Pemberitahuan

Users can now migrate Google Podcasts subscriptions to YouTube Music or to another app that supports OPML import. Learn more here

Tambahkan imej pada Google

Untuk menyertakan gambar dalam hasil carian Google, tambahkan imej anda bersama dengan huraian pada tapak web. Walaupun anda tidak boleh terus memuat naik imej ke dalam hasil carian, imej yang boleh dicari yang disiarkan di tapak web boleh muncul dalam hasil carian kami.

Tambahkan imej anda pada web

  1. Siarkan imej anda ke tapak web

    Jika anda ingin gambar atau imej anda muncul dalam hasil carian Google, anda perlu menyiarkan imej pada tapak web. Jika anda tiada tapak web, berikut ialah beberapa perkhidmatan pengehosan kandungan percuma yang boleh anda gunakan:

    • Tambahkan imej pada blog menggunakan Blogger
    • Buat tapak web anda sendiri menggunakan Google Sites
  2. Pastikan imej yang anda siarkan adalah awam dan boleh dicari

    Apabila anda menyiarkan imej pada tapak web awam dan boleh dicari, anda membolehkan Google mencari imej itu dan menambahkan imej tersebut pada indeks Imej. Apabila anda memuat naik imej, pastikan halaman yang mengandungi imej anda itu boleh diakses secara umum. Sebagai contoh, jika anda menyiarkan foto itu pada Google+, pastikan tetapan privasi adalah Awam.

    Untuk mendapatkan lebih banyak petua mengenai penyiaran pada tapak yang akan diindeks oleh Google, baca tentang menambahkan tapak pada Google.

Petua untuk membantu imej anda muncul dalam Carian

Untuk membantu imej anda muncul dalam hasil carian Google, ikut garis panduan penerbitan imej ini:

  • Sertakan teks deskriptif. Sertakan teks berdekatan imej, seperti teg "alt" atau kapsyen. Teks ini membantu Google memahami perkara yang ditunjukkan oleh imej ini dan jenis carian yang berkaitan dengan imej itu.
  • Muat naik foto berkualiti tinggi. Kandungan imej yang menarik merupakan cara yang bagus untuk membina trafik ke tapak anda.

​Akhir sekali, bersabar. Imej yang anda muat naik ke web tidak akan muncul dengan serta-merta dalam hasil carian. Anda perlu menunggu sehingga tapak anda diindeks oleh Google sebelum imej anda muncul dalam hasil carian.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
3746711260349801981
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
100334
false
false