Perjudian dan permainan

Kami menyokong pengiklanan perjudian yang bertanggungjawab dan mematuhi undang-undang perjudian tempatan dan standard industri, jadi kami tidak membenarkan jenis pengiklanan berkaitan dengan perjudian yang tertentu. Iklan yang berkaitan dengan perjudian dibenarkan jika iklan tersebut mematuhi dasar di bawah dan pengiklan telah menerima pensijilan Google Ads yang sewajarnya. Iklan perjudian perlu menyasarkan negara yang diluluskan, mempunyai halaman pendaratan yang memaparkan maklumat tentang perjudian yang bertanggungjawab dan tidak sekali-kali menyasarkan golongan bawah umur. Semak peraturan tempatan bagi kawasan yang ingin disasarkan.

Berikut ialah beberapa contoh kandungan berkaitan dengan perjudian yang kami benarkan di bawah syarat tertentu sahaja.

Perjudian luar talian

Promosi kegiatan atau pusat perjudian fizikal yang menggunakan wang sebenar

Contoh: "Kasino fizikal” di Las Vegas atau Macau, acara hiburan di kasino, penstriman pertandingan poker luar talian

Perjudian dalam talian

Anda mesti disahkan oleh Google jika anda ingin mengiklankan perjudian dalam talian. Ketahui cara memohon pensijilan.

Promosi perjudian dalam talian yang menggunakan wang sebenar

Contoh: Kasino atau penerima taruhan dalam talian, tapak atau apl bingo atau slot, pembelian tiket loteri atau kad gores dalam talian, pertaruhan sukan dalam talian, permainan yang dimainkan menggunakan mata wang maya atau item yang mempunyai nilai dunia sebenar

Promosi tapak yang mengandungi atau memaut kepada kandungan yang berkaitan dengan perjudian dalam talian

Contoh: Produk promosi seperti baucar atau kod bonus; bahan pendidikan seperti tutorial atau e-buku; perisian seperti kalkulator kebarangkalian poker; maklumat berkaitan perjudian yang lain termasuklah petua, kebarangkalian, handikap dan ramalan sukan; tapak pengagregat atau ahli gabungan yang mempromosikan kandungan berkaitan perjudian

Permainan bukan kasino dalam talian

Sebarang permainan berasaskan Internet dengan wang atau barangan lain yang bernilai dibayar atau dipertaruhkan sebagai tukaran bagi memperoleh peluang untuk memenangi wang atau hadiah sebenar berdasarkan kesudahan permainan itu

Contoh: Sukan fantasi, pertandingan catur dalam talian atau permainan video "padankan-tiga" yang dimainkan untuk wang atau hadiah

Judi kasino sosial

Iklan judi kasino sosial dibenarkan jika iklan tersebut mematuhi dasar di bawah dan pengiklan telah menerima pensijilan Google Ads yang sewajarnya. Iklan judi kasino sosial hendaklah menyasarkan negara yang diluluskan dan tidak boleh menarik perhatian golongan bawah umur. Semak peraturan tempatan untuk kawasan yang ingin disasarkan.

Promosi judi kasino sosial ialah permainan perjudian simulasi dalam talian yang tidak menawarkan peluang untuk memenangi apa-apa item yang bernilai, seperti wang atau hadiah.

Untuk iklan dan destinasi judi kasino sosial, perkara berikut tidak dibenarkan:

Destinasi judi kasino sosial yang menawarkan perjudian atau permainan dengan peluang untuk memenangi wang atau hadiah sebenar berdasarkan keputusan permainan. 

Promosi destinasi "perjudian wang sebenar". Ini termasuk pengiklanan berkaitan dengan perjudian yang kelihatan di destinasi judi kasino sosial anda.

Pengehadan negara untuk perjudian

Selain daripada keperluan di atas, mungkin terdapat sekatan lanjutan berdasarkan negara yang disasarkan oleh kempen anda. Semak sekatan mengikut negara, di bawah. Jika sesebuah negara itu tidak tersenarai, ini bermakna Google Ads tidak menyokong pengiklanan perjudian di negara tersebut pada masa ini. 

Lihat keperluan negara
Asia Pasifik
Produk Dibenarkan? Butiran
Mahjong Tidak dibenarkan Google tidak membenarkan promosi Mahjong apabila melibatkan pertukaran wang.
Australia
Produk Dibenarkan? Butiran
Perjudian dalam talian Dibenarkan dengan pengehadan Google membenarkan iklan yang mempromosikan perjudian dalam talian berikut selagi pengiklan ialah pengendali berlesen yang telah berdaftar dengan Negeri atau Wilayah Australia yang berkenaan dan memberikan lesen yang sah:
  • Pertaruhan sukan
  • Loteri
Pengiklan juga hendaklah diperakui oleh Google. Lihat cara memohon.
Maklumat perjudian dalam talian Dibenarkan dengan pengehadan

Google membenarkan iklan yang mempromosikan produk berkaitan dengan perjudian berikut selagi pengiklan ialah pengendali berlesen yang telah berdaftar dengan Negeri atau Wilayah Australia yang berkenaan dan menyediakan lesen yang sah:

  • Bahan-bahan promosi yang berkaitan dengan perjudian seperti baucar dan kod bonus
  • Tutorial dan bahan pendidikan yang berkaitan dengan perjudian seperti buku dan e-buku
  • Maklumat yang berkaitan dengan perjudian seperti petua, nisbah pertaruhan dan ramalan keputusan
Pengiklan juga hendaklah diperakui oleh Google. Lihat cara memohon.
Austria
Produk Dibenarkan? Butiran
Perjudian dalam talian Dibenarkan dengan pengehadan Google membenarkan iklan yang mempromosikan produk perjudian dalam talian berikut selagi pengiklan tersebut dilesenkan oleh Kementerian Kewangan Austria mengikut semua peraturan yang bersesuaian di Austria dan dalam hal pertaruhan sukan, turut memberikan nombor permit pertaruhan sukan yang sah yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri di sekurang-kurangnya satu negeri di Austria mengikut semua peraturan yang bersesuaian di Austria.
  • Perjudian dalam talian
  • Bingo dalam talian
  • Pertaruhan sukan
  • Permainan kasino dalam talian

Pengiklan juga hendaklah diperakui oleh Google. Lihat cara memohon.

Produk berkaitan dengan perjudian Dibenarkan dengan pengehadan

Google membenarkan iklan yang mempromosikan produk berkaitan perjudian berikut selagi pengiklan tersebut dilesenkan mengikut semua peraturan yang bersesuaian di Austria dan dalam hal pertaruhan sukan, memberikan nombor permit pertaruhan sukan yang sah yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri di sekurang-kurangnya satu negeri di Austria mengikut semua peraturan yang bersesuaian di Austria.

  • Produk promosi yang berkaitan dengan perjudian seperti baucar yang berkaitan dengan perjudian, kod bonus dan lain-lain
  • Tutorial dan bahan pendidikan yang berkaitan dengan perjudian seperti buku dan e-buku
  • Maklumat yang berkaitan dengan perjudian seperti petua, nisbah pertaruhan dan ramalan keputusan
  • Loteri yang berkaitan dengan perjudian

Pengiklan juga hendaklah diperakui oleh Google. Lihat cara memohon.

Belgium
Produk Dibenarkan? Butiran
Perjudian dalam talian Dibenarkan dengan pengehadan Google membenarkan iklan yang mempromosikan produk perjudian dalam talian berikut selagi pengiklan tersebut ialah syarikat yang berdaftar di Belgium dan jika aktiviti perjudian dalam talian tersebut memerlukan lesen, pengiklan memberikan nombor lesen yang sah:
  • Perjudian dalam talian
  • Bingo dalam talian
  • Pertaruhan sukan
  • Permainan kasino dalam talian
  • Tapak perbandingan perjudian dalam talian selagi tiada perjudian dalam talian dijalankan di tapak pengagregat

Pengiklan juga hendaklah diperakui oleh Google. Lihat cara memohon.

Produk berkaitan dengan perjudian Dibenarkan dengan pengehadan

Google membenarkan iklan yang mempromosikan produk yang berkaitan dengan perjudian berikut selagi pengiklan tersebut ialah syarikat yang telah berdaftar di Belgium dan jika aktiviti perjudian dalam talian yang berkaitan tersebut memerlukan lesen, pengiklan memberikan nombor lesen yang sah:

  • Produk promosi yang berkaitan dengan perjudian seperti baucar yang berkaitan dengan perjudian, kod bonus dan lain-lain
  • Tutorial dan bahan pendidikan yang berkaitan dengan perjudian seperti buku dan e-buku
  • Maklumat yang berkaitan dengan perjudian seperti petua, nisbah pertaruhan dan ramalan keputusan
  • Loteri yang berkaitan dengan perjudian

Pengiklan juga hendaklah diperakui oleh Google.

