Pemberitahuan

Users can now migrate Google Podcasts subscriptions to YouTube Music or to another app that supports OPML import. Learn more here

Gunakan Google Voice Search

Anda boleh menggunakan suara anda untuk membuat carian maklumat yang berguna.

Mulakan Carian Suara

  1. Buka apl Google Apl Google pada iPhone atau iPad anda.
  2. Ketik Mikrofon Bercakap.
  3. Ajukan pertanyaan.

Petua: Ketahui cara membuat carian lagu dengan memainkan, bersenandung atau menyanyi lagu tersebut pada apl Google.

Carian suara biasa

Jika carian suara tersedia dalam bahasa, negara dan rantau anda, anda boleh menyebut kebanyakan contoh yang berikut.

Petua: Sesetengah contoh ini berfungsi dalam bahasa, negara atau rantau tertentu sahaja.

Hiburan (muzik, filem & imej)

Cari muzik baharu: "Apakah lagu yang dinyanyikan oleh Akim and the Majistret?"

Cari filem: "Apakah filem yang ditayangkan malam ini?" atau "Di manakah Hunger Games ditayangkan?"

Cari imej: "Tunjukkan saya gambar Jambatan Pulau Pinang".

Perjalanan & navigasi

Dapatkan arah: "Navigasi ke Tesco" atau "Arah ke Megan Avenue, Kuala Lumpur".

Cari tempat yang berhampiran: "Di manakah kedai kopi yang terdekat?"

Rancang perjalanan anda: "Apakah antara tarikan di Kota Kinabalu?"

Fakta & jawapan pantas

Ketahui masa: "Pukul berapakah di London sekarang?"

Semak cuaca: "Adakah saya memerlukan baju hujan hari ini?" atau "Bagaimanakah keadaan cuaca pagi esok?"

Jawab soalan trivia: "Di manakah Albert Einstein dilahirkan?" atau "Berapakah umur Beyonce?"

Terjemahkan perkataan atau ungkapan: "Bagaimanakah sebutan timun dalam bahasa Sepanyol?"

Takrifkan perkataan: "Apakah makna lahap?"

Tukar antara unit: "Berapakah 16 auns dalam paun?"

Selesaikan masalah matematik: "Apakah punca kuasa 2209?"

Tambah bahasa lain

Untuk menggunakan carian suara dalam beberapa bahasa, tambahkan bahasa daripada tetapan anda.

  1. Buka apl Google Apl Google pada iPhone atau iPad anda.
  2. Pada bahagian atas sebelah kanan, ketik Gambar profil atau parap anda kemudian Tetapan kemudian Voice dan Assistant.
  3. Ketik Bahasa kemudian Tambahkan Bahasa.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
812627772176233465
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
100334
false
false