Projek Pustaka membolehkan pengguna mencari jutaan buku yang ditulis dalam pelbagai bahasa berlainan di Google termasuk buku yang sukar didapati, tidak dicetak lagi atau secara amnya, hanya terdapat dalam sistem pustaka.
Lihat buku dalam Projek Pustaka
Jika sesebuah buku daripada Projek Pustaka itu disahkan berada dalam domain awam, Google akan menjadikan buku itu tersedia sepenuhnya kepada orang ramai dan anda akan dapat membaca buku itu dari awal hingga akhir. Ketahui cara melihat buku dalam Google Books.
Jika tidak, anda masih dapat mencari dalam teks buku tetapi Google Books hanya akan memaparkan beberapa coretan teks untuk menunjukkan tempat istilah carian anda tertera dalam teks buku tersebut. Kadangkala pemegang hak bagi buku yang masih mempunyai hak cipta memberi kami kebenaran untuk memaparkan lebih daripada coretan. Dalam keadaan itu, anda mungkin melihat beberapa peratus halaman buku, bahkan mungkin juga seluruh buku, bergantung pada kehendak pemegang hak.
Jika kami tahu sesebuah buku itu wujud, tetapi belum mengimbas buku tersebut, anda hanya akan melihat maklumat asas bibliografi mengenai buku, sama seperti maklumat yang terdapat dalam katalog perpustakaan. Jika anda ingin mencari salinan bercetak, gunakan pautan peruncit atau perpustakaan yang disediakan.
Cara buku dipaparkan dalam Google Books:
- Full View: Naturalis historiae by Pliny (the Elder), 1668
- Limited Preview: Castle by David Macaulay
- Snippet View: A History of Psychology by Erwin Allen Esper
- No Preview Available: A Dictionary of Zoology edited by Michael Allaby
Cara perpustakaan bekerjasama dengan Google
Google bekerjasama dengan banyak perpustakaan dari seluruh dunia untuk menyertakan koleksi perpustakaan tersebut dalam Google Books. Perpustakaan tersebut menerima salinan digital bagi setiap buku daripada koleksi yang kami imbas untuk memelihara dan menyediakan salinan digital buku kepada pelanggan perpustakaan berkenaan jika dibenarkan oleh undang-undang hak cipta tempatan.
Banyak perpustakaan yang bekerjasama dengan kami telah memaparkan kontrak secara terbuka. Kontrak tersebut menunjukkan skop penuh kerjasama antara perpustakaan berkenaan dengan Google. Beberapa contoh ialah Universiti California dan Big Ten Academic Alliance, yang termasuk institusi seperti Universiti Illinois, Universiti Minnesota dan Universiti Negeri Ohio.
Jika institusi anda berminat dalam perkongsian dengan Projek Pustaka, isi Borang Nyatakan Minat. Kami tidak dapat bekerjasama dengan semua orang tetapi pemahaman terhadap skop koleksi yang dicadangkan akan membantu penilaian kami.