Brazil
Produk Dibenarkan? Butiran
Perjudian dalam talian Dibenarkan dengan pengehadan Google membenarkan iklan yang mempromosikan kandungan perjudian dalam talian berikut selagi kandungan perjudian dalam talian tersebut dilesenkan oleh pihak berkuasa perjudian Brazil:
  • Loteri
  • Perlumbaan kuda
  • Tapak yang menyediakan maklumat atau perbandingan tentang perkhidmatan perjudian lain yang dilesenkan di Brazil namun tidak menyediakan aktiviti perjudian yang memerlukan lesen. Tapak tersebut boleh menyediakan pautan ke perkhidmatan perjudian yang tidak dikendalikan atau dikawal oleh pengagregat.
Pengiklan juga hendaklah diperakui oleh Google. Lihat cara memohon.
Bulgaria
Produk Dibenarkan? Butiran
Perjudian dalam talian Dibenarkan dengan pengehadan Google membenarkan iklan yang mempromosikan kandungan perjudian dalam talian berikut selagi kandungan perjudian dalam talian tersebut dilesenkan oleh pihak berkuasa perjudian Bulgaria:
  • Perjudian dalam talian
  • Bingo dalam talian
  • Permainan kasino dalam talian
  • Pertaruhan sukan

Pengiklan juga hendaklah diperakui oleh Google. Lihat cara memohon.

Produk berkaitan dengan perjudian Dibenarkan dengan pengehadan Google membenarkan iklan yang mempromosikan produk yang berkaitan dengan perjudian berikut selagi produk tersebut dilesenkan oleh pihak berkuasa perjudian Bulgaria:
  • Tutorial dan bahan pendidikan yang berkaitan dengan perjudian seperti buku dan e-buku
  • Maklumat yang berkaitan dengan perjudian seperti petua, nisbah pertaruhan dan ramalan keputusan
  • Produk promosi yang berkaitan dengan perjudian seperti baucar yang berkaitan dengan perjudian, kod bonus dan lain-lain
  • Loteri yang berkaitan dengan perjudian

Pengiklan juga hendaklah diperakui oleh Google. Lihat cara memohon.

Kanada
Produk Dibenarkan? Butiran
Perjudian dalam talian Dibenarkan dengan pengehadan Google membenarkan iklan yang mempromosikan produk perjudian dalam talian berikut yang dikendalikan oleh entiti yang dilesenkan kerajaan:
  • Perjudian dalam talian
  • Bingo dalam talian
  • Pertaruhan sukan
  • Permainan kasino dalam talian

Pengiklan juga hendaklah diperakui oleh Google. Lihat cara memohon.

Produk berkaitan dengan perjudian Dibenarkan dengan pengehadan

Google membenarkan iklan yang mempromosikan produk perjudian berikut yang dikendalikan oleh entiti yang dilesenkan kerajaan:

  • Produk promosi yang berkaitan dengan perjudian seperti baucar yang berkaitan dengan perjudian, kod bonus dan lain-lain
  • Tutorial dan bahan pendidikan yang berkaitan dengan perjudian seperti buku dan e-buku
  • Maklumat yang berkaitan dengan perjudian seperti petua, nisbah pertaruhan dan ramalan keputusan
  • Loteri yang berkaitan dengan perjudian

Pengiklan juga hendaklah diperakui oleh Google. Lihat cara memohon.

China
Produk Dibenarkan? Butiran
Kandungan berkaitan dengan perjudian Tidak dibenarkan Google tidak membenarkan kandungan yang berkaitan dengan perjudian seperti berikut:
  • Kasino fizikal
  • Peralatan perjudian fizikal
Permainan tunai Tidak dibenarkan Google tidak membenarkan pengiklanan permainan berasaskan Internet yang melibatkan pembayaran atau pertaruhan wang atau item lain yang bernilai untuk memenangi sejumlah wang yang lebih besar atau item lain yang bernilai.
Croatia
Produk Dibenarkan? Butiran
Perjudian dalam talian Dibenarkan dengan pengehadan Google membenarkan iklan yang mempromosikan kandungan perjudian dalam talian berikut selagi kandungan perjudian dalam talian tersebut dilesenkan oleh pihak berkuasa perjudian Croatia:
  • Perjudian dalam talian
  • Bingo dalam talian
  • Permainan kasino dalam talian
  • Pertaruhan sukan
  • Tapak yang menyediakan maklumat atau perbandingan tentang perkhidmatan perjudian yang lain, tetapi tidak menyediakan aktiviti perjudian yang memerlukan lesen itu sendiri. Tapak tersebut boleh menyediakan pautan ke perkhidmatan perjudian yang tidak dikendalikan atau dikawal oleh pengagregat.

Pengiklan juga hendaklah diperakui oleh Google. Lihat cara memohon.

Produk berkaitan dengan perjudian Dibenarkan dengan pengehadan Google membenarkan iklan yang mempromosikan produk berkaitan dengan perjudian berikut selagi produk tersebut dilesenkan oleh pihak berkuasa perjudian Croatia:
  • Tutorial dan bahan pendidikan yang berkaitan dengan perjudian seperti buku dan e-buku
  • Maklumat yang berkaitan dengan perjudian seperti petua, nisbah pertaruhan dan ramalan keputusan
  • Produk promosi yang berkaitan dengan perjudian seperti baucar yang berkaitan dengan perjudian, kod bonus dan lain-lain
  • Loteri yang berkaitan dengan perjudian

Pengiklan juga hendaklah diperakui oleh Google. Lihat cara memohon.

Republik Czech
Produk Dibenarkan? Butiran
Perjudian dalam talian Dibenarkan dengan pengehadan Google membenarkan iklan yang mempromosikan kandungan perjudian dalam talian berikut selagi kandungan perjudian dalam talian tersebut dilesenkan oleh pihak berkuasa perjudian Republik Czech:
  • Bingo dalam talian
  • Loteri
  • Permainan kasino dalam talian
  • Pertaruhan sukan

Pengiklan juga hendaklah diperakui oleh Google. Lihat cara memohon.

Produk berkaitan dengan perjudian Dibenarkan dengan pengehadan Google membenarkan iklan yang mempromosikan produk berkaitan dengan perjudian berikut yang dikendalikan oleh entiti yang dilesenkan kerajaan:
  • Tutorial dan bahan pendidikan yang berkaitan dengan perjudian seperti buku dan e-buku
  • Maklumat yang berkaitan dengan perjudian seperti petua, nisbah pertaruhan dan ramalan keputusan
  • Produk promosi yang berkaitan dengan perjudian seperti baucar yang berkaitan dengan perjudian, kod bonus dan lain-lain

Pengiklan juga hendaklah diperakui oleh Google. Lihat cara memohon.

Denmark
Produk Dibenarkan? Butiran
Perjudian dalam talian Dibenarkan dengan pengehadan Google membenarkan iklan untuk jenis perjudian dalam talian berikut selagi pengendali tersebut dilesenkan oleh Pihak Berkuasa Perjudian Denmark:
  • Perjudian berasaskan lokasi
  • Permainan kasino dalam talian
  • Pertaruhan dalam talian
  • Pertaruhan sukan
  • Peraduan sukan fantasi
  • Mesin slot
  • Maklumat yang berkaitan dengan perjudian seperti petua, nisbah pertaruhan dan ramalan keputusan
  • Produk promosi yang berkaitan dengan perjudian seperti baucar yang berkaitan dengan perjudian, kod bonus dan lain-lain
  • Tutorial dan bahan pendidikan yang berkaitan dengan perjudian seperti buku dan e-buku

Pengiklan juga hendaklah diperakui oleh Google. Lihat cara memohon.

Pengiklan yang menyediakan maklumat atau perbandingan tentang perkhidmatan perjudian namun tidak menyediakan aktiviti perjudian yang memerlukan lesen boleh juga memohon tetapi hanya boleh memautkan maklumat atau perbandingan tersebut di tapak pengendali berlesen.

Perjudian dalam talian yang dikendalikan oleh kerajaan Dibenarkan dengan pengehadan Google membenarkan pengendali yang dilesenkan kerajaan untuk mengiklankan produk berkaitan dengan perjudian seperti berikut:
  • Loteri yang berkaitan dengan perjudian
  • Peraduan/Cabutan bertuah
  • Permainan gores
  • Bingo
  • Perlumbaan kuda
  • Maklumat yang berkaitan dengan perjudian seperti petua, nisbah pertaruhan dan ramalan keputusan
  • Produk promosi yang berkaitan dengan perjudian seperti baucar yang berkaitan dengan perjudian, kod bonus dan lain-lain
  • Tutorial dan bahan pendidikan yang berkaitan dengan perjudian seperti buku dan e-buku

Pengiklan juga hendaklah diperakui oleh Google. Lihat cara memohon.

Pengiklan yang menyediakan maklumat atau perbandingan tentang perkhidmatan perjudian namun tidak menyediakan aktiviti perjudian yang memerlukan lesen boleh juga memohon tetapi hanya boleh memautkan ke tapak pengendali berlesen.

Mesir
Produk Dibenarkan? Butiran
Kandungan berkaitan dengan perjudian Tidak dibenarkan Google tidak membenarkan kandungan yang berkaitan dengan perjudian seperti berikut:
  • Kasino fizikal
Estonia

Finland
Produk Dibenarkan? Butiran
Perjudian dalam talian Dibenarkan dengan pengehadan Google membenarkan iklan yang mempromosikan perjudian dalam talian berikut yang dikendalikan oleh entiti yang dilesenkan kerajaan:
  • Perjudian dalam talian
  • Bingo dalam talian
  • Pertaruhan sukan
  • Permainan kasino dalam talian

Pengiklan juga hendaklah diperakui oleh Google.

