Buat makluman

Anda boleh mendapatkan e-mel apabila hasil carian baharu untuk topik pilihan anda muncul dalam Carian Google. Sebagai contoh, anda boleh mendapatkan maklumat tentang berita, produk atau sebutan nama anda.

Buat makluman

  1. Pergi ke Google Alerts.
  2. Dalam kotak di bahagian atas, masukkan topik yang ingin anda ikuti.
  3. Untuk menukar tetapan anda, klik Tunjukkan pilihan. Anda boleh menukar:
    • Kekerapan anda menerima pemberitahuan
    • Jenis tapak yang akan anda lihat
    • Bahasa anda
    • Negara atau rantau asal maklumat
    • Bilangan hasil carian yang ingin anda lihat
    • Akaun yang menerima makluman
  4. Klik Buat Makluman. Anda akan menerima e-mel setiap kali kami menemui hasil carian yang sepadan.

Edit makluman

  1. Pergi ke Google Alerts.
  2. Di sebelah makluman, klik Edit Edit.
  3. Jika anda tidak melihat apa-apa pilihan, klik Tunjukkan pilihan.
  4. Buat perubahan anda.
  5. Klik Kemas Kini Makluman.
  6. Untuk menukar cara anda menerima makluman, klik Tetapan Tetapan dan kemudian tandai pilihan yang anda ingini dan klik Simpan.

Padamkan makluman

  1. Pergi ke Google Alerts.
  2. Di sebelah makluman yang ingin dialih keluar, klik Padam Padam.
  3. Pilihan: Anda juga boleh memadamkan makluman dengan mengklik Nyahlanggan di bahagian bawah e-mel makluman.

Selesaikan masalah menerima atau melihat makluman

Langkah 1: Semak akaun semasa anda
  1. Pergi ke Google Alerts.
  2. Semak Bar Google untuk akaun semasa anda.
  3. Jika anda log masuk ke akaun yang salah, klik imej profil anda dan kemudian Log Keluar.
  4. Log masuk ke akaun yang betul.
Langkah 2: Semak tetapan makluman anda
  1. Pergi ke Google Alerts.
  2. Jika anda melihat mesej yang mengatakan makluman anda telah dilumpuhkan, klik Dayakan.
  3. Di bahagian "Makluman Saya", klik makluman yang berkenaan dengan hasil carian yang ingin anda lihat.
  4. Untuk menyemak alamat e-mel dan tetapan anda, klik Tunjukkan pilihan.
Langkah 3: Semak tetapan e-mel anda

Jika anda telah mengikut langkah di atas tetapi masih tidak menerima makluman baharu, semak akaun e-mel anda:

  • Pastikan peti masuk anda tidak penuh.
  • Pastikan e-mel Google Alerts tidak dimasukkan ke folder spam anda. Jika anda menggunakan Gmail, tambahkan googlealerts-noreply@google.com pada kenalan anda.