Pemberitahuan

Users can now migrate Google Podcasts subscriptions to YouTube Music or to another app that supports OPML import. Learn more here

Jadikan Google enjin carian lalai anda

Untuk mendapatkan hasil daripada Google setiap kali anda melakukan carian, anda boleh menjadikan Google enjin carian lalai anda.

Tetapkan Google sebagai penyemak imbas lalai anda

Jika penyemak imbas anda tidak disenaraikan di bawah, semak sumber bantuan untuk mendapatkan maklumat tentang mengubah tetapan carian.

Google Chrome

Komputer

  1. Buka Google Chrome.
  2. Di bahagian atas sebalah kanan, ketik Lagi Lagi kemudian Tetapan. Atau, dalam bar alamat anda, masukkan chrome://settings.
    • Petua: Jika ada kemaskinian Chrome tersedia, di bahagian atas sebalah kanan, anda akan temukan Kemaskinian . Klik Kemaskinian  kemudian Tetapan.
  3. Di bawah "Enjin carian", pilih Google.

Telefon atau tablet Android

  1. Buka apl Chrome Chrome.
  2. Di bahagian atas sebelah kanan, ketik Lagi Lagi kemudian Tetapan.
  3. DI bawah "Asas," Ketik Enjin carian kemudian Google.

iPhone atau iPad

  1. Buka apl Chrome Chrome.
  2. Ketik Lagi Lagi kemudian Tetapan Tetapan.
  3. Ketik Enjin carian kemudian Google.
Microsoft Edge

Microsoft Edge 79 & versi lebih baharu

  1. Buka Microsoft Edge.
  2. Pada bahagian atas sebelah kanan, klik Tetapan dan lagi Tetapan dan pelbagai lagi kemudian Tetapan.
  3. Pada sebelah kiri, klik Privasi, carian dan perkhidmatan.
  4. Tatal ke bawah kepada "Perkhidmatan".
  5. Klik Bar alamat dan Carian.
  6. Dalam menu lungsur "Enjin carian yang digunakan dalam bar alamat", kemudian pilih Google.
Internet Explorer 8 & versi lebih baharu

Petua: Untuk mencari versi Internet Explorer yang anda gunakan, klik Bantuan kemudian Perihal Internet Explorer.

Internet Explorer 11

  1. Buka Internet Explorer.
  2. Pada bahagian atas sebelah kanan, klik ikon gear.
  3. Klik Urus alat tambah.
  4. Pada bahagian bawah, klik Temukan lagi bar alat dan sambungan.
  5. Tatal ke bawah kepada sambungan Google Search.
  6. Klik Tambah. Untuk membuat pengesahan, klik Tambah sekali lagi.
  7. Pada bahagian atas sebelah kanan, klik ikon gear.
  8. Klik Urus alat tambah.
  9. Pada sebelah kiri, dalam bahagian "Jenis Alat tambah", klik Penyedia Carian.
  10. Pada sebelah kanan, klik Google Search.
  11. Pada bahagian bawah, klik Tetapkan sebagai lalai.

Internet Explorer 10

  1. Buka Internet Explorer.
  2. Pada penjuru atas sebelah kanan halaman, klik ikon gear.
  3. Klik Urus alat tambah.
  4. Pada sebelah kiri halaman, klik Penyedia Carian.
  5. Pada penjuru bawah sebelah kiri, klik Temukan lagi penyedia.
  6. Pilih Google.
  7. Klik Tambahkan pada Internet Explorer.
  8. Tandai kotak bersebelahan "Jadikan sebagai penyedia carian lalai saya".
  9. Klik Tambah.

Internet Explorer 9

  1. Buka Internet Explorer.
  2. Pada penjuru atas sebelah kanan penyemak imbas, klik ikon Alatan.
  3. Klik Pilihan Internet.
  4. Dalam tab Umum, temukan bahagian "Carian" dan klik Tetapan.
  5. Pilih Google.
  6. Klik Tetapkan sebagai lalai.
  7. Klik Tutup.

Internet Explorer 8

  1. Buka Internet Explorer.
  2. Pada penjuru atas sebelah kanan penyemak imbas, klik anak panah ke bawah dalam kotak carian.
  3. Klik Temukan Lagi Penyedia.
  4. Klik Google.
  5. Tandai kotak bersebelahan "Jadikan sebagai penyedia carian lalai saya".
  6. Klik Urus Penyedia Carian.
  7. Klik Tambah.
Firefox
  1. Buka Firefox.
  2. Dalam bar carian kecil di bahagian atas sebelah kanan penyemak imbas anda, klik Search Cari.
  3. Klik Change Search Settings.
  4. Di bawah "Default Search Engine," pilih Google.
Safari
  1. Buka Safari.
  2. Klik bar carian.
  3. Pada penjuru atas sebelah kiri bar carian, klik kanta pembesar.
  4. Pilih Google.
Penyemak Imbas Android
  1. Buka apl penyemak imbas anda. Apl itu mungkin dipanggil Internet atau Penyemak Imbas.
  2. Ketik butang Menu pada telefon anda atau pada bahagian atas sebelah kanan penyemak imbas.
  3. Ketik Tetapan kemudian Lanjutan kemudian Tetapkan enjin carian.
  4. Ketik Google.
Widget carian

Penting: Ciri ini tersedia pada peranti baharu yang diedarkan di Kawasan Ekonomi Eropah (EEA) pada atau selepas 1 Mac 2020.

  1. Buka apl Google pada telefon atau tablet Android anda.
  2. Pada bahagian atas sebelah kanan, ketik Gambar profil atau parap anda kemudian Tetapan.
  3. Ketik Widget carian kemudian Tukar kepada Google.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Apl Google
Menu utama