Produk berkaitan dengan perjudian Dibenarkan dengan pengehadan Google membenarkan iklan yang mempromosikan produk berkaitan dengan perjudian berikut yang dikendalikan oleh entiti yang dilesenkan kerajaan:
  • Produk promosi yang berkaitan dengan perjudian seperti baucar yang berkaitan dengan perjudian, kod bonus dan lain-lain
  • Tutorial dan bahan pendidikan yang berkaitan dengan perjudian seperti buku dan e-buku
  • Maklumat yang berkaitan dengan perjudian seperti petua, nisbah pertaruhan dan ramalan keputusan
  • Loteri yang berkaitan dengan perjudian

Pengiklan juga hendaklah diperakui oleh Google.

Perancis
Produk Dibenarkan? Butiran
Perjudian dalam talian Dibenarkan dengan pengehadan Google membenarkan iklan yang mempromosikan perjudian dalam talian berikut selagi pengiklan telah berdaftar dengan ARJEL (Autorité de Régulation des Jeux En Ligne), memberikan nombor lesen operasi yang sah, beroperasi pada domain ".fr", dan menerbitkan amaran mengenai halaman pendaratan dan juga mana-mana iklan imej terhadap permainan yang berlebihan atau patologi serta mesej yang merujuk pada bantuan dan sistem maklumat seperti yang diramalkan oleh undang-undang perjudian:
  • Perjudian dalam talian
  • Bingo dalam talian
  • Pertaruhan sukan
  • Permainan kasino dalam talian
  • Loteri

Pengagregat perjudian ialah tapak yang menyediakan maklumat atau perbandingan tentang perkhidmatan perjudian yang lain namun tidak menyediakan aktiviti perjudian yang memerlukan lesen. Pengagregat hanya boleh menyediakan pautan ke tapak perjudian yang mempunyai lesen pengendalian ARJEL namun tidak dikendalikan atau dikawal oleh pengagregat tersebut. Pengagregat mesti memaparkan mesej di halaman pendaratan mereka yang memberikan amaran terhadap perjudian berlebihan atau patologikal.

Pengiklan juga hendaklah diperakui oleh Google. Lihat cara memohon.

Produk berkaitan dengan perjudian Dibenarkan dengan pengehadan Google membenarkan iklan yang mempromosikan produk yang berkaitan dengan perjudian berikut selagi pengiklan berdaftar dengan ARJEL (Autorité de Régulation des Jeux En Ligne), menyediakan nombor lesen operasi yang sah, beroperasi pada domain ".fr", dan menerbitkan amaran pada halaman pendaratan dan juga mana-mana iklan imej terhadap permainan yang berlebihan atau patologi serta mesej yang merujuk pada bantuan dan sistem maklumat seperti yang diramalkan oleh undang-undang perjudian:
  • Produk promosi yang berkaitan dengan perjudian seperti baucar yang berkaitan dengan perjudian, kod bonus dan lain-lain
  • Tutorial dan bahan pendidikan yang berkaitan dengan perjudian seperti buku dan e-buku
  • Maklumat yang berkaitan dengan perjudian seperti petua, nisbah pertaruhan dan ramalan keputusan

Pengiklan juga hendaklah diperakui oleh Google. Lihat cara memohon.

Jerman
Produk Dibenarkan? Butiran
Pertaruhan sukan, pertaruhan lumba kuda, loteri Dibenarkan dengan pengehadan Google membenarkan iklan untuk perjudian dalam talian yang berikut dengan syarat bahawa pengendali atau pengantara memiliki lesen pengendali perjudian yang sah atau lesen perantara dan kebenaran iklan, kedua-duanya dikeluarkan oleh pihak berkuasa Jerman yang berwibawa.
  • Pertaruhan sukan
  • Pertaruhan lumba kuda
  • Loteri

Pengiklan juga hendaklah diperakui oleh Google. Lihat cara memohon. Selain itu, semua pengiklan mesti turut mematuhi garis panduan iklan yang terdapat di recht.nrw.de.

Kandungan berkaitan dengan perjudian Tidak dibenarkan Google tidak membenarkan mana-mana "permainan nasib" (Glücksspiel dalam bahasa Jerman) seperti rafel.
Greece
Produk Dibenarkan? Butiran
Perjudian dalam talian Dibenarkan dengan pengehadan Google membenarkan iklan yang mempromosikan perjudian dalam talian berikut dengan syarat bahawa pengendali telah diberi kuasa sewajarnya oleh pihak berkuasa Greek:
  • Permainan kasino
  • Bingo
  • Pertaruhan sukan
  • Loteri

Pengiklan juga hendaklah diperakui oleh Google. Lihat cara memohon.

Produk berkaitan perjudian dalam talian Dibenarkan dengan pengehadan Google membenarkan iklan untuk produk berkaitan perjudian dalam talian berikut dengan syarat bahawa pengendali telah diberi kuasa sewajarnya oleh pihak berkuasa Greek:
  • Produk promosi yang berkaitan dengan perjudian seperti baucar yang berkaitan dengan perjudian, kod bonus dan lain-lain
  • Tutorial dan bahan pendidikan yang berkaitan dengan perjudian seperti buku dan e-buku
  • Maklumat yang berkaitan dengan perjudian seperti petua, nisbah pertaruhan dan ramalan keputusan

Pengiklan juga hendaklah diperakui oleh Google. Lihat cara memohon.

Hong Kong
Produk Dibenarkan? Butiran
Kandungan berkaitan dengan perjudian Tidak dibenarkan Google tidak membenarkan kandungan yang berkaitan dengan perjudian seperti berikut:
  • Perjudian berasaskan lokasi atau fizikal
Perjudian dalam talian Dibenarkan dengan pengehadan Google membenarkan iklan yang mempromosikan perjudian dalam talian berikut sekiranya dikendalikan oleh entiti yang dilesenkan kerajaan:
  • Loteri
  • Pertaruhan sukan

Pengiklan juga hendaklah diperakui oleh Google. Lihat cara memohon.

Hungary
Produk Dibenarkan? Butiran
Perjudian dalam talian Dibenarkan dengan pengehadan Google membenarkan permainan kasino dalam talian selagi pengiklan tersebut telah berdaftar dengan Lembaga Perjudian Hungary yang berkenaan atau Pihak Berkuasa Cukai Negeri dan memberikan lesen yang sah.

Pengiklan juga hendaklah diperakui oleh Google. Lihat cara memohon.

Produk berkaitan dengan perjudian Dibenarkan dengan pengehadan Google membenarkan iklan yang mempromosikan produk berkaitan dengan perjudian berikut selagi pengiklan tersebut telah berdaftar dengan Lembaga Perjudian Hungary yang berkenaan atau Pihak Berkuasa Cukai Negeri dan memberikan lesen yang sah:
  • Produk promosi yang berkaitan dengan perjudian seperti baucar yang berkaitan dengan perjudian, kod bonus dan lain-lain
  • Tutorial dan bahan pendidikan yang berkaitan dengan perjudian seperti buku dan e-buku
  • Maklumat yang berkaitan dengan perjudian seperti petua, nisbah pertaruhan dan ramalan keputusan

Pengiklan juga hendaklah diperakui oleh Google. Lihat cara memohon.

India
Produk Dibenarkan? Butiran
Kandungan berkaitan dengan perjudian Tidak dibenarkan Google tidak membenarkan kandungan yang berkaitan dengan perjudian seperti berikut:
  • Perjudian berasaskan lokasi atau fizikal
Sukan Fantasi Harian Dibenarkan

Google membenarkan promosi Sukan Fantasi Harian selagi iklan tersebut tidak mempromosikan apa-apa bentuk perjudian dalam talian yang lain. Iklan Sukan Fantasi Harian tidak boleh menyasarkan negeri berikut:

  • Telangana, Orissa, Assam, Sikkim dan Nagaland
Pengiklan juga hendaklah diperakui oleh Google. Lihat cara memohon.
Rummy Dibenarkan Google Ads membenarkan iklan Rummy untuk menyasarkan India selagi iklan tersebut tidak mempromosikan apa-apa bentuk perjudian dalam talian yang lain. Iklan Rummy tidak boleh menyasarkan Telangana. 
Indonesia
Produk Dibenarkan? Butiran
Kandungan berkaitan dengan perjudian Tidak dibenarkan Google tidak membenarkan kandungan yang berkaitan dengan perjudian seperti berikut:
  • Kasino fizikal
Permainan tunai Tidak dibenarkan Google tidak membenarkan pengiklanan permainan berasaskan Internet yang melibatkan pembayaran atau pertaruhan wang atau item lain yang bernilai untuk memenangi sejumlah wang yang lebih besar atau item lain yang bernilai.
Republik Ireland (kecuali Ireland Utara)
Produk Dibenarkan? Butiran
Perjudian dalam talian Dibenarkan dengan pengehadan Google membenarkan iklan yang mempromosikan perjudian dalam talian berikut selagi pengiklan tersebut telah berdaftar sebagai bookie dengan Pesuruhjaya Hasil dan memberikan nombor lesen yang sah:
  • Perjudian dalam talian
  • Bingo dalam talian
  • Pertaruhan sukan
  • Permainan kasino dalam talian
  • Tapak perbandingan perjudian dalam talian selagi tiada perjudian dalam talian dijalankan di tapak pengagregat

Pengiklan juga hendaklah diperakui oleh Google. Lihat cara memohon.

