Anda boleh menggunakan suara anda untuk membuat carian maklumat yang berguna.
Mulakan Carian Suara
Penting: Kata cetus “Ok Google” hanya berfungsi untuk Google Assistant.
- Buka apl Google
pada telefon atau tablet Android anda.
- Ketik Mikrofon
.
- Untuk mencari apa-apa pada Google Search
, gunakan suara anda.
Carian suara biasa
Jika carian suara tersedia dalam bahasa, negara dan rantau anda, anda boleh menyebut kebanyakan contoh yang berikut.
Petua: Sesetengah contoh ini berfungsi dalam bahasa, negara atau rantau tertentu sahaja.
Cari muzik baharu: "Apakah lagu yang dinyanyikan oleh Akim and the Majistret?"
Cari filem: "Apakah filem yang ditayangkan malam ini?" atau "Di manakah Hunger Games ditayangkan?"
Cari imej: "Tunjukkan saya gambar Jambatan Pulau Pinang".
Dapatkan arah: "Navigasi ke Lotus" atau "Arah ke Megan Avenue, Kuala Lumpur".
Cari tempat yang berhampiran: "Di manakah kedai kopi yang terdekat?"
Rancang perjalanan anda: "Apakah antara tarikan di Kota Kinabalu?"
Tempah meja: "Tempah meja untuk 2 orang di Saloma Bistro pada Rabu malam".
Ketahui masa: "Pukul berapakah di London sekarang?"
Semak cuaca: "Adakah saya memerlukan baju hujan hari ini?" atau "Bagaimanakah keadaan cuaca pagi esok?"
Jawab soalan trivia: "Di manakah Albert Einstein dilahirkan?" atau "Berapakah umur Beyonce?"
Terjemahkan perkataan atau ungkapan: "Bagaimanakah sebutan timun dalam bahasa Sepanyol?"
Takrifkan perkataan: "Apakah makna lahap?"
Tukar antara unit: "Berapakah 16 auns dalam paun?"
Selesaikan masalah matematik: "Apakah punca kuasa 2209?"