Dasar AdSense hanya membenarkan satu akaun bagi satu penerbit. Kami telah memberikan beberapa panduan di bawah yang mungkin membantu anda jika anda menyerahkan berbilang permohonan untuk menyelesaikan isu tertentu.
Saya perlu mengubah log masuk Akaun Google untuk akaun sedia ada saya
Terdapat dua cara yang anda boleh melakukan ini:
- Kaitkan Akaun Google yang berlainan sebagai log masuk anda
Jika anda mempunyai akses Pentadbir, anda boleh menjemput Pentadbir baharu, log masuk sebagai Pentadbir baharu, kemudian mengalih keluar log masuk Akaun Google asal anda. Ketahui lebih lanjut tentang mengurus akses kepada akaun. - Edit Akaun Google anda
Anda boleh mengubah alamat e-mel/log masuk anda dengan mengedit Akaun Google yang anda gunakan untuk mengakses AdSense.Nota: Perkara ini hanya tersedia untuk alamat bukan Gmail dan memberi kesan pada semua produk yang berkaitan dengan Akaun Google anda.
Saya tidak boleh mengakses akaun sedia ada saya
Penyelesai masalah log masuk kami direka bentuk untuk membantu anda menyelesaikan masalah umum semasa log masuk ke akaun AdSense anda. Pada setiap langkah, kami akan memberikan arahan atau pertanyaan lanjut bagi membantu menapis isu yang anda hadapi. Keputusan yang terbaik dapat diperoleh dengan mematuhi arahan dengan tepat.
Saya perlu menambah lebih banyak tapak
Anda boleh menggunakan akaun sedia ada anda untuk melakukan perkara ini. Ketahui cara memaparkan iklan anda di tapak baharu.
Saya memerlukan akaun yang berasingan untuk perniagaan saya
Jika anda mempunyai akaun individu tetapi turut mengendalikan entiti perniagaan berasingan, anda boleh membuka akaun berbeza untuk perniagaan tersebut. Pastikan bahawa jenis akaun (individu atau perniagaan) ditandai dengan betul dan bahawa semua maklumat pada akaun (termasuk cukai dan maklumat penerima) sepadan dengan perniagaan berdaftar tersebut.
Saya memerlukan lebih banyak saluran pelaporan
Bilangan maksimum saluran yang kami tawarkan ialah 500 saluran diperibadikan dan 500 saluran URL bagi setiap produk. Saluran URL hanya tersedia bagi AdSense untuk kandungan.
Adakah anda mempunyai sebarang soalan?