Format imej suapan
Perkara berikut tidak dibenarkan:
Imej suapan dalam format yang tidak disokong
Nota: Imej hanya dibenarkan dalam format PNG, JPG, JPEG, atau GIF
Ketahui cara membetulkan iklan atau sambungan yang tidak diluluskan. Jika anda tidak dapat menukar imej untuk memenuhi keperluan ini, muat naik imej lain yang mematuhi dasar. Untuk mendapatkan hasil terbaik, simpan imej dalam kod warna RGB yang disertakan bersama profil ICC.
Saiz fail imej suapan
Perkara berikut tidak dibenarkan:
Imej suapan yang lebih besar daripada 11.4 MB
Imej suapan dengan lebih daripada 6 juta piksel
Ketahui cara membetulkan iklan atau sambungan yang tidak diluluskan. Jika anda tidak dapat mengedit imej untuk memenuhi keperluan ini, muat naik imej lain yang mematuhi dasar. Untuk mendapatkan hasil terbaik, laraskan saiz imej anda kepada 300px kali 300px pada 72 dpi.
Imej suapan tidak tersedia
Perkara berikut tidak dibenarkan:
Penyelesai masalah: Imej suapan tidak tersedia
Imej dalam suapan yang tiada, disekat disebabkan kebenaran, atau sebaliknya tidak boleh diakses
Imej yang tidak boleh diambil kerana masalah dengan sijil SSL tapak web
Jika anda tidak dapat membetulkan pelanggaran ini atau memilih untuk tidak membetulkan pelanggaran ini, sila alih keluar iklan anda untuk menghalang akaun anda daripada digantung pada masa depan kerana mempunyai terlalu banyak iklan yang tidak diluluskan.
- Baca dasar di atas untuk mengetahui tentang perkara yang kami tidak benarkan. Semak pelayan pengehosan anda untuk memastikan imej tidak disekat dan pelayan tidak mengambil masa yang terlalu lama untuk menyiarkan imej tersebut.
- Hoskan imej di lokasi yang boleh diakses. Buka kebenaran untuk membolehkan imej digunakan oleh suapan anda. Semak sijil SSL anda dengan alat dalam talian atau beralih kepada URL yang tidak menggunakan sijil SSL tapak web anda. Jika pelayan tidak boleh membalas dalam tempoh masa yang munasabah, pindahkan kandungan anda ke pelayan baharu yang boleh mengendalikan permintaan untuk imej.
Format alamat yang tidak boleh diterima
Perkara berikut tidak dibenarkan:
Penyelesai masalah: Format alamat yang tidak boleh diterima
Alamat yang tidak diformatkan dengan betul
Jika anda tidak dapat membetulkan pelanggaran ini atau memilih untuk tidak membetulkan pelanggaran ini, sila alih keluar iklan anda untuk menghalang akaun anda daripada digantung pada masa depan kerana mempunyai terlalu banyak iklan yang tidak diluluskan.
- Baca dasar di atas untuk mengetahui tentang perkara yang kami tidak benarkan. Semak alamat dalam suapan anda untuk mencari ralat pemformatan.
- Edit alamat dalam suapan anda. Pastikan bahawa alamat diformatkan dalam salah satu kaedah berikut yang diluluskan:
- Bandar, kod negeri, negara
- Alamat penuh dengan poskod
- Latitud-longitud dalam format DDD
Gunakan koma untuk memisahkan alamat anda. Lihat spesifikasi untuk bandar, wilayah dan negara.
Dasar yang berkaitan dan penolakan yang biasa berlaku
Dasar Google Ads berikut sangat berkaitan dengan iklan dinamik dan sering kali dikaitkan dengan penolakan. Ketahui tentang akibatnya jika anda melanggar dasar kami.
Kandungan dewasa
Bagi memastikan iklan yang disiarkan adalah berkaitan dan selamat untuk pengguna, Google mengehadkan kandungan dewasa dalam keadaan yang tertentu. Lihat Dasar kandungan dewasa untuk mendapatkan maklumat lanjut. Iklan dinamik tidak boleh mengandungi sebarang kandungan berorientasikan dewasa.
Perkaitan tidak jelas
Semua maklumat hendaklah berkaitan dengan kandungan yang anda iklankan. Misalnya, semua medan kreatif iklan yang diserahkan harus mewakili pengiklan yang sama dan berkaitan dengan produk yang dipromosikan. Lihat dasar tentang Perkaitan tidak jelas untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Tanda dagangan
Google boleh mengalih keluar iklan atau sambungan disebabkan oleh aduan pemilik tanda dagangan. Pengiklan bertanggungjawab ke atas penggunaan tanda dagangan yang betul dalam teks iklan, aset dan maklumat perniagaan mereka. Lihat dasar Tanda Dagangan untuk mendapatkan maklumat lanjut.