Tapis hasil carian eksplisit menggunakan SafeSearch

Sama ada anda menggunakan Carian Google di tempat kerja, bersama anak-anak atau untuk diri sendiri, SafeSearch boleh membantu anda menapis kandungan seksual yang eksplisit daripada hasil carian anda.

Cara SafeSearch berfungsi

Apabila SafeSearch dihidupkan, ciri ini membantu anda menapis kandungan eksplisit dalam hasil carian Google untuk semua pertanyaan anda meliputi imej, video dan tapak web. Walaupun SafeSearch tidak 100% tepat, ciri ini direka untuk membantu anda menyekat hasil carian eksplisit, seperti pornografi, daripada hasil carian Google anda. Ketahui lebih lanjut tentang cara untuk kekal selamat dalam talian di safety.google.

Apabila SafeSearch dimatikan, kami akan memberikan hasil carian yang paling berkaitan untuk carian anda dan hasil carian ini mungkin termasuk kandungan eksplisit apabila anda mencari kandungan sedemikian.

SafeSearch boleh dihidupkan untuk:

  • Akaun peribadi atau penyemak imbas
  • Peranti dan akaun kanak-kanak yang diawasi menggunakan apl Family Link
  • Peranti dan rangkaian tempat kerja atau institusi pengajian

Ketahui lebih lanjut tentang Carian & Akaun Google anak anda dengan apl Family Link dan cara untuk menapis hasil carian eksplisit pada rangkaian sekolah, tempat kerja atau rumah anda.

Nota: SafeSearch hanya berfungsi pada hasil carian Google. Ciri ini tidak akan menghalang pengguna yang menggunakan rangkaian anda daripada menjumpai kandungan eksplisit melalui enjin carian lain atau dengan menavigasi terus ke tapak eksplisit.

Hidupkan atau matikan SafeSearch

  1. Lawati halaman Tetapan Carian.
  2. Di bahagian "Penapis SafeSearch", tandai atau nyahtandai kotak di sebelah "Hidupkan SafeSearch".
  3. Di bahagian bawah halaman, klik Simpan.

Tukar tetapan SafeSearch anak anda dalam apl Family Link

Tetapan SafeSearch dihidupkan secara lalai untuk pengguna yang log masuk yang berumur bawah 13 tahun (atau umur yang berkenaan di negara anda), yang diurus dengan Family Link. Hanya ibu bapa yang boleh mematikan tetapan SafeSearch. Ketahui lebih lanjut tentang Carian & Akaun Google anak anda dengan apl Family Link.

Kunci tetapan SafeSearch untuk peranti & rangkaian yang anda urus

Jika anda ingin menjamin hasil carian SafeSearch pada peranti lain yang anda urus, seperti PC atau Macbook anda, anda boleh memetakan domain Google ke forcesafesearch.google.com. Ketahui cara memastikan SafeSearch dihidupkan untuk peranti yang anda urus.

Selesaikan isu berkaitan SafeSearch

Jika SafeSearch tidak berfungsi, ketahui cara menyelesaikan isu berkaitan SafeSearch.

Laporkan kandungan eksplisit

Jika anda telah menghidupkan SafeSearch dan anda menjumpai kandungan eksplisit, anda boleh melaporkan kandungan tersebut.

Artikel berkaitan