Pemberitahuan

Sila pastikan anda melawati Halaman AdSense Anda yang membolehkan anda menemukan maklumat diperibadikan tentang akaun anda bagi membantu anda menggunakan AdSense dengan jayanya.

Urus laman anda

Perkara yang patut dilakukan jika laman anda tidak bersedia untuk memaparkan iklan

Terdapat beberapa sebab laman anda mungkin tidak bersedia untuk memaparkan iklan. Temukan perkara yang perlu anda betulkan dan cara membuat laman yang bersedia untuk AdSense.

Pergi ke: Kod iklan anda tiada atau tidak lengkap | Laman anda tidak dapat dicapai | Laman anda tidak mempunyai kandungan unik yang mencukupi aaut memberikan pengalaman pengguna yang baik | Laman anda mempunyai pelanggaran dasar | Serahkan laman anda untuk semakan

Cara mendapatkan kelulusan untuk tapak anda.

Ikon kod kelabu. Kod anda tiada atau tidak lengkap

  • Adakah anda telah menampalkan kod ke dalam HTML laman anda? Semak panduan pelaksanaan kod.
  • Adakah anda telah menampalkan kod antara tag <head> dengan </head>?
  • Adakah anda menampal kod di laman yang anda gunakan untuk mendaftar bagi AdSense?

Google AdSense Site Ownership and Basic Checks

Cara lain untuk menghubungkan laman anda kepada AdSense

Jika anda lebih suka tidak menampal kod antara tag <head> dengan </head> di laman anda atau membuat fail ads.txt, anda boleh mengesahkan pemilikan laman anda dalam Konsol Carian. Jika kami mengesan bahawa anda telah mengesahkan laman anda dalam Konsol Carian, kami akan terus menyemak sama ada laman anda bersedia untuk memaparkan iklan.

  Laman anda tidak dapat dicapai

  • Adakah anda memberikan URL yang betul? Sekiranya anda membuat kesilapan, sila alih keluar laman daripada senarai laman anda dan tambahkan laman baharu dengan URL yang betul.
  • Adakah laman anda sudah disediakan dan diterbitkan? Pastikan laman anda telah diterbitkan dan disiarkan di web.
  • Bolehkah AdSense mengakses tapak anda tanpa kata laluan? Sekiranya log masuk laman anda dilindungi, pertimbangkan untuk mengalih keluar log masuk buat sementara waktu supaya kami dapat mencapai laman anda. Harap maklum bahawa selepas akaun anda berjaya diaktifkan, anda boleh membuat log masuk perangkak untuk memaparkan iklan Google di halaman anda yang dilindungi log masuk.
  • Bolehkah perangkak AdSense mengakses laman anda? Pastikan anda tidak menghalang perangkak kami dalam fail robots.txt anda. Semak cara membetulkan isu perangkak AdSense.
  • Adakah laman anda mempunyai Sijil SSL yang sah daripada pihak berkuasa pensijilan yang diiktiraf (bukan sijil yang ditandatangani sendiri) dan adakah sijil tersebut turut mengubah hala HTTP ke HTTPS? (Hanya berkenaan jika anda menggunakan HTTPS.)

 Laman anda tidak mempunyai kandungan unik yang mencukupi atau memberikan pengalaman pengguna yang baik

Sebelum anda boleh mula mengewangkan laman menggunakan AdSense, laman anda hendaklah menyediakan kandungan bernilai yang mencukupi kepada pengguna dan mempunyai pengalaman pengguna serta elemen navigasi yang baik.

Google AdSense Quality content

Semak petua kami tentang cara mewujudkan laman berkualiti tinggi dan memberikan pengalaman pengguna yang baik.

Ikon dasar kelabu. Laman anda mempunyai pelanggaran dasar

Terdapat pelanggaran dasar di laman anda yang memerlukan penyelesaian sebelum laman anda bersedia. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, semak Dasar program kami atau lihat cara menyelesaikan isu dasar dalam Pusat dasar anda.

Google AdSense Good and Bad Traffic

Serahkan laman anda untuk semakan

Pembinaan laman berkualiti tinggi memerlukan usaha dan memakan masa. Apabila anda telah menyelesaikan perkara di atas, serahkan laman anda untuk semakan menerusi halaman Laman dalam akaun AdSense anda.

  1. Log masuk ke akaun AdSense anda.
  2. Klik Tapak.
  3. Dalam senarai laman, klik laman yang perlu disemak.
  4. Sahkan bahawa anda telah meletakkan kod AdSense di laman anda. Ketahui lebih lanjut tentang menampal kod iklan dalam panduan pelaksanaan kod kami.
  5. Klik Seterusnya.
  6. Klik Minta semakan.

    Proses semakan biasanya mengambil masa beberapa hari, tetapi dalam keadaan tertentu, proses ini boleh mengambil masa 2-4 minggu. Kami akan memberitahu anda apabila kami telah menyelesaikan semakan tersebut dan laman anda bersedia untuk memaparkan iklan.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
true
Halaman AdSense anda

Memperkenalkan Halaman AdSense: sumber baharu yang membolehkan anda menemukan maklumat peribadi dan peluang baharu dalam akaun anda untuk membantu anda berjaya menggunakan AdSense.

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
3293319141363178125
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
157
false
false