Pemberitahuan

Users can now migrate Google Podcasts subscriptions to YouTube Music or to another app that supports OPML import. Learn more here

Apl Google tidak memaparkan hasil carian

Jika anda tidak mendapat hasil carian dalam apl Google, anda mungkin perlu menukar beberapa tetapan. Anda boleh menyelesaikan ralat seperti:

  • "Malangnya Carian Google telah berhenti berfungsi".
  • "Permintaan itu tidak dilaksanakan kerana tiada sambungan". 

Ikut langkah ini untuk cuba menyelesaikan masalah anda.

Petua: Tetapan mungkin berbeza-beza mengikut peranti.

Langkah 1: Cuba betulkan sambungan Internet anda

1. Pastikan peranti anda bukan dalam Mod pesawat

Mod pesawat mematikan Wi-Fi dan rangkaian mudah alih. Jika terdapat ikon pesawat di bahagian atas skrin, itu bermakna Mod pesawat dihidupkan.

Untuk mematikan Mod pesawat:

  1. Buka Tetapan Tetapan.
  2. Di bawah "Wayarles & rangkaian", ketik Lagi.
  3. Matikan Mod pesawat.

Untuk menyemak sama ada anda mendapat hasil carian, cuba lakukan carian anda sekali lagi.

2. Semak sambungan Wi-Fi anda

Jika anda menggunakan Wi-Fi untuk menyambung kepada Internet, anda mungkin perlu melaraskan tetapan Wi-Fi anda.

Untuk menghidupkan Wi-Fi:

  1. Buka Tetapan Tetapan​.
  2. Di bawah "Wayarles & rangkaian", ketik Wi-Fi.
  3. Hidupkan Wi-Fi.
  4. Pilih rangkaian dan masukkan kata laluan jika diminta.

Ikon Wi-Fi akan terpapar di bahagian atas skrin anda. Untuk menyemak sama ada anda mendapat hasil carian, cuba lakukan carian anda sekali lagi.

Jika anda tidak mendapat hasil carian, cuba langkah berikut:

  • Jika ikon yang dipaparkan mempunyai tanda "?": Wi-Fi dihidupkan tetapi anda tidak bersambung kepada rangkaian. Ikut langkah berikut untuk menghidupkan Wi-Fi dan memilih rangkaian.
  • Jika ikon yang dipaparkan mempunyai tanda "!": Anda bersambung kepada rangkaian Wi-Fi tetapi tidak bersambung kepada Internet.
    • Pastikan anda memilih rangkaian yang betul.
    • Jika anda menggunakan rangkaian awam, anda mungkin memerlukan kata laluan. Dalam penyemak imbas anda, buka halaman web untuk mengakses skrin log masuk.
    • Jika modem itu milik anda, mulakan modem itu semula. Jika cara itu tidak berhasil, sila hubungi penyedia perkhidmatan Internet anda.
  • Jika ikon yang dipaparkan berisi separuh atau berkelip: Sambungan anda lemah atau peranti anda masih cuba menyambung.
    • Pastikan anda memilih rangkaian yang betul.
    • Jika anda tahu kedudukan penghala, sila beralih ke tempat yang lebih dekat dengan penghala itu untuk mendapatkan isyarat yang lebih kuat.
    • Jika penghala itu milik anda, mulakan penghala itu semula.

Jika Wi-Fi masih tidak berfungsi, anda mungkin perlu menggunakan sambungan data mudah alih pula. Matikan Wi-Fi dan cuba lakukan carian anda sekali lagi.

3. Semak sambungan data mudah alih anda

Apabila Wi-Fi tiada, anda boleh menyambung kepada Internet menggunakan sambungan data mudah alih.

Untuk menyemak sambungan data mudah alih anda: Buka penyemak imbas anda dan pergi ke mana-mana halaman web. Jika halaman tidak dimuatkan, ikut langkah di bawah.

Untuk menghidupkan data mudah alih:

  1. Buka Tetapan Tetapan​.
  2. Di bawah "Wayarles & rangkaian", ketik Penggunaan data.
  3. Hidupkan "Data selular" atau "Data mudah alih". Jika data sudah dihidupkan, matikan dan hidupkan semula data.

Di bahagian atas skrin, anda sepatutnya melihat kekuatan isyarat dan jenis sambungan data (seperti LTE). Untuk menyemak sama ada anda mendapat hasil carian, cuba lakukan carian anda sekali lagi. 

Jika anda tidak mendapat hasil carian atau anda mendapat ikon tiada isyarat, cuba langkah berikut:

1. Pergi ke kawasan yang mempunyai liputan yang lebih baik.

Sesetengah lokasi bawah tanah dan luar bandar tiada sambungan. Cuba buat penyambungan di kawasan lain.

2. Hubungi penyedia perkhidmatan mudah alih

Jika peranti anda sering menghadapi masalah berkaitan sambungan, hubungi penyedia perkhidmatan anda.

Langkah 2: Cuba betulkan apl Google

1. Mulakan semula apl Google
  1. Buka Tetapan Tetapan​.
  2. Di bawah "Peranti", ketik Apl atau Pengurus aplikasi.
  3. Pilih Apl Google kemudian Henti paksa kemudian OK.

Untuk menyemak sama ada anda mendapat hasil carian, cuba lakukan carian anda sekali lagi.

2. Mulakan semula peranti anda
Mulakan semula peranti anda dan cuba carian anda sekali lagi.
3. Kemas kini apl Google

Jika anda dapat menyambung kepada Internet, kemas kini apl Google kepada versi yang terkini.

Untuk menyemak sama ada anda mendapat hasil carian, cuba lakukan carian anda sekali lagi.

4. Padamkan cache apl Google

Apabila anda memadamkan cache apl, anda memadamkan data yang disimpan di ruang sementara memori peranti anda. Tindakan ini tidak akan memadamkan mana-mana fail kekal.

Untuk memadamkan cache apl Google:

  1. Buka Tetapan Tetapan​.
  2. Di bawah "Peranti", ketik Apl atau Pengurus aplikasi.
  3. Pilih Apl Google.
  4. Di bahagian "Storan" atau "Cache", ketik Padamkan cache.

Untuk menyemak sama ada anda mendapat hasil carian, cuba lakukan carian anda sekali lagi.

5. Kosongkan data apl Google anda

Apabila anda memadamkan data apl, anda memadamkan semua data apl secara kekal, termasuk fail dan tetapan.

Untuk memadamkan data apl Google anda:

  1. Buka Tetapan Tetapan​.
  2. Di bawah "Peranti", ketik Apl atau Pengurus aplikasi.
  3. Pilih Apl Google.
  4. Di bawah "Storan", ketik Urus ruang kemudian Kosongkan data carian Google.

Untuk menyemak sama ada anda mendapat hasil carian, cuba lakukan carian anda sekali lagi.

Perlu diingat bahawa banyak masalah akan selesai dengan sendiri. Jika anda telah mengikut langkah di atas tetapi hasil carian masih tidak dipaparkan, cuba lagi dalam masa beberapa jam.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
16439106728276634502
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
100334
false
false