Produk berkaitan dengan perjudian Dibenarkan dengan pengehadan Google membenarkan iklan yang mempromosikan produk berkaitan dengan perjudian berikut selagi pengiklan tersebut telah berdaftar sebagai bookie dengan Pesuruhjaya Hasil dan memberikan nombor lesen yang sah:
  • Produk promosi yang berkaitan dengan perjudian seperti baucar yang berkaitan dengan perjudian, kod bonus dan lain-lain
  • Tutorial dan bahan pendidikan yang berkaitan dengan perjudian seperti buku dan e-buku
  • Maklumat yang berkaitan dengan perjudian seperti petua, nisbah pertaruhan dan ramalan keputusan
  • Loteri yang berkaitan dengan perjudian

Pengiklan juga hendaklah diperakui oleh Google. Lihat cara memohon.

Israel
Produk Dibenarkan? Butiran
Perjudian dalam talian Dibenarkan dengan pengehadan Google membenarkan iklan yang mempromosikan perjudian dalam talian berikut yang dikendalikan oleh entiti yang dilesenkan kerajaan:
  • Perjudian dalam talian
  • Bingo dalam talian
  • Pertaruhan sukan
  • Permainan kasino dalam talian

Pengiklan juga hendaklah diperakui oleh Google.

Produk berkaitan dengan perjudian Dibenarkan dengan pengehadan Google membenarkan iklan yang mempromosikan produk yang berkaitan dengan perjudian berikut yang dikendalikan oleh entiti yang dilesenkan kerajaan:

Itali
Produk Dibenarkan? Butiran
Kandungan berkaitan dengan perjudian Dibenarkan dengan pengehadan

Google hanya membenarkan iklan yang mempromosikan loteri dengan cabutan tertunda daripada entiti yang dikendalikan oleh kerajaan. Iklan yang mempromosikan kasino fizikal dan perjudian dalam talian adalah tidak dibenarkan.

Pengiklan juga hendaklah diperakui oleh Google. Lihat cara memohon.

Jepun
Produk Dibenarkan? Butiran
Perjudian dalam talian Dibenarkan dengan pengehadan Google membenarkan perjudian yang dikawal oleh kerajaan (lumba kuda, bot, basikal dan kereta), tetapi hanya pengumuman daripada penganjur acara. Google tidak membenarkan pengiklanan untuk perjudian dalam talian pada acara-acara.

Pengiklan juga hendaklah diperakui oleh Google. Lihat cara memohon.

Produk berkaitan dengan perjudian Dibenarkan dengan pengehadan Google membenarkan loteri yang berkaitan dengan perjudian yang dikendalikan oleh entiti yang dilesenkan kerajaan.

Pengiklan juga hendaklah diperakui oleh Google. Lihat cara memohon.

Korea
Produk Dibenarkan? Butiran
Kandungan berkaitan dengan perjudian Tidak dibenarkan Google tidak membenarkan kandungan yang berkaitan dengan perjudian seperti berikut:
  • Perjudian berasaskan lokasi atau fizikal
Perjudian dalam talian Dibenarkan dengan pengehadan Google membenarkan iklan yang mempromosikan perjudian dalam talian berikut oleh entiti yang dijalankan atau dilesenkan oleh pihak kerajaan:
  • Loteri
  • Pertaruhan sukan

Pengiklan mestilah diperakui oleh Google. Lihat cara memohon.

Latvia
Produk Dibenarkan? Butiran
Perjudian dalam talian Dibenarkan dengan pengehadan Google membenarkan iklan yang mempromosikan perjudian dalam talian berikut oleh entiti yang dikendalikan kerajaan:
  • Loteri

Pengiklan juga hendaklah diperakui oleh Google. Lihat cara memohon.

Lithuania
Produk Dibenarkan? Butiran
Perjudian dalam talian Dibenarkan dengan pengehadan Google membenarkan iklan yang mempromosikan kandungan perjudian dalam talian berikut selagi kandungan perjudian dalam talian tersebut dilesenkan oleh pihak berkuasa perjudian Lithuania:
  • Perjudian dalam talian
  • Bingo dalam talian
  • Permainan kasino dalam talian
  • Pertaruhan sukan
  • Loteri

Pengiklan juga hendaklah diperakui oleh Google. Lihat cara memohon.

Malaysia
Produk Dibenarkan? Butiran
Kandungan berkaitan dengan perjudian Tidak dibenarkan Google tidak membenarkan kandungan yang berkaitan dengan perjudian seperti berikut:
  • Perjudian berasaskan lokasi atau fizikal
Permainan tunai Tidak dibenarkan Google tidak membenarkan pengiklanan permainan berasaskan Internet yang melibatkan pembayaran atau pertaruhan wang atau item lain yang bernilai untuk memenangi sejumlah wang yang lebih besar atau item lain yang bernilai.
Mexico
Produk Dibenarkan? Butiran
Perjudian dalam talian Dibenarkan dengan pengehadan Google membenarkan iklan yang mempromosikan jenis perjudian dalam talian berikut selagi pengiklan memberikan bukti bahawa halaman pendaratan yang berkaitan dikendalikan oleh pengendali yang berdaftar dengan Secretaria de Gobernacion dan memberikan nombor lesen yang sah atau dikendalikan oleh Pronósticos para la Asistencia Pública dan memberikan salinan perjanjian yang sah yang membuktikan bahawa wataknya sebagai agensi (comisionista) atau rakan kongsi promosi (socio promocional):
  • Permainan kasino dalam talian (termasuk mesin slot)
  • Bingo
  • Loteri
  • Pertaruhan sukan
  • Tapak yang menyediakan maklumat atau perbandingan tentang perkhidmatan perjudian yang lain, tetapi tidak menyediakan aktiviti perjudian yang memerlukan lesen itu sendiri. Mereka hanya boleh menyediakan pautan kepada tapak perjudian yang memiliki lesen pengendalian yang sah di Mexico, tetapi tidak dikendalikan atau dikawal oleh pengagregat. 

Pengiklan atau pengendali hendaklah memaparkan amaran di halaman pendaratan mereka dan juga dalam iklan mereka yang menyatakan bahawa perjudian itu bukan untuk pengguna bawah umur (seperti "prohibido para menores") dan termasuk mesej yang menjemput pengguna untuk bermain secara bertanggungjawab (seperti "juega responsablemente").

Pengiklan juga hendaklah diperakui oleh Google. Lihat cara memohon.

Maghribi
Produk Dibenarkan? Butiran
Kandungan berkaitan dengan perjudian Tidak dibenarkan Google tidak membenarkan kandungan yang berkaitan dengan perjudian yang berikut:
  • Kasino fizikal
Belanda
Produk Dibenarkan? Butiran
Perjudian dalam talian Dibenarkan dengan pengehadan Google membenarkan iklan yang mempromosikan perjudian dalam talian berikut yang dikendalikan oleh entiti yang dilesenkan kerajaan:
  • Perjudian dalam talian
  • Bingo dalam talian
  • Pertaruhan sukan

Pengiklan juga hendaklah diperakui oleh Google.

Produk berkaitan dengan perjudian Dibenarkan dengan pengehadan Google membenarkan iklan yang mempromosikan produk berkaitan dengan perjudian berikut yang dikendalikan oleh entiti yang dilesenkan kerajaan:
  • Produk promosi yang berkaitan dengan perjudian seperti baucar yang berkaitan dengan perjudian, kod bonus dan lain-lain
  • Tutorial dan bahan pendidikan yang berkaitan dengan perjudian seperti buku dan e-buku
  • Maklumat yang berkaitan dengan perjudian seperti petua, nisbah pertaruhan dan ramalan keputusan
  • Loteri yang berkaitan dengan perjudian

Pengiklan juga hendaklah diperakui oleh Google.

New Zealand

Ireland Utara
Produk Dibenarkan? Butiran
Perjudian luar talian Tidak dibenarkan Google tidak membenarkan kandungan perjudian luar talian termasuk kasino fizikal.
Perjudian dalam talian Tidak dibenarkan (kecuali loteri) Google tidak membenarkan kandungan perjudian dalam talian, termasuk:
  • Permainan kasino
  • Bingo
  • Pertaruhan sukan

Nota: Loteri milik negara atau loteri yang dilesenkan kerajaan UK adalah dibenarkan.

Norway
Produk Dibenarkan? Butiran
Perjudian dalam talian Dibenarkan dengan pengehadan Google membenarkan iklan yang mempromosikan perjudian dalam talian berikut yang dikendalikan oleh entiti yang dilesenkan kerajaan:
  • Perjudian dalam talian
  • Bingo dalam talian
  • Pertaruhan sukan
  • Permainan kasino dalam talian

Pengiklan juga hendaklah diperakui oleh Google.

Produk berkaitan dengan perjudian Dibenarkan dengan pengehadan Google membenarkan iklan yang mempromosikan produk berkaitan dengan perjudian berikut yang dikendalikan oleh entiti yang dilesenkan kerajaan:
  • Produk promosi yang berkaitan dengan perjudian seperti baucar yang berkaitan dengan perjudian, kod bonus dan lain-lain
  • Tutorial dan bahan pendidikan yang berkaitan dengan perjudian seperti buku dan e-buku
  • Maklumat yang berkaitan dengan perjudian seperti petua, nisbah pertaruhan dan ramalan keputusan
  • Loteri yang berkaitan dengan perjudian

Pengiklan juga hendaklah diperakui oleh Google.

