Pemberitahuan

Sila pastikan anda melawati Halaman AdSense Anda yang membolehkan anda menemukan maklumat diperibadikan tentang akaun anda bagi membantu anda menggunakan AdSense dengan jayanya.

Iklan automatik

Perihal memperincikan kawalan iklan anda (beta)

Kawalan "Memperincikan iklan anda" ialah satu set baharu kawalan ikut serta untuk Iklan automatik dalam halaman. Kawalan ini direka bentuk untuk memberi anda lebih kawalan terhadap bilangan iklan dalam halaman pada halaman anda dan jarak antara setiap iklan. Kawalan ini juga membolehkan Iklan automatik menemukan lebih banyak peletakan iklan pada halaman artikel anda.

Apabila anda mengikut serta kawalan perincian, kami akan mematikan tetapan pemuatan iklan anda yang sedia ada dan memberi anda kawalan baharu yang berikut:

  • Bilangan maksimum iklan: membolehkan anda menentukan bilangan maksimum iklan dalam halaman agar dipaparkan pada halaman anda.
  • Jarak minimum antara iklan: membolehkan anda memilih jumlah ruang yang anda mahukan antara iklan dalam halaman anda.
  • Temukan lebih banyak peletakan iklan pada halaman artikel: membolehkan anda memilih sama ada anda mahu Iklan automatik mengenal pasti lebih banyak kemungkinan peletakan untuk iklan dalam halaman pada halaman artikel anda atau tidak. Kami mengesyorkan agar anda menghidupkan kawalan ini kerana kawalan ini boleh membantu anda memaksimumkan potensi prestasi halaman anda.
    Nota: Tindakan menghidupkan kawalan ini tidak semestinya bermaksud bahawa Iklan automatik akan memaparkan lebih banyak iklan, cuma terdapat lebih banyak tempat yang berpotensi pada halaman artikel anda untuk iklan boleh dipaparkan. Bilangan iklan dan tempat iklan dipaparkan bergantung pada tetapan pilihan anda bagi kawalan "Bilangan maksimum iklan" dan "Jarak minimum antara iklan".

Jika anda mahu berbalik kepada tetapan pemuatan iklan anda yang asal, anda boleh mematikan Perincikan iklan anda.

Nota: Kawalan perincikan iklan anda (beta) tidak mempengaruhi carian untuk Iklan Automatik yang berkaitan.

Cara menyediakan kawalan perincian

  1. Log masuk ke akaun AdSense anda.
  2. Klik Iklan.
  3. Dalam jadual yang mengandungi semua laman anda, klik Edit Edit di sebelah laman anda. Laman anda dibuka dalam pratonton tetapan iklan.
    Petua: Anda boleh menggunakan pratonton untuk mencuba tetapan iklan yang berbeza sebelum Iklan automatik anda disiarkan.
  4. Dalam bahagian "Tetapan iklan", aktifkan Iklan automatik.
  5. Klik Format dalam halaman.
  6. Hidupkan Perincikan iklan anda.
  7. Buat pilihan anda:
    • Bilangan maksimum iklan: Gunakan peluncur untuk menetapkan bilangan maksimum iklan.
    • Jarak minimum antara iklan: Gunakan peluncur untuk menetapkan jarak minimum antara iklan.
    • Cari lebih banyak peletakan iklan pada halaman artikel: Pilih kotak pilihan jika anda mahu Iklan automatik mengenal pasti lebih banyak kemungkinan peletakan iklan pada halaman artikel anda.
  8. Klik Gunakan pada laman.

    Tetapan baharu boleh mengambil masa sehingga sejam untuk digunakan di laman anda.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
8402383719970351564
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
157
false
false