Pemberitahuan

Users can now migrate Google Podcasts subscriptions to YouTube Music or to another app that supports OPML import. Learn more here

Apl Google Search untuk Windows 8

Anda boleh mencari di web dengan cepat dan mengakses produk Google yang lain dengan mudah menggunakan apl Google Search untuk Windows 8.

Tiada apl Google Search? Muat turun apl Google Search untuk peranti Windows 8 anda.

Petua carian

  • Carian Suara: Untuk memulakan carian suara, ketik Mikrofon voice_icon_image.
  • Gunakan produk Google yang lain: Untuk mengakses produk Google yang lain seperti Maps, Calendar dan Gmail, ketik Apl Apl.
  • Carian lepas: Untuk melihat istilah carian terbaharu anda, ketik Sejarah Sejarah.
  • Cari jenis maklumat: Gunakan bar di atas hasil carian untuk menapis hasil carian kepada pelbagai kategori seperti Images, Video atau News. 
  • Kecilkan hasil carian anda: Untuk memilih alatan bagi menapis hasil carian mengikut masa, sumber, warna dan halaman asing yang diterjemahkan, ketik Lagi kemudian Alatan Carian.

Cara mengubah tetapan anda

  1. Buka apl Google Search pada peranti Windows 8 anda.
  2. Leret dari sebelah kanan skrin untuk membuka menu Charms.
  3. Ketik Tetapan Settings > Tetapan.
  4. Hidupkan atau matikan tetapan yang mahu diubah.

Tetapan carian

Gunakan suara anda untuk mencari

Apabila carian suara dihidupkan, anda boleh menyebut carian anda dengan lantang selepas mengetik Mikrofon voice_icon_image. Apabila carian suara dimatikan, mikrofon tidak akan dipaparkan pada halaman carian anda.

Lihat hasil carian semasa anda menaip

Semasa anda mula menaip istilah carian, anda akan melihat hasil carian popular dipaparkan di bawah kotak carian. Sekiranya hasil carian yang anda mahu tidak kelihatan, teruskan menaip dan hasil carian akan dikemaskinikan semasa anda menaip. Ketahui lebih lanjut tentang hasil carian sambil anda menaip.

Tapis hasil carian eksplisit

Untuk menapis atau menunjukkan hasil carian eksplisit, lawati halaman Tetapan Search dan ubah tetapan SafeSearch.

Carian lepas

Padamkan carian yang lepas

Ketik Kosongkan sejarah pada peranti ini kemudian Ya.

Hentikan menyimpan carian pada peranti anda

Hidupkan atau matikan "Rekodkan sejarah pada peranti ini".

Urus carian lepas yang disimpan dalam Google Account anda

Jika anda log masuk, anda akan melihat butang Urus Sejarah Web Anda.

Ketik butang ini untuk melihat dan memadamkan carian yang telah disimpan pada halaman Aktiviti Saya.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
11079042142004953043
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
100334
false
false