Peru
Produk Dibenarkan? Butiran
Perjudian dalam talian Tidak dibenarkan Google tidak membenarkan kandungan perjudian dalam talian, termasuk:
  • Permainan kasino
  • Bingo
  • Pertaruhan sukan
  • Loteri
Filipina
Produk Dibenarkan? Butiran
Kandungan berkaitan dengan perjudian Tidak dibenarkan Google tidak membenarkan kandungan yang berkaitan dengan perjudian seperti berikut:
  • Perjudian berasaskan lokasi atau fizikal
Perjudian dalam talian Dibenarkan dengan pengehadan Google membenarkan iklan yang mempromosikan perjudian dalam talian berikut oleh entiti yang dikendalikan kerajaan:
  • Permainan kasino
  • Loteri

Pengiklan juga hendaklah diperakui oleh Google. Lihat cara memohon.

Permainan tunai Tidak dibenarkan Google tidak membenarkan pengiklanan permainan berasaskan Internet yang melibatkan pembayaran atau pertaruhan wang atau item lain yang bernilai untuk memenangi sejumlah wang yang lebih besar atau item lain yang bernilai.
Portugal
Produk Dibenarkan? Butiran
Perjudian dalam talian Dibenarkan dengan pengehadan Google membenarkan iklan yang mempromosikan kandungan perjudian dalam talian berikut selagi kandungan perjudian dalam talian tersebut dilesenkan oleh pihak berkuasa Portugal:
  • Perjudian dalam talian
  • Bingo dalam talian
  • Pertaruhan sukan
  • Permainan kasino dalam talian
  • Tapak yang menyediakan maklumat atau perbandingan tentang perkhidmatan perjudian lain yang dilesenkan di Portugal namun tidak menyediakan aktiviti perjudian yang memerlukan lesen dengan sendiri. Tapak itu juga boleh memberikan pautan kepada perkhidmatan perjudian yang tidak dikendalikan atau dikawal oleh pengagregat.

Pengiklan juga hendaklah diperakui oleh Google.

Produk berkaitan dengan perjudian Dibenarkan dengan pengehadan Google membenarkan iklan yang mempromosikan produk berkaitan dengan perjudian berikut selagi produk tersebut dilesenkan oleh pihak berkuasa Portugal:
  • Produk promosi yang berkaitan dengan perjudian seperti baucar yang berkaitan dengan perjudian, kod bonus dan lain-lain
  • Tutorial dan bahan pendidikan yang berkaitan dengan perjudian seperti buku dan e-buku
  • Maklumat yang berkaitan dengan perjudian seperti petua, nisbah pertaruhan dan ramalan keputusan
  • Loteri yang berkaitan dengan perjudian

Pengiklan juga hendaklah diperakui oleh Google.

Romania
Produk Dibenarkan? Butiran
Perjudian dalam talian Dibenarkan dengan pengehadan Google membenarkan iklan yang mempromosikan perjudian dalam talian berikut selagi pengiklan tersebut telah berdaftar dengan pihak berkuasa yang berkenaan dan mengemukakan pelesenan yang sah:
  • Permainan kasino
  • Pertaruhan sukan
  • Bingo
  • Loteri
  • Tapak yang menyediakan maklumat mengenai, atau perbandingan, perkhidmatan perjudian yang lain, tetapi tidak menyediakan aktiviti perjudian yang memerlukan lesen itu sendiri. Tapak itu juga boleh memberikan pautan kepada perkhidmatan perjudian yang tidak dikendalikan atau dikawal oleh pengagregat.

Pengiklan juga hendaklah diperakui oleh Google. Lihat cara memohon.

Produk berkaitan perjudian dalam talian Dibenarkan dengan pengehadan Google membenarkan iklan yang mempromosikan perjudian dalam talian berikut selagi pengiklan tersebut telah berdaftar dengan pihak berkuasa yang berkenaan dan mengemukakan pelesenan yang sah:

Rusia
Produk Dibenarkan? Butiran
Kandungan berkaitan dengan perjudian Tidak dibenarkan Google tidak membenarkan kandungan yang berkaitan dengan perjudian seperti berikut:
  • Kasino fizikal
  • Permainan bukan-casino/berkaitan dengan perjudian untuk wang
Loteri nasional atau negeri Dibenarkan dengan pengehadan Google membenarkan loteri nasional atau negeri. Pengiklan juga hendaklah diperakui oleh Google. Lihat cara memohon.
Serbia
Produk Dibenarkan? Butiran
Perjudian dalam talian Dibenarkan dengan pengehadan Google membenarkan iklan yang mempromosikan perjudian dalam talian berikut selagi pengiklan tersebut telah berdaftar dengan pihak berkuasa yang berkenaan dan mengemukakan pelesenan yang sah:
  • Permainan kasino
  • Pertaruhan sukan
  • Bingo
  • Tapak yang menyediakan maklumat mengenai, atau perbandingan, perkhidmatan perjudian yang lain, tetapi tidak menyediakan aktiviti perjudian yang memerlukan lesen itu sendiri. Tapak itu juga boleh memberikan pautan kepada perkhidmatan perjudian yang tidak dikendalikan atau dikawal oleh pengagregat.

Google membenarkan iklan yang mempromosikan produk berkaitan dengan perjudian dalam talian berikut oleh entiti yang dikendalikan kerajaan:

  • Loteri

Pengiklan juga hendaklah diperakui oleh Google. Lihat cara memohon.

Produk berkaitan perjudian dalam talian Dibenarkan dengan pengehadan Google membenarkan iklan yang mempromosikan perjudian dalam talian berikut selagi pengiklan tersebut telah berdaftar dengan pihak berkuasa yang berkenaan dan mengemukakan pelesenan yang sah:
  • Produk promosi yang berkaitan dengan perjudian seperti baucar yang berkaitan dengan perjudian, kod bonus dan lain-lain
  • Tutorial dan bahan pendidikan yang berkaitan dengan perjudian seperti buku dan e-buku
  • Maklumat yang berkaitan dengan perjudian seperti petua, nisbah pertaruhan dan ramalan keputusan

Pengiklan juga hendaklah diperakui oleh Google. Lihat cara memohon.

Singapura
Produk Dibenarkan? Butiran
Kandungan berkaitan dengan perjudian Tidak dibenarkan Google tidak membenarkan kandungan yang berkaitan dengan perjudian seperti berikut:
  • Perjudian berasaskan lokasi atau fizikal
  • Perjudian dalam talian
Slovakia
Produk Dibenarkan? Butiran
Perjudian dalam talian Dibenarkan dengan pengehadan Google membenarkan iklan yang mempromosikan kandungan perjudian dalam talian berikut selagi kandungan perjudian dalam talian tersebut dilesenkan oleh pihak berkuasa Slovakia:
  • Perjudian dalam talian
  • Bingo dalam talian
  • Permainan kasino dalam talian
  • Pertaruhan sukan

Pengiklan juga hendaklah diperakui oleh Google. Lihat cara memohon.

Produk berkaitan dengan perjudian Dibenarkan dengan pengehadan Google membenarkan iklan yang mempromosikan produk berkaitan dengan perjudian berikut selagi produk tersebut dilesenkan oleh pihak berkuasa Slovakia:
  • Tutorial dan bahan pendidikan yang berkaitan dengan perjudian seperti buku dan e-buku
  • Maklumat yang berkaitan dengan perjudian seperti petua, nisbah pertaruhan dan ramalan keputusan
  • Produk promosi yang berkaitan dengan perjudian seperti baucar yang berkaitan dengan perjudian, kod bonus dan lain-lain
  • Loteri yang berkaitan dengan perjudian

Pengiklan juga hendaklah diperakui oleh Google. Lihat cara memohon.

Slovenia
Produk Dibenarkan? Butiran
Perjudian dalam talian Dibenarkan dengan pengehadan Google membenarkan iklan yang mempromosikan perjudian dalam talian berikut dengan entiti yang dikendalikan oleh kerajaan:
  • Loteri
Pengiklan juga hendaklah diperakui oleh Google. Lihat cara memohon.
Afrika Selatan
Produk Dibenarkan? Butiran
Perjudian dalam talian Dibenarkan dengan pengehadan Google membenarkan pertaruhan sukan selagi pengiklan tersebut telah dilesenkan untuk memaparkan iklan sedemikian.

Pengiklan juga hendaklah diperakui oleh Google. Lihat cara memohon.

Sepanyol
Produk Dibenarkan? Butiran
Perjudian dalam talian Dibenarkan dengan pengehadan Google membenarkan iklan yang mempromosikan jenis perjudian dalam talian berikut selagi pengiklan tersebut telah berdaftar dengan pihak berkuasa perjudian Sepanyol dan memberikan lesen sah yang berkaitan:
  • Permainan kasino
  • Pertaruhan sukan
  • Bingo
  • Rafel
  • Peraduan atau cabutan bertuah
  • Loteri

Pengiklan juga hendaklah diperakui oleh Google. Lihat cara memohon.

Produk berkaitan dengan perjudian Dibenarkan dengan pengehadan Google membenarkan iklan yang mempromosikan produk yang berkaitan dengan perjudian berikut selagi pengiklan telah berdaftar dengan pihak berkuasa perjudian Sepanyol dan memberikan lesen sah yang berkaitan:
  • Produk promosi yang berkaitan dengan perjudian seperti baucar yang berkaitan dengan perjudian, kod bonus dan lain-lain
  • Tutorial dan bahan pendidikan yang berkaitan dengan perjudian seperti buku dan e-buku
  • Maklumat yang berkaitan dengan perjudian seperti petua, nisbah pertaruhan dan ramalan keputusan

Pengiklan juga hendaklah diperakui oleh Google. Lihat cara memohon.

