Pemberitahuan

Sila pastikan anda melawati Halaman AdSense Anda yang membolehkan anda menemukan maklumat diperibadikan tentang akaun anda bagi membantu anda menggunakan AdSense dengan jayanya.

Iklan untuk carian

Mengedit gaya carian

Setelah membuat gaya carian baharu dan meletakkan iklan di halaman carian, anda boleh mengedit gaya iklan tersebut pada bila-bila masa dalam akaun AdSense anda. Anda juga boleh memilih untuk menjalankan percubaan bagi menguji gaya yang anda edit sebelum anda menggunakan gaya tersebut pada iklan carian dan beli-belah anda.

  1. Log masuk ke akaun AdSense anda.
  2. Klik Iklan untuk carian, kemudian Gaya carian.
  3. Klik edit Edit bersebelahan gaya yang mahu anda kemas kinikan.
  4. Kemas kini gaya iklan carian anda. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Tetapan iklan gaya carian.
  5. Kemas kini gaya iklan beli-belah anda. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Tetapan iklan beli-belah gaya carian.
  6. Klik Simpan gaya.
    Nota: AdSense menyemak gaya carian anda terhadap peraturan pengesahan gaya terkini. Gaya carian anda mesti memenuhi peraturan terkini supaya berjaya disimpan. Editor akan menyerlahkan sebarang tetapan yang perlu anda betulkan sebelum disimpan. Harap maklum bahawa peraturan pengesahan gaya mungkin berubah dari semasa ke semasa.
  7. Pilih pilihan penyimpanan anda:
    • Kemas kinikan sekarang - untuk mengemaskinikan semua iklan carian yang menggunakan gaya ini dengan serta-merta.
      Nota: Apabila anda menyimpan gaya carian, perubahan yang anda buat akan digunakan dengan serta-merta pada semua laman yang menggunakan gaya tersebut.
      Atau
    • Sediakan percubaan terlebih dahulu - untuk menguji gaya baharu anda pada bilangan pengguna yang terhad untuk masa yang tertentu terlebih dahulu. Ketahui lebih lanjut tentang percubaan gaya carian.

      Cara menyediakan percubaan anda:

      1. Namakan percubaan anda.
      2. Tetapkan bilangan maksimum hari yang anda mahu percubaan anda dijalankan.
      3. Tetapkan peratusan maksimum pengguna yang anda mahu melihat percubaan anda.
  8. Klik Simpan.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
18399513936741000394
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
157
false
false