Di bawah ialah beberapa contoh perkara yang harus dielakkan dalam iklan anda. Ketahui tentang akibatnya jika anda melanggar dasar kami.
Satu tapak web bagi setiap kumpulan iklan
Perkara berikut tidak dibenarkan:
Penyelesai masalah: Satu tapak web bagi setiap kumpulan iklan
Menggunakan lebih daripada satu domain URL paparan dalam satu kumpulan iklan
Contoh: menggunakan dua URL paparan yang dihoskan di tapak yang berbeza![]()
Jika iklan anda tidak diluluskan, kumpulan iklan anda mungkin mengandungi lebih daripada satu domain tahap atas dalam URL paparan atau URL kata kunci iklan anda. Ingat bahawa iklan yang dijeda juga perlu menggunakan domain yang sama dengan iklan dan kata kunci lain dalam kumpulan iklan anda.
Berikut ialah perkara yang boleh anda lakukan:
- Edit URL anda supaya semua URL paparan dan URL kata kunci iklan dalam kumpulan iklan anda menggunakan domain yang sama.
- Alihkan iklan dan kata kunci ke kumpulan iklan atau kempen baharu jika anda ingin mengiklankan tapak web yang lain.
- Alih keluar iklan atau alih keluar kata kunci jika anda tidak mahu mengekalkannya dalam kumpulan iklan anda.
Setelah kumpulan iklan anda mengandungi iklan aktif dan dijeda sahaja yang menggunakan domain yang sama, minta semakan dan kami akan melihat sama ada kami boleh meluluskan iklan anda untuk disiarkan:
- Lawati tab Iklan anda dan lihat pada lajur "Status". Tuding atas gelembung pertuturan putih
bersebelahan dengan "Tidak diluluskan".
- Klik "Serah semula kempen saya untuk semakan." Perlu diingat bahawa pautan ini akan dipaparkan hanya jika iklan anda tidak diluluskan atas pelanggaran tertentu.
- Ikut arahan pada skrin untuk menyerahkan semula iklan layak yang tidak diluluskan dalam kempen anda.
Iklan HTML5 yang tidak boleh diterima
Perkara berikut tidak dibenarkan:
Penyelesai masalah: Iklan HTML5 yang tidak boleh diterima
Iklan HTML5 yang tidak berfungsi dengan betul atau kelihatan kosong
Contoh: Membenamkan aset dalam bingkai anak, memuatkan sumber daripada sumber pihak ketiga yang tidak dibenarkan, menggunakan fon bukan Google, menambah teg audio atau video
- Kenal pasti masalah. Semak iklan dan kandungan iklan tersebut lalu gunakan Google Ads HTML5 Validator untuk mengetahui perkara yang menyebabkan iklan tersebut kelihatan rosak atau kosong.
Edit iklan. Setelah anda membetulkan masa, muat naik iklan sekali lagi. Tindakan ini akan menyerahkan iklan untuk semakan.
Kebanyakan iklan disemak dalam tempoh 1 hari perniagaan, namun sesetengah semakan boleh mengambil masa yang lebih lama jika iklan tersebut memerlukan semakan yang lebih terperinci.
Had akaun
Perkara berikut tidak dibenarkan:
Melebihi had akaun untuk iklan dan kandungan lain
Penyerahan yang berlebihan melalui berbilang akaun
Konfigurasi kempen yang menimbulkan beban yang tidak wajar pada sistem kami
Lihat had akaun untuk mendapatkan maklumat tentang jumlah kandungan yang kami terima daripada pengiklan. Anda tidak akan dapat membuat sebarang kempen, iklan atau sambungan baharu selagi anda tidak mengalih keluar kandungan yang berlebihan.
Bahasa tidak disokong
Perkara berikut tidak dibenarkan:
Kandungan iklan atau destinasi dalam bahasa penyasaran yang tidak disokong
Contoh: Bahasa yang tidak disokong oleh penyasaran bahasa Google Ads
Nota: Bahasa standard yang tersedia untuk penyasaran bahasa boleh digunakan dalam iklan dan destinasi, tetapi sesetengah format iklan, seperti Sambungan ulasan mempunyai pengehadan bahasa yang berlainan. Pastikan kandungan format ini adalah dalam bahasa yang diluluskan.
