Borang prospek, termasuk teks dan imej yang sediakan oleh pengiklan, tertakluk pada dasar Google Ads standard. Untuk memastikan pelanggan anda memperoleh pengalaman yang terbaik semasa memberikan butiran mereka, lihat keperluan tambahan di bawah.

Keperluan

Untuk menggunakan aset borang prospek, pastikan anda mempunyai:

  • Sejarah pematuhan dasar yang baik.
  • Akaun Google Ads dalam penempatan atau subpenempatan yang layak. Penempatan atau subpenempatan yang sensitif (contohnya, kandungan seks) tidak layak untuk borang prospek.
  • Dasar privasi untuk perniagaan anda. Apabila anda membuat aset borang prospek dalam Google Ads, anda perlu memberikan pautan kepada dasar privasi anda. Dasar privasi dipaparkan pada hujung borang prospek.

Selain itu, jika anda menambahkan aset borang prospek pada kempen Video atau Paparan atau anda membuat kempen Carian yang tajuk iklan membuka terus kepada borang prospek, anda memerlukan:

  • Perbelanjaan berjumlah lebih daripada $50,000 USD dalam Google Ads. Untuk pengiklan yang memiliki akaun yang diurus dalam mata wang selain USD, jumlah perbelanjaan anda akan ditukarkan kepada USD menggunakan purata kadar penukaran bulanan bagi mata wang tersebut.
  • Pengiklan bereputasi baik yang membelanjakan lebih daripada $1,000 USD bagi setiap akaun (atau lebih daripada $15,000 USD merentas semua akaun) mungkin turut layak untuk menggunakan format ini tertakluk pada pengesahan lanjut status akaun dan kedudukan yang baik. Pengiklan mestilah melengkapkan Program pengesahan pengiklan. Ketahui lebih lanjut Perihal pengesahan.

Keperluan imej dalam borang prospek

Semua imej yang digunakan dalam pengiklanan hendaklah memenuhi standard kualiti tertentu. Reka letak imej mesti mematuhi standard Google Ads dan imej tersebut tidak boleh kelihatan kabur. Lihat Dasar kualiti imej untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Dasar yang berkaitan dan penolakan yang biasa berlaku

Dasar Google Adsyang berikut sangat berkaitan dengan borang prospek dan sering dikaitkan dengan penolakan. Ketahui perkara yang berlaku jika anda melanggar dasar kami.

Kandungan seks

Untuk memastikan iklan relevan dan selamat bagi pengguna, Google mengehadkan kandungan seks dalam keadaan yang tertentu. Pengiklanan untuk kandungan berorientasikan dewasa tidak dibenarkan bagi borang prospek. Lihat dasar Kandungan seks untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Rangkaian ahli gabungan / pengagregat prospek

Hanya pengiklan pihak pertama atau agensi pihak ketiga dengan perhubungan langsung yang mantap dengan produk dan / atau perkhidmatan yang ditawarkan boleh menggunakan iklan borang prospek. Rangkaian ahli gabungan atau perniagaan penjana prospek tidak akan dibenarkan atas budi bicara mutlak kami.

Kandungan yang berkaitan dengan alkohol

Pengiklanan untuk kandungan berkaitan alkohol tidak dibenarkan bagi borang prospek. Lihat dasar Kandungan berkaitan alkohol Google Ads untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Kandungan berkaitan dengan perjudian

Pengiklanan untuk kandungan berkaitan perjudian tidak dibenarkan bagi borang prospek. Lihat dasar Kandungan berkaitan perjudian Google Ads untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Penjagaan kesihatan dan ubat

Pengiklanan untuk kandungan berkaitan penjagaan kesihatan tidak dibenarkan bagi borang prospek. Lihat dasar Penjagaan kesihatan dan ubat Google Ads untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Kandungan politik

Pengiklanan untuk kandungan politik tidak dibenarkan bagi borang prospek. Lihat dasar Kandungan politik Google Ads untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Menyalahgunakan maklumat peribadi

Penggunaan maklumat peribadi melalui cara yang tidak dipersetujui oleh pengguna adalah tidak dibenarkan sama sekali. Lihat Dasar pengumpulan dan penggunaan data untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang data yang boleh anda kumpulkan dan cara mengendalikan maklumat peribadi. Kami juga menghendaki semua pengiklan mematuhi keperluan undang-undang tempatan.

Tawaran tidak tersedia

Maklumat dalam produk atau perkhidmatan yang diiklankan dan diminta oleh pengguna hendaklah tepat serta tersedia. Lihat Dasar tawaran tidak tersedia untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Tanda dagangan

Google boleh mengalih keluar iklan atau aset, termasuk borang prospek yang anda buat, susulan aduan pemilik tanda dagangan. Pengiklan bertanggungjawab ke atas penggunaan tanda dagangan yang betul dalam teks iklan, aset dan maklumat perniagaan mereka. Lihat dasar Tanda Dagangan untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
582001172696938775
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
73067
false
false