Sweden
Produk Dibenarkan? Butiran
Perjudian dalam talian Dibenarkan dengan pengehadan Google membenarkan iklan yang mempromosikan perjudian dalam talian berikut oleh pengendali berlesen Spelinspektionen:
  • Loteri
  • Perjudian dalam talian
  • Bingo dalam talian
  • Pertaruhan sukan
  • Permainan kasino dalam talian

Pengiklan juga hendaklah diperakui oleh Google.

Produk berkaitan dengan perjudian Dibenarkan dengan pengehadan Google membenarkan iklan yang mempromosikan perjudian dalam talian berikut oleh pengendali berlesen Spelinspektionen:
  • Produk promosi yang berkaitan dengan perjudian seperti baucar yang berkaitan dengan perjudian, kod bonus dan lain-lain
  • Tutorial dan bahan pendidikan yang berkaitan dengan perjudian seperti buku dan e-buku
  • Maklumat yang berkaitan dengan perjudian seperti petua, nisbah pertaruhan dan ramalan keputusan
  • Loteri yang berkaitan dengan perjudian

Pengiklan juga hendaklah diperakui oleh Google.

Switzerland
Produk Dibenarkan? Butiran
Perjudian dalam talian Dibenarkan dengan pengehadan Google membenarkan iklan yang mempromosikan perjudian dalam talian berikut selagi pengiklan tersebut telah berdaftar dengan pihak berkuasa yang berkenaan dan mengemukakan pelesenan yang sah:
  • Loteri

Google membenarkan iklan yang mempromosikan produk yang berkaitan dengan perjudian dalam talian berikut oleh entiti yang dikendalikan kerajaan:

  • Pertaruhan sukan

Bagi kedua-dua perkara di atas, pengiklan juga mestilah diperakui oleh Google. Lihat cara memohon.

Taiwan
Produk Dibenarkan? Butiran
Kandungan berkaitan dengan perjudian Tidak dibenarkan Google tidak membenarkan kandungan yang berkaitan dengan perjudian yang berikut:
  • Perjudian berasaskan lokasi atau fizikal
Perjudian dalam talian Dibenarkan dengan pengehadan Google membenarkan iklan yang mempromosikan perjudian dalam talian berikut oleh entiti yang dikendalikan kerajaan:
  • Loteri

Pengiklan juga hendaklah diperakui oleh Google. Lihat cara memohon.

Thailand
Produk Dibenarkan? Butiran
Kandungan berkaitan dengan perjudian Tidak dibenarkan Google tidak membenarkan kandungan yang berkaitan dengan perjudian seperti berikut:
  • Perjudian berasaskan lokasi atau fizikal
Perjudian dalam talian Dibenarkan dengan pengehadan Google membenarkan iklan yang mempromosikan perjudian dalam talian berikut oleh entiti yang dikendalikan kerajaan:
  • Pertaruhan sukan (lumba kuda sahaja)
  • Loteri

Pengiklan juga hendaklah diperakui oleh Google. Lihat cara memohon.

Permainan tunai Tidak dibenarkan Google tidak membenarkan pengiklanan permainan berasaskan Internet yang melibatkan pembayaran atau pertaruhan wang atau item lain yang bernilai untuk memenangi sejumlah wang yang lebih besar atau item lain yang bernilai.
Turki
Produk Dibenarkan? Butiran
Perjudian dalam talian Dibenarkan dengan pengehadan Google membenarkan iklan yang mempromosikan perjudian dalam talian berikut yang dikendalikan oleh entiti yang dilesenkan kerajaan:
  • Loteri
  • Pertaruhan sukan

Pengiklan juga hendaklah diperakui oleh Google.

Produk berkaitan dengan perjudian Dibenarkan dengan pengehadan Google membenarkan iklan yang mempromosikan produk yang berkaitan dengan perjudian berikut yang dikendalikan oleh entiti yang dilesenkan kerajaan:
  • Produk promosi yang berkaitan dengan perjudian seperti baucar yang berkaitan dengan perjudian, kod bonus dan lain-lain
  • Tutorial dan bahan pendidikan yang berkaitan dengan perjudian seperti buku dan e-buku
  • Maklumat yang berkaitan dengan perjudian seperti petua, nisbah pertaruhan dan ramalan keputusan
  • Loteri yang berkaitan dengan perjudian

Pengiklan juga hendaklah diperakui oleh Google.

Ukraine
Produk Dibenarkan? Butiran
Kandungan berkaitan dengan perjudian Tidak dibenarkan Google tidak membenarkan kandungan yang berkaitan dengan perjudian seperti berikut:
  • Perjudian berasaskan lokasi atau fizikal
Perjudian dalam talian Dibenarkan dengan pengehadan Google membenarkan iklan yang mempromosikan produk berkaitan dengan perjudian dalam talian berikut oleh entiti yang dikendalikan kerajaan:
  • Loteri

Pengiklan juga hendaklah diperakui oleh Google. Lihat cara memohon.

Emiriah Arab Bersatu
Produk Dibenarkan? Butiran
Kandungan berkaitan dengan perjudian Tidak dibenarkan Google tidak membenarkan kandungan yang berkaitan dengan perjudian seperti berikut:
  • Kasino fizikal
United Kingdom
Produk Dibenarkan? Butiran
Perjudian dalam talian Dibenarkan dengan pengehadan Google membenarkan iklan yang mempromosikan kandungan perjudian dalam talian berikut asalkan pengiklan telah berdaftar dengan Suruhanjaya Perjudian dan memberikan nombor lesen pengendalian yang sah.
  • Bingo dalam talian
  • Pertaruhan sukan
  • Permainan kasino dalam talian
  • Loteri
  • Tapak yang menyediakan maklumat mengenai, atau perbandingan, perkhidmatan perjudian yang lain, tetapi tidak menyediakan aktiviti perjudian yang memerlukan lesen itu sendiri. Tapak itu juga boleh memberikan pautan kepada perkhidmatan perjudian yang tidak dikendalikan atau dikawal oleh pengagregat.

Pengiklan juga hendaklah diperakui oleh Google. Lihat cara memohon.

Nota: Google tidak membenarkan kandungan perjudian dalam talian di Ireland Utara.

Produk berkaitan dengan perjudian Dibenarkan dengan pengehadan Google membenarkan iklan yang mempromosikan produk berkaitan dengan perjudian seperti berikut:
  • Produk promosi yang berkaitan dengan perjudian seperti baucar yang berkaitan dengan perjudian, kod bonus dan lain-lain
  • Tutorial dan bahan pendidikan yang berkaitan dengan perjudian seperti buku dan e-buku
  • Maklumat yang berkaitan dengan perjudian seperti petua, nisbah pertaruhan dan ramalan keputusan

Pengiklan juga hendaklah diperakui oleh Google. Lihat cara memohon.

Nota: Google tidak membenarkan kandungan perjudian dalam talian di Ireland Utara.

Amerika Syarikat
Produk Dibenarkan? Butiran
Permainan tunai Tidak dibenarkan Google tidak membenarkan pengiklanan permainan berasaskan Internet yang melibatkan pembayaran atau pertaruhan wang atau item lain yang bernilai untuk memenangi sejumlah wang yang lebih besar atau item lain yang bernilai.
Perjudian dalam talian Dibenarkan dengan pengehadan Google membenarkan iklan yang mempromosikan perjudian dalam talian berikut oleh entiti yang dikendalikan kerajaan:
  • Loteri

Google membenarkan iklan yang mempromosikan pertaruhan sukan oleh pengendali berlesen di negeri berikut:

  • New Jersey (lihat halaman beta untuk mendapatkan butiran lanjut) 

Pengiklan juga hendaklah diperakui oleh Google. Lihat cara memohon.

Vietnam
Produk Dibenarkan? Butiran
Kandungan berkaitan dengan perjudian Tidak dibenarkan Google tidak membenarkan kandungan yang berkaitan dengan perjudian seperti berikut:
  • Kasino fizikal
Permainan tunai Tidak dibenarkan Google tidak membenarkan pengiklanan permainan berasaskan Internet yang melibatkan pembayaran atau pertaruhan wang atau item lain yang bernilai untuk memenangi sejumlah wang yang lebih besar atau item lain yang bernilai.

Pengehadan negara untuk judi kasino sosial

Akaun Google Ads boleh menyasarkan iklan kasino sosial hanya ke negara yang disenaraikan dalam dua kumpulan di bawah. Disebabkan perbezaan dalam keperluan undang-undang dan teknikal, satu akaun Google Ads tidak boleh menyasarkan negara daripada kedua-dua kumpulan. Pengiklan yang ingin menyasarkan kedua-dua kumpulan negara hendaklah membuat akaun berasingan untuk setiap kumpulan.

