Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Apl Google
Menu utama

Sekat hasil carian eksplisit di Google menggunakan SafeSearch

Anda boleh menapis hasil carian eksplisit di Google, seperti pornografi, menggunakan tetapan SafeSearch. SafeSearch bukanlah 100% tepat tetapi fungsi ini membantu anda mengelakkan kebanyakan kandungan dewasa. 

Anda boleh menggunakan SafeSearch sebagai alat kawalan ibu bapa untuk melindungi anak-anak daripada hasil carian yang tidak sesuai pada telefon, tablet atau komputer anda.  

Cara SafeSearch berfungsi

Apabila SafeSearch dihidupkan, fungsi ini menyekat imej, video dan tapak web eksplisit daripada hasil Carian Google. 

Apabila SafeSearch dimatikan, kami akan memberikan hasil carian yang paling berkaitan untuk carian anda dan mungkin termasuk kandungan eksplisit apabila anda mencarinya.

Hidupkan atau matikan SafeSearch

  1. Lawati halaman Tetapan Carian.
  2. Di bahagian "Penapis SafeSearch", tandai atau nyahtandai kotak di sebelah "Hidupkan SafeSearch".
  3. Di bahagian bawah halaman, klik Simpan.

Selesaikan masalah berhubung SafeSearch

Saya melihat kandungan yang tidak sesuai apabila SafeSearch dihidupkan

Kami sedaya upaya cuba memastikan penapis SafeSearch bersifat menyeluruh seboleh-bolehnya, tetapi kadangkala kandungan eksplisit seperti pornografi atau kebogelan tetap terlepas. Jika anda telah menghidupkan SafeSearch tetapi masih melihat tapak atau imej yang tidak sesuai, sila maklumkan kepada kami.

Laporkan tapak

Gunakan alat ini untuk melaporkan kandungan yang menyinggung perasaan.

Laporkan imej

Jika anda membuat carian di images.google.com dan melihat imej yang ingin anda laporkan, ikut langkah di bawah.

Komputer

  1. Pada halaman hasil carian imej, klik imej yang tidak sesuai itu.
  2. Di bahagian bawah sebelah kanan skrin anda, di bawah imej yang berkaitan, klik Hantar maklum balas.

Penyemak imbas telefon

  1. Pada halaman hasil carian imej, ketik imej yang ingin dilaporkan.
  2. Di bahagian bawah sebelah kanan, ketik Lagi Lagidan kemudianHantar maklum balas.

Penyemak imbas tablet

  1. Pada halaman hasil carian imej, ketik imej yang ingin dilaporkan.
  2. Di bahagian bawah sebelah kanan imej, ketik Hantar maklum balas.
Tetapan SafeSearch saya asyik mati

SafeSearch seharusnya hidup sepanjang masa jika anda membenarkan kuki. Jika anda memadamkan kuki, tetapan SafeSearch anda mungkin ditetapkan semula.

Penyedia perkhidmatan Internet (ISP) atau pentadbir rangkaian anda boleh mengatasi tetapan SafeSearch anda. Jika anda berpendapat tetapan SafeSearch yang anda pilih tidak digunakan pada hasil carian anda, hubungi ISP atau pentadbir rangkaian anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.