Pemberitahuan

Users can now migrate Google Podcasts subscriptions to YouTube Music or to another app that supports OPML import. Learn more here

Tukar pemberitahuan Google anda

Apl Google menghantar pemberitahuan tentang topik yang mungkin anda minati seperti rancangan TV, pasukan sukan dan topik carian sohor kini. Apl ini juga menghantar kemaskinian dan memaklumi anda tentang peristiwa seperti cuaca dan krisis di tempat anda.

Anda boleh mengawal pemberitahuan yang anda terima daripada apl Google:

Hidupkan pemberitahuan tentang topik tertentu

  1. Buka apl Google Carian Google pada telefon atau tablet Android anda.
  2. Cari topik yang menarik minat anda.
  3. Pada bahagian atas bersebelahan nama topik, ketik Dapatkan Pemberitahuan .
    • Jika anda tidak menemukan ikon loceng pada halaman hasil carian, cuba ketik Menu  kemudian Dapatkan Pemberitahuan .

Apl Google juga mungkin menghantar kemaskinian tentang topik yang mungkin anda minati berdasarkan aktiviti carian anda sebelumnya. Ketahui lebih lanjut tentang tetapan Aktiviti Web & Apl.

Matikan pemberitahuan tentang topik tertentu

  1. Buka apl Google Carian Google pada telefon atau tablet Android anda.
  2. Ketik Dapatkan Pemberitahuan  pada bahagian atas sebelah kanan, bersebelahan gambar profil atau parap anda.
  3. Bersebelahan pemberitahuan, ketik Menu .
  4. Pilih pilihan seperti “Tidak berminat dengan...” or “Matikan pemberitahuan untuk....

Petua: Sesetengah pemberitahuan memiliki butang “Matikan” atau “Tidak berminat” apabila anda melihat pemberitahuan tersebut pada skrin utama telefon anda. Ketik butang untuk menghentikan pemberitahuan tentang topik itu.

Matikan kategori pemberitahuan

Jika anda mahu menghentikan pemberitahuan daripada kategori tertentu seperti cuaca atau sukan, anda boleh mematikan kategori berasingan dalam tetapan Pemberitahuan.

  1. Buka apl Google Carian Google pada telefon atau tablet Android anda.
  2. Pada bahagian atas sebelah kanan, ketik gambar profil atau parap anda kemudian Tetapan kemudian Pemberitahuan kemudian Akses tetapan peranti.
    • Penting: Pengguna yang menggunakan versi apl yang lebih lama mungkin menemukan Pemberitahuan dan bukannya Akses tetapan peranti.
  3. Bersebelahan kategori yang mahu anda matikan, ketik Matikan .

Matikan semua pemberitahuan

  1. Buka apl Google Carian Google pada telefon atau tablet Android anda.
  2. Pada bahagian atas sebelah kanan, ketik gambar profil atau parap anda kemudian Tetapan kemudian Pemberitahuan kemudian Akses tetapan peranti.
    • Penting: Pengguna yang menggunakan versi apl yang lebih lama mungkin menemukan Pemberitahuan dan bukannya Akses tetapan peranti.
  3. Pada bahagian atas bersebelahan "Semua pemberitahuan Google", ketik Matikan .

Kawal cara lokasi anda digunakan untuk pemberitahuan

Apl Google menggunakan kawasan umum lokasi anda untuk menghantar pemberitahuan, seperti kemaskinian cuaca dan makluman krisis untuk memastikan pemberitahuan tersebut berkaitan dan berguna. Google menentukan kawasan umum ini pada latar berdasarkan pelbagai sumber, termasuk alamat IP anda dan bergantung pada tetapan anda, lokasi peranti anda dan aktiviti sebelumnya.

Anda boleh mengawal sama ada apl Google menggunakan lokasi anda dengan cara ini atau tidak melalui tetapan “Gunakan lokasi semasa” dalam tetapan pemberitahuan apl Google anda. Untuk memastikan anda menerima makluman penting untuk lokasi anda, tetapan “Gunakan lokasi semasa” dihidupkan secara lalai tetapi anda boleh mematikan tetapan ini pada bila-bila masa. 

Penting: Apabila “Gunakan lokasi semasa” dihidupkan, apl Google menyimpan kawasan umum lokasi anda buat sementara waktu supaya apl boleh menggunakan lokasi terakhir anda yang diketahui untuk menghantar kemaskinian yang berguna kepada anda. Maklumat ini dipadamkan secara automatik berdasarkan Dasar Privasi Google.

Matikan penggunaan lokasi semasa untuk pemberitahuan

  1. Buka apl Google Carian Google pada telefon atau tablet Android anda.
  2. Pada bahagian atas sebelah kanan, ketik gambar profil atau parap kemudian Tetapan kemudian Pemberitahuan kemudian Tetapan pemberitahuan anda.
    • Penting: Pengguna yang menggunakan versi apl yang lebih lama mungkin menemukan Urus pemberitahuan yang telah anda ikut serta dan bukannya Tetapan pemberitahuan anda.
  3. Pada bahagian atas halaman bersebelahan "Gunakan lokasi semasa", ketik Matikan .

Penting: Jika lokasi rumah atau tempat kerja anda ditetapkan pada Google, anda mungkin masih menerima pemberitahuan mengikut lokasi apabila "Gunakan lokasi semasa" dimatikan. Ketahui lebih lanjut tentang cara anda boleh mengemaskinikan tetapan lokasi anda.

Padam aktiviti pemberitahuan anda 

  1. Pergi ke myactivity.google.com pada peranti anda.
  2. Ketik Aktiviti Google yang lain.
  3. Di bawah "Minat & pemberitahuan anda", ketik Padam.

Sumber berkaitan

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
12787121552767772628
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
100334
false
false