Perihal pengesahan pengiklan

Dalam artikel ini

Perihal pengiklan ini

Google mensyaratkan supaya pengiklan melengkapkan proses pengesahan identiti. Proses ini memerlukan pengiklan memberikan dokumentasi sah yang mengandungi nama dan lokasi mereka. Anda akan melihat pendedahan iklan pada perkhidmatan Google, seperti Search dan YouTube serta laman lain yang bekerjasama dengan Google.

Ketahui lebih lanjut tentang proses pengesahan identiti pengiklan

Di Google

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pengiklan pada perkhidmatan Google, seperti Search dan YouTube:

  1. Pada iklan,   pilih  Lagi atau Maklumat .
  2. Pilih Perihal pengiklan ini.

Pada laman dan apl yang bekerjasama dengan Google

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang mana-mana pengiklan pada laman dan apl yang bekerjasama dengan Google:

  1. Pada iklan,  pilih Tutup atau Adchoices .
  2. Pilih Mengapa iklan ini?

Cara Google melindungi anda daripada iklan penipuan

Anda patut berasa yakin bahawa iklan tidak bersifat menipu atau mengelirukan. Dasar dan teknologi kami membolehkan kami mencegah dan mengalih keluar berbilion iklan yang buruk daripada internet setiap tahun.

Untuk membantu anda menghalang penipuan dan penyalahgunaan, kami mempunyai dasar serta program untuk jenis produk atau perkhidmatan tertentu. Untuk memaparkan iklan baru produk atau perkhidmatan ini, pengiklan perlu membuktikan bahawa mereka mempunyai lesen atau mereka berdaftar dengan organisasi yang bersesuaian.

Contohnya, kami mempunyai program pensijilan untuk pengiklan yang ingin memaparkan iklan bagi penjagaan kesihatan dan ubat, perjudian, perkhidmatan kewangan dan topik lain. Berdasarkan topik tersebut, kami mungkin bekerjasama dengan pakar untuk mengesahkan bahawa pengiklan tersebut memenuhi standard semasa bagi industri mereka ,dan sama ada mereka mempunyai lesen yang sewajarnya. Iklan yang boleh dipaparkan oleh pengiklan turut bergantung pada undang-undang atau dasar di negara lokasi pengiklan tersebut, atau tempat iklan mereka dipaparkan.

Dasar pengiklanan Google

Dasar pemeribadian iklan

Pengiklan memaparkan iklan melalui Google di seluruh dunia. Sesetengah dasar pengiklan kami adalah berdasarkan tempat lokasi pengiklan atau tempat iklan mereka dipaparkan.

Apabila pengiklan tidak mematuhi dasar yang diperlukan, Google mungkin berhenti memaparkan iklan mereka atau menggantung akaun mereka.

Ketahui lebih lanjut tentang dasar pemeribadian iklan yang perlu dipatuhi pengiklan.

Standard pengiklanan

Dasar iklan politik

Google menyokong pengiklanan politik yang bertanggungjawab dan mempunyai keperluan yang berbeza untuk iklan jenis itu berdasarkan wilayah dan keperluan undang-undang setempat.

Ketahui lebih lanjut tentang dasar kandungan politik kami.

Ketahui lebih lanjut tentang pengiklan ini dalam Laporan Ketelusan Pengiklanan Politik.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
877717203992096915
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
false
false