Pemberitahuan

Sila pastikan anda melawati Halaman AdSense Anda yang membolehkan anda menemukan maklumat diperibadikan tentang akaun anda bagi membantu anda menggunakan AdSense dengan jayanya.

Pembayaran

Pendapatan dianggarkan berbanding dimuktamadkan

Laporan dalam akaun anda bertujuan memberi anda anggaran aktiviti semasa dalam akaun anda. Walau bagaimanapun, anggaran pendapatan yang ditemukan dalam tab laporan prestasi akaun anda tidak dimuktamadkan sehingga hujung bulan, yang merupakan masa kami melaraskan klik atau tera tidak sah. Hasil daripada klik dan tera tidak sah akan dibayar balik kepada pengiklan yang terbabit. Kami memastikan anda dibayar untuk pendapatan dimuktamadkan, yang termasuk semua klik dan tera sah. Amaun pendapatan dimuktamadkan disiarkan pada tab pembayaran dan sejarah transaksi anda.
Potongan aktiviti yang tidak sah mungkin menyebabkan perbezaan antara anggaran pendapatan dengan pendapatan dimuktamadkan anda. Kami melakukan perkara ini untuk memastikan pengiklan kami hanya membayar untuk trafik yang sah, bagi melindungi ekosistem pengiklanan kami yang lebih luas yang termasuk anda.

Kami juga berhak melaraskan pendapatan penerbit sekiranya pengiklan yang mengiklankan di laman web pengiklan tidak membayar tepat pada masanya. Pengiklan ini mungkin telah menggunakan kad kredit yang dicuri atau gagal membuat pembayaran. Google berusaha keras untuk memastikan kejadian ini jarang berlaku untuk mengekalkan ekosistem yang selamat bagi pengguna, penerbit dan pengiklan.

Untuk mengekalkan integriti sistem pengesanan aktiviti tidak sah kami dan mengelakkan pengguna daripada memintas sistem ini, kami tidak dapat memberikan butiran tentang amaun yang kami laraskan dalam sehari atau pada sesuatu laman. Kami menetapkan perlindungan aktiviti tidak sah ini untuk memastikan rangkaian AdSense kami menjadi persekitaran yang selamat dan berguna bagi pengiklan, penerbit dan pengguna.

Walau bagaimanapun, berikut ialah beberapa langkah untuk membantu anda mengenal pasti dan mengurangkan aktiviti yang tidak sah:

  • Gunakan Google Analytics untuk menyiasat sebarang perubahan dalam sumber trafik sepanjang 90 hari yang lalu. Perhatikan peningkatan dalam trafik/muat turun daripada sumber tidak diketahui.
  • Semak panduan pemula Dasar AdSense. Sila baca dasar Peletakan iklan. Aktiviti yang tidak sah sering kali menyebabkan pelaksanaan iklan yang lemah, yang boleh anda betulkan
  • Laporkan klik atau tera tidak sah pada iklan anda kepada pakar kualiti trafik kami menggunakan borang aktiviti yang tidak sah ini. Dalam laporan anda, sila berikan sebanyak mungkin maklumat. Butiran yang anda berikan akan membantu pasukan kualiti trafik kami menyiasat akaun anda. Anda mungkin tidak menerima respons peribadi daripada mereka, tetapi nota akan ditambahkan pada akaun anda untuk rujukan masa depan.
Untuk mendapatkan maklumat tambahan berkenaan kualiti trafik iklan, sila lawati Pusat Sumber Kualiti Trafik Iklan.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
true
Halaman AdSense anda

Memperkenalkan Halaman AdSense: sumber baharu yang membolehkan anda menemukan maklumat peribadi dan peluang baharu dalam akaun anda untuk membantu anda berjaya menggunakan AdSense.

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
1563295562661476039
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
157
false
false