Apabila anda mencari penerbit berita, maklumat untuk membantu anda memahami kebolehpercayaan mereka dan kualiti kandungan mereka akan dipaparkan di Panel Pengetahuan.
Maklumat yang dipaparkan
Google menggunakan algoritma untuk memaparkan maklumat tentang penerbit. Bergantung pada jumlah dan kualiti maklumat yang tersedia, tab berikut mungkin kelihatan:
- Menulis tentang: Topik yang sering ditulis oleh penerbit.
- Anugerah: Anugerah penting yang diterima oleh penerbit.
- Semakan dakwaan: Maklumat ini dipaparkan apabila sejumlah besar kandungan terbaharu penerbit telah disemak oleh penyemak fakta yang berwibawa.
Nota: Kehadiran Panel Pengetahuan untuk penerbit tidak mempengaruhi kedudukan halaman daripada penerbit itu dalam hasil Carian Google. Penerbit tidak boleh memilih untuk menarik diri daripada mempunyai Panel Pengetahuan.
Hantar maklum balas tentang Panel Pengetahuan
Untuk menghantar maklum balas tentang Panel Pengetahuan, ketik atau klik Maklum balas? di bawahnya.
Soalan Lazim
Bagaimanakah penerbit boleh menambahkan maklumat pada Panel Pengetahuan?
Sama seperti hasil carian, pelbagai faktor digunakan untuk menentukan maklumat yang dipaparkan dalam Panel Pengetahuan. Penerbit yang sentiasa membuat kandungan baharu dalam talian yang berkaitan dengan berita boleh meningkatkan peluang mereka untuk memiliki Panel Pengetahuan.
Panel Pengetahuan tidak mempengaruhi kedudukan penerbit dalam Carian.