Kumpulan 1

Kumpulan 1

Australia, Austria, Kanada, Colombia, Republik Czech, Denmark, Finland, Perancis, Jerman, Hungary, Ireland, Israel, Itali, Jepun, Latvia, Mexico, Belanda, New Zealand, Norway, Peru, Portugal, Romania, Serbia, Afrika Selatan, Sepanyol, Switzerland, United Kingdom, Amerika Syarikat
 
Produk Dibenarkan? Butiran
Judi kasino sosial Dibenarkan dengan pengehadan Google membenarkan iklan judi kasino sosial jika: 
  • Pengiklan ialah pengendali (atau agensi yang mewakili pengendali) judi kasino sosial (pengagregat dan ahli gabungan tidak akan diterima)
  • Pengiklan mempunyai lesen tempatan yang sah untuk pengedaran permainan mereka di negara yang disasarkan, jika berkenaan

Pengiklan juga hendaklah diperakui oleh Google. Lihat cara memohon

Kumpulan 2

Kumpulan 2

Hong Kong, India, Korea, Malaysia, Taiwan, Thailand, Vietnam
 
Produk Dibenarkan? Butiran
Judi kasino sosial Dibenarkan dengan pengehadan Google membenarkan iklan judi kasino sosial jika: 
  • Pengiklan ialah pengendali (atau agensi yang mewakili pengendali) judi kasino sosial (pengagregat dan ahli gabungan tidak akan diterima)
  • Pengiklan mempunyai lesen tempatan yang sah untuk pengedaran permainan mereka di negara yang disasarkan, jika berkenaan
  • Iklan, tapak atau apl tidak menggunakan logo, nama atau tanda perjudian wang sebenar

Pengiklan juga hendaklah diperakui oleh Google. Lihat cara memohon

Cara membetulkan pelanggaran

Berikut ialah butiran lanjut tentang setiap pelanggaran dan tindakan yang boleh anda ambil jika iklan anda tidak diluluskan.

Iklan perjudian yang menyasarkan negara larangan
  1. Baca dasar di atas untuk melihat jenis kandungan berkaitan perjudian yang kami tidak benarkan dan sekatan khusus negara bagi tempat yang kempen anda sasarkan. Jika anda tidak dilesenkan dengan sewajarnya untuk mempromosi perjudian, anda tidak akan dapat menyiarkan iklan yang mempromosikan kandungan berkaitan perjudian.
    Lihat keperluan negara

    Jika anda memenuhi keperluan:
  2. Pohon untuk diperakui oleh Google. Jika anda belum berbuat demikian, hantarkan kepada kami maklumat pelesenan perjudian rasmi anda -- lihat cara untuk memohon. Anda perlu melengkapkan borang permohonan bagi setiap negara yang anda ingin sasarkan. Jika permohonan anda diluluskan, sila minta dibuat semakan ke atas iklan yang tidak diluluskan anda supaya iklan itu boleh mula disiarkan.
  3. Sasarkan lokasi diperakui anda. Jika anda telah dilesenkan dengan sewajarnya dan telah pun diperakui oleh Google, edit penyasaran lokasi anda untuk menyasarkan hanya negara yang mana anda telah menyerahkan permohonan perakuan. Jika anda ingin menyasarkan lokasi baharu, anda perlu memohon semula secara khusus untuk negara itu. Apabila anda menyasarkan hanya negara yang mana anda telah diperakui oleh Google, sila minta dibuat semakan ke atas iklan yang tidak diluluskan anda supaya iklan itu boleh mula disiarkan.

    Jika anda tidak memenuhi keperluan:
  4. Sasarkan lokasi yang berbeza. Jika iklan anda memenuhi keperluan dasar yang asas tetapi tidak memenuhi keperluan negara yang kempen anda sasarkan, anda boleh memilih untuk mengedit penyasaran lokasi anda bagi menyiarkan iklan anda di negara lain yang memenuhi keperluan kami. Sebaik sahaja anda menyasarkan kempen anda hanya kepada lokasi yang boleh diterima, sila minta semakan ke atas iklan anda yang tidak diluluskan dan kami akan menyemak sama ada iklan anda boleh mula disiarkan:
    Minta dibuat semakan
  5. Ubah halaman pendaratan iklan anda.. Jika iklan anda menghala ke kandungan yang melanggar dasar ini, edit halaman pendaratan supaya halaman ini mematuhi dasar. Setelah anda membetulkan pelanggaran itu, serahkan semula iklan anda menggunakan langkah di bawah.

    Atau, anda boleh menukar URL akhir anda untuk menghala ke bahagian lain tapak web atau apl anda yang tidak melanggar dasar ini.
  6. Alih keluar kandungan itu daripada iklan anda.Jika iklan anda melanggar dasar ini, sila edit iklan itu agar mematuhi dasar.
    Bawa saya ke akaun saya
    • Pada tab Iklan anda, tuding ke iklan yang ingin anda edit.
    • Klik ikon pensel bersebelahan dengan iklan anda untuk mengedit iklan itu.
    • Klik Simpan apabila anda selesai.
    Sebaik sahaja anda mengedit dan menyimpan iklan anda, iklan tersebut akan dihantar kepada kami untuk disemak. Kebanyakan iklan disemak dalam tempoh 1 hari perniagaan, walaupun sesetengah semakan boleh mengambil masa yang lebih lama jika iklan tersebut memerlukan semakan yang lebih kompleks. Jika kami mendapati anda telah mengalih keluar kandungan yang tidak boleh diterima daripada iklan dan halaman pendaratan anda, kami boleh meluluskan iklan anda supaya dapat disiarkan semula. Jika anda telah membuat perubahan untuk membetulkan jenis pelanggaran tertentu, anda mungkin boleh menghantar semula keseluruhan kempen anda untuk semakan.
    • Pada tab Iklan anda, lihat lajur "Status". Tuding ke gelembung pertuturan putih Gelembung iklan tidak diluluskan bersebelahan dengan "Tidak diluluskan."
    • Klik "Serah semula kempen saya untuk semakan." Perlu diingat bahawa pautan ini akan dipaparkan hanya jika iklan anda tidak diluluskan atas pelanggaran tertentu.
    • Ikut arahan pada skrin untuk menyerahkan semula iklan layak yang tidak diluluskan dalam kempen anda.
Jika anda tidak dapat membetulkan pelanggaran ini atau memilih untuk tidak membetulkan pelanggaran ini, sila alih keluar iklan anda untuk menghalang akaun anda daripada digantung pada masa depan kerana mempunyai terlalu banyak iklan yang tidak diluluskan.
Sijil perjudian diperlukan
  1. Baca dasar di atas untuk melihat jenis kandungan berkaitan perjudian yang kami tidak benarkan dan sekatan khusus negara bagi tempat yang kempen anda sasarkan. Jika anda tidak dilesenkan dengan sewajarnya untuk mempromosi perjudian, anda tidak akan dapat menyiarkan iklan yang mempromosikan kandungan berkaitan perjudian.
    Lihat keperluan negara

    Jika anda memenuhi keperluan:
  2. Pohon untuk diperakui oleh Google. Jika anda belum berbuat demikian, hantarkan kepada kami maklumat pelesenan perjudian rasmi anda -- lihat cara untuk memohon. Anda perlu melengkapkan borang permohonan bagi setiap negara yang anda ingin sasarkan. Jika permohonan anda diluluskan, sila minta dibuat semakan ke atas iklan anda yang tidak diluluskan supaya iklan itu boleh mula disiarkan.
  3. Sasarkan lokasi diperakui anda. Jika anda telah dilesenkan dengan sewajarnya dan telah pun diperakui oleh Google, edit penyasaran lokasi anda untuk menyasarkan hanya negara yang mana anda telah menyerahkan permohonan perakuan. Jika anda ingin menyasarkan lokasi baharu, anda perlu memohon semula secara khusus untuk negara itu. Apabila anda menyasarkan hanya negara yang mana anda telah diperakui oleh Google, sila minta dibuat semakan ke atas iklan yang tidak diluluskan anda supaya iklan itu boleh mula disiarkan.

    Jika anda tidak memenuhi keperluan:
  4. Sasarkan lokasi yang berbeza. Jika iklan anda memenuhi keperluan dasar yang asas tetapi tidak memenuhi keperluan negara yang kempen anda sasarkan, anda boleh memilih untuk mengedit penyasaran lokasi anda bagi menyiarkan iklan anda di negara lain yang memenuhi keperluan kami. Sebaik sahaja anda menyasarkan kempen anda hanya kepada lokasi yang boleh diterima, sila minta semakan ke atas iklan anda yang tidak diluluskan dan kami akan menyemak sama ada iklan anda boleh mula disiarkan:
    Minta dibuat semakan
  5. Ubah halaman pendaratan iklan anda.. Jika iklan anda menghala ke kandungan yang melanggar dasar ini, edit halaman pendaratan supaya halaman ini mematuhi dasar. Setelah anda membetulkan pelanggaran itu, serahkan semula iklan anda menggunakan langkah di bawah.