Video tidak tersedia
Perkara berikut tidak dibenarkan:
Video yang dialih keluar, ditandakan sebagai peribadi atau tidak tersedia kepada khalayak umum
Video yang tidak tersedia di negara yang disasarkan oleh iklan
Ketahui cara membetulkan iklan atau sambungan yang tidak diluluskan. Pastikan video tidak dialih keluar atau ditandakan sebagai peribadi. Jika perkhidmatan pengehosan video anda tergendala, cuba muat naik video tersebut ke YouTube.
Format video yang tidak boleh diterima
Perkara berikut tidak dibenarkan:
Memuat naik video menggunakan format yang tidak disokong oleh Google Ads atau YouTube
Ketahui cara membetulkan iklan atau sambungan yang tidak diluluskan. Jika anda tidak dapat menukar imej kepada format yang diterima, muat naik video lain yang mematuhi dasar. Sila rujuk senarai format video yang disokong untuk muat naik YouTube.
Skrip yang tidak boleh diterima
Perkara berikut tidak dibenarkan:
Menggunakan skrip Google Ads untuk memintas apa-apa sekatan atau had terhadap penggunaan Google Ads atau menggunakan skrip tersebut untuk apa-apa tujuan lain yang tidak berkaitan dengan perniagaan
Contoh: Menggunakan skrip untuk memintas had kuota operasi
Menggunakan kaedah yang tidak disokong untuk mengakses skrip Google Ads
Nota: Kaedah yang diterima ada dinyatakan dalam dokumentasi skrip.
Penggunaan skrip secara berlebihan atau penyalahgunaan skrip, termasuk volum permintaan yang tidak munasabah
Skrip yang mengubah suai, mengganggu atau melumpuhkan mana-mana ciri, prestasi atau fungsi platform Google Ads
Kegagalan mematuhi amalan terbaik semasa menggunakan skrip untuk membaca data bagi lebih daripada 1 juta entiti (seperti kata kunci atau iklan) atau mengedit lebih daripada 100 ribu entiti setiap hari
Nota: Sila rujuk dokumentasi skrip untuk mengetahui tentang amalan terbaik.
Pastikan skrip anda tidak mengandungi aktiviti yang kasar atau berlebih-lebihan, kemudian edit skrip tersebut agar mematuhi dasar ini.
Penguatkuasaan dasar untuk skrip Google AdsHak untuk menyemak skrip
Google mungkin memantau dan mengaudit apa-apa aktiviti skrip Google Ads. Siasatan ini boleh termasuk Google mengakses, menyemak dan menggunakan skrip anda, contohnya, mengenal pasti isu keselamatan yang boleh menjejaskan Google atau penggunanya. Atas permintaan Google, anda mesti memberikan akses kepada semua skrip Google Ads anda (walaupun skrip tersebut disimpan di luar Google Ads) dalam tempoh 2 hari perniagaan dari permintaan tersebut.
Anda tidak mengganggu pemantauan atau pengauditan ini dan sebaliknya tidak boleh menyembunyikan daripada Google atau mengelirukan Google tentang aktiviti skrip Google Ads anda.
Notis dan akibat pelanggaran
Jika anda melanggar mana-mana dasar ini, Google akan memaklumkan alamat e-mel pengguna yang mempunyai akses pentadbiran kepada akaun MCC atau Google Ads anda. Anda mungkin dikehendaki memberikan maklumat hubungan tambahan juga. Jika anda tidak membetulkan pelanggaran tersebut dalam tempoh 2 hari perniagaan dari tarikh menerima pemberitahuan, Google boleh menggantung semua skrip dalam akaun pengurus atau akaun Google Ads anda dan/atau mengurangkan had kadar keseluruhan anda.
Di samping itu, jika Google mempercayai secara wajar bahawa anda telah melakukan pelanggaran yang serius terhadap dasar ini (misalnya, jika penggunaan skrip anda mengganggu atau melumpuhkan apa-apa ciri, prestasi atau fungsi platform Google Ads), Google boleh menggantung semua skrip dalam akaun pengurus atau akaun Google Ads anda tanpa apa-apa notis terlebih dahulu.