    Atau, anda boleh menukar URL akhir anda untuk menghala ke bahagian lain tapak web atau apl anda yang tidak melanggar dasar ini.
  6. Alih keluar kandungan itu daripada iklan anda.Jika iklan anda melanggar dasar ini, sila edit iklan itu agar mematuhi dasar.
    Bawa saya ke akaun saya
    • Pada tab Iklan anda, tuding ke iklan yang ingin anda edit.
    • Klik ikon pensel bersebelahan dengan iklan anda untuk mengedit iklan itu.
    • Klik Simpan apabila anda selesai.
    Sebaik sahaja anda mengedit dan menyimpan iklan anda, iklan tersebut akan dihantar kepada kami untuk disemak. Kebanyakan iklan disemak dalam tempoh 1 hari perniagaan, walaupun sesetengah semakan boleh mengambil masa yang lebih lama jika iklan tersebut memerlukan semakan yang lebih kompleks. Jika kami mendapati anda telah mengalih keluar kandungan yang tidak boleh diterima daripada iklan dan halaman pendaratan anda, kami boleh meluluskan iklan anda supaya dapat disiarkan semula. Jika anda telah membuat perubahan untuk membetulkan jenis pelanggaran tertentu, anda mungkin boleh menghantar semula keseluruhan kempen anda untuk semakan.
    • Pada tab Iklan anda, lihat lajur "Status". Tuding ke gelembung pertuturan putih Gelembung iklan tidak diluluskan bersebelahan dengan "Tidak diluluskan."
    • Klik "Serah semula kempen saya untuk semakan." Perlu diingat bahawa pautan ini akan dipaparkan hanya jika iklan anda tidak diluluskan atas pelanggaran tertentu.
    • Ikut arahan pada skrin untuk menyerahkan semula iklan layak yang tidak diluluskan dalam kempen anda.
Jika anda tidak dapat membetulkan pelanggaran ini atau memilih untuk tidak membetulkan pelanggaran ini, sila alih keluar iklan anda untuk menghalang akaun anda daripada digantung pada masa depan kerana mempunyai terlalu banyak iklan yang tidak diluluskan.
URL tidak sepadan dengan sijil perjudian
Apabila anda memohon perakuan untuk menyiarkan iklan berkaitan perjudian, perakuan anda adalah terhad kepada tapak web tertentu yang anda masukkan ke dalam permohonan anda. Iklan perjudian anda hanya boleh menggunakan tapak web yang diluluskan itu. Berikut adalah pilihan anda:
  1. Memohon agar tapak web yang lain diperakui oleh Google. Jika anda mahu mempromosikan tapak web yang berbeza daripada yang anda pohon asalnya, kemukakan permohonan yang lain -- lihat cara untuk memohon. Anda perlu melengkapkan borang permohonan bagi setiap negara yang anda ingin sasarkan. Jika permohonan anda diluluskan, sila minta dibuat semakan ke atas iklan yang tidak diluluskan anda supaya iklan itu boleh mula disiarkan.
  2. Gunakan tapak web yang diluluskan untuk iklan anda. Edit URL iklan anda agar sepadan dengan URL yang anda berikan dalam permohonan perakuan anda.
    Bawa saya ke akaun saya
    • Pada tab Iklan anda, tuding pada iklan yang anda ingin edit.
    • Klik ikon pensel yang bersebelahan dengan iklan anda untuk mengedit URL iklan anda.
    • Klik Simpan apabila anda sudah selesai.
    Sebaik sahaja anda mengedit dan menyimpan iklan anda, iklan tersebut akan dihantar kepada kami untuk semakan. Kebanyakan iklan disemak dalam tempoh 1 hari perniagaan, walaupun sesetengah semakan boleh mengambil masa yang lebih lama jika iklan tersebut memerlukan semakan yang lebih kompleks. Jika kami mendapati bahawa anda telah mengalih keluar kandungan yang tidak boleh terima daripada iklan dan halaman pendaratan anda, kami boleh meluluskan iklan anda agar mula disiarkan.
Jika anda tidak dapat membetulkan pelanggaran ini atau memilih untuk tidak membetulkan pelanggaran ini, sila alih keluar iklan anda untuk menghalang akaun anda daripada digantung pada masa depan kerana mempunyai terlalu banyak iklan yang tidak diluluskan.

Mohon pensijilan untuk mempromosikan perjudian

  1. Lihat dasar dan keperluan khusus negara serta mengesahkan bahawa anda memenuhi keperluan ini.
  2. Mohon untuk pensijilan:
    • Jika anda seorang pengendali berlesen persendirian di salah sebuah negara yang kami benarkan kandungan perjudian dalam talian, sila lengkapkan borang permohonan perjudian dalam talian di Pusat Bantuan Google Ads. Untuk membantu mengelakkan kelewatan yang tidak diperlukan, pastikan anda memberikan semua maklumat yang diminta.
    • Jika anda beroperasi di salah sebuah negara yang kami hanya benarkan entiti yang dijalankan oleh kerajaan, sila gunakan borang ini. Semasa melengkapkan borang:
      • Dalam Ringkasan isu: Perhatikan bahawa anda meminta pensijilan untuk mengiklankan sebagai entiti perjudian yang dikendalikan oleh kerajaan dan memberikan URL tapak web anda.
      • Dalam nama Kempen dan nama Kumpulan iklan: Masukkan T/B jika anda belum menyediakan kempen atau kumpulan iklan lagi.
    • Jika anda seorang pengendali judi kasino sosial, sila gunakan borang ini untuk menghantar URL tapak web atau apl anda, ID pelanggan Google Ads dan kumpulan negara yang anda sasarkan. 
  3. Jika anda ingin menyasarkan lebih daripada satu negara, sila serahkan borang permohonan yang berasingan untuk setiap negara.

Kesan dasar

Jika iklan anda memenuhi keperluan di atas dan diluluskan, berikut ialah butiran cara iklan tersebut boleh disiarkan:

Pensijilan
Pengiklan perlu membuat permohonan bagi pensijilan daripada Google untuk menyiarkan jenis iklan berkaitan perjudian tertentu. Lihat butiran lanjut di atas.
Negara
Lihat keperluan di atas untuk mengetahui tempat jenis iklan perjudian tertentu boleh dan tidak boleh disiarkan.
  • Jika kempen iklan anda hanya menyasar negara yang kami tidak benarkan iklan ini, iklan anda akan dilabel "Tidak diluluskan" dan tidak akan disiarkan langsung.
  • Jika kempen iklan anda menyasar negara yang dibenarkan dan tidak dibenarkan, iklan akan dilabel "Diluluskan (terhad)" dan tidak akan disiarkan di negara yang tidak membenarkan iklan ini (tetapi boleh disiarkan di negara yang membenarkan iklan ini).
Platform iklan
Boleh menyiarkan iklan perjudian:
  • Google Ads dan AdWords Express
  • Rangkaian Paparan Google
  • YouTube
  • AdMob
Tidak boleh menyiarkan iklan perjudian:
  • Google Ad Manager
Rangkaian Iklan
Carian Google: Iklan perjudian boleh dipaparkan di Google dan Rangkaian Carian kami. Walau bagaimanapun, jika seseorang telah mendayakan ciri SafeSearch, mereka tidak akan melihat jenis iklan ini.

Rangkaian Paparan: Iklan perjudian boleh dipaparkan di tapak rakan kongsi yang telah mengikut serta untuk memaparkan kandungan tersebut. Iklan judi kasino sosial boleh dipaparkan di tapak rakan kongsi tetapi bukan di tapak yang telah menarik diri daripada memaparkan kandungan sedemikian.
Rangkaian Penjual Ad Manager: Iklan perjudian tidak dibenarkan untuk dipaparkan di tapak rakan kongsi ini.
Format Iklan
Format iklan yang boleh diterima boleh berubah-ubah bergantung pada faktor seperti platform yang anda gunakan, status iklan anda dan sama ada penerbit atau rakan kongsi telah memilih untuk memaparkan iklan sebegini. Dasar pengiklanan diperibadikan turut digunakan pada semua iklan yang diperibadikan. Berikut ialah beberapa contoh lazim, walaupun mungkin berbeza-beza:
Tidak boleh mempromosikan perjudian:
  • Iklan Gmail
  • Iklan Beli-belah
  • Iklan paparan tempahan
  • Anotasi rating pengguna

Perkara yang berlaku jika anda melanggar dasar kami

Penolakan iklan atau sambungan: Iklan dan sambungan yang tidak mematuhi dasar ini mungkin tidak diluluskan. Iklan yang tidak diluluskan tidak akan dapat disiarkan sehingga pelanggaran dasar dibetulkan dan iklan tersebut diluluskan.

Penggantungan akaun: Akaun mungkin digantung sekiranya anda mempunyai beberapa pelanggaran atau satu pelanggaran yang serius. Jika ini berlaku, semua iklan dalam akaun yang digantung akan dihentikan siaran dan kami mungkin tidak akan menerima lagi pengiklanan daripada anda. Mana-mana akaun yang berkaitan juga mungkin akan digantung selama-lamanya dan akaun baharu anda mungkin akan digantung secara automatik semasa persediaan. Ketahui lebih lanjut tentang akaun yang digantung.

Patuhi undang-undang setempat: Untuk memastikan pengalaman yang selamat dan positif bagi pengguna, Google menghendaki pengiklan agar mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang berkaitan di samping dasar Google Ads. Anda perlu membiasakan diri anda dan mengikuti perkembangan terkini keperluan tersebut bagi tempat di mana perniagaan anda dikendalikan, serta mana-mana tempat lain iklan anda dipaparkan. Apabila kami menemui kandungan yang melanggar keperluan ini, kami mungkin menyekat kandungan itu daripada disiarkan dan dalam kes pelanggaran yang berulang atau serius, anda mungkin tidak lagi boleh mengiklan dengan Google.

Perlukan bantuan?

Jika anda mempunyai pertanyaan tentang dasar ini, sila beritahu kami:
Hubungi Sokongan Google Ads

Beritahu kami pendapat anda

Nilaikan sejauh manakah halaman ini membantu dan kongsi maklum balas anda dengan kami:
Adakah perkara ini membantu?
Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?