Pemberitahuan

Users can now migrate Google Podcasts subscriptions to YouTube Music or to another app that supports OPML import. Learn more here

Urus Sejarah Carian Visual anda dalam Aktiviti Web & Apl anda

Apabila anda membuat carian imej pada perkhidmatan Google yang layak, seperti Google Lens pada Apl Google, anda boleh memilih sama ada Google menyimpan Sejarah Carian Visual pada Aktiviti Web & Apl anda atau tidak apabila anda log masuk. Jika anda menghidupkan tetapan Sejarah Carian Visual, anda boleh menemukan dan memadamkan Sejarah Carian Visual anda yang terdahulu. Ketahui lokasi asal imej anda mungkin disimpan.

Sejarah Carian Visual anda boleh digunakan untuk meningkatkan pengalaman anda pada perkhidmatan Google, seperti membolehkan anda melawat semula carian visual anda yang terdahulu. Sejarah Carian Visual tersebut boleh digunakan untuk membangunkan dan meningkatkan teknologi pengecaman dan carian visual Google serta perkhidmatan Google yang menggunakan teknologi tersebut.

Petua: Tetapan Sejarah Carian Visual dimatikan secara lalai.

Hidupkan atau matikan Sejarah Carian Visual

  1. Buka apl Tetapan pada telefon atau tablet Android anda.
  2. Ketik Google kemudian Urus Google Account anda.
  3. Pada bahagian atas, ketik Data & privasi.
  4. Dalam bahagian "Tetapan sejarah", ketik Aktiviti Web & Apl.
  5. Bersebelahan "Sertakan Sejarah Carian Visual", tandai atau nyahtandai kotak.

Apabila tetapan Sejarah Carian Visual dimatikan, imej yang anda gunakan untuk membuat carian tidak akan disimpan pada Aktiviti Web & Apl anda. Jika tetapan Sejarah Carian Visual dihidupkan sebelum ini dan anda mematikan tetapan tersebut, imej yang disimpan sebagai sebahagian daripada Aktiviti Web & Apl anda boleh terus digunakan untuk meningkatkan teknologi pengecaman dan carian visual melainkan anda memadamkan imej tersebut daripada akaun anda. Anda boleh menemukan dan memadamkan Sejarah Carian Visual anda pada Aktiviti Google Saya.

Temukan atau padamkan imej anda

Temukan imej anda
  1. Buka apl Tetapan pada telefon atau tablet Android anda.
  2. Ketik Google kemudian Urus Google Account anda.
  3. Pada bahagian atas, ketik Data & privasi.
  4. Dalam bahagian "Tetapan sejarah", ketik Aktiviti Web & Apl kemudian Urus semua Aktiviti Web & Apl.
    • Pada halaman ini, anda boleh:
      • Menemukan senarai aktiviti anda yang terdahulu: Imej yang disimpan pada akaun anda dipaparkan.
      • Memuat turun imej: Untuk memuat turun imej, ketik imej yang mahu anda muat turun.

Dalam Google Account anda, anda boleh memuat turun imej anda yang disimpan menggunakan Google Takeout. Ketahui cara memuat turun data Google anda.

Petua: Untuk meningkatkan lagi keselamatan, anda boleh memerlukan langkah pengesahan tambahan untuk melihat sejarah penuh anda.

Ketahui cara memadamkan aktiviti anda.

Google mungkin memadamkan imej anda daripada Aktiviti Web & Apl anda lebih awal daripada rangka masa yang anda pilih, setelah imej tersebut tidak diperlukan lagi untuk pembangunan dan peningkatan perkhidmatan yang menggunakan teknologi carian visual tersebut. Anda boleh memuat turun imej yang disimpan dalam Google Account anda menggunakan Google Takeout. Ketahui cara memuat turun data Google anda.

Perihal tetapan Sejarah Carian Visual

Apabila anda menggunakan imej untuk membuat carian, Google menggunakan teknologi carian visual Google untuk memproses imej tersebut, seperti apabila anda membuat carian menggunakan Google Lens. Sebagai contoh, jika anda menggunakan Google Lens untuk membuat carian imej sekuntum bunga, teknologi carian visual Google akan memproses imej tersebut dan memberikan hasil carian yang berkaitan.

Aktiviti Web & Apl menyimpan aktiviti yang anda lakukan pada laman, apl dan perkhidmatan Google dalam Google Account anda.

Dengan tetapan Sejarah Carian Visual pilihan ini, anda juga boleh menyimpan imej pada Aktiviti Web & Apl anda apabila anda berinteraksi dengan perkhidmatan Google yang layak. Tetapan Sejarah Carian Visual dimatikan secara lalai.

Lokasi asal imej anda mungkin disimpan

Apabila tetapan Sejarah Carian Visual dihidupkan, imej yang anda gunakan untuk membuat carian boleh disimpan pada Aktiviti Web & Apl anda daripada perkhidmatan Google yang layak yang berikut apabila anda log masuk ke Google Account Anda:

  • Google Lens pada Apl Google pada Android, iPhone dan iPad
  • Kotak Carian Pantas dan Semua Dulang Apl pada Android
  • Apl Lens

Imej yang anda gunakan untuk membuat carian mungkin tidak akan disimpan daripada perkhidmatan Google di atas untuk apl dan versi peranti tertentu.

Petua: Tetapan Sejarah Carian Visual tidak menjejaskan imej yang boleh disimpan oleh tetapan lain, seperti Aktiviti Apl Gemini.

Cara imej digunakan

Sejarah Carian Visual anda boleh digunakan untuk meningkatkan pengalaman anda pada perkhidmatan Google, seperti membolehkan anda melawat semula carian visual anda yang terdahulu. Google menggunakan imej yang disimpan apabila tetapan ini dihidupkan untuk membangunkan dan meningkatkan teknologi carian visual dan pengecaman Google serta perkhidmatan Google yang menggunakan teknologi tersebut, seperti Google Lens.

Teknologi carian visual

Sesetengah teknologi carian visual Google boleh mengecam objek dalam imej yang anda gunakan untuk membuat carian dan menjawab pertanyaan visual anda. Jika tetapan Sejarah Carian Visual anda dihidupkan, Google boleh menggunakan imej yang anda gunakan untuk membuat carian pada perkhidmatan Google yang layak untuk melatih model yang membangunkan dan meningkatkan teknologi carian visual Google.

Petua: Tetapan Sejarah Carian Visual mungkin tidak tersedia untuk semua jenis akaun di semua penempatan.

Apabila tetapan Sejarah Carian Visual dihidupkan
Apabila tetapan Sejarah Carian Visual dihidupkan, Google akan menyimpan imej apabila anda membuat carian menggunakan perkhidmatan Google yang layak, seperti Google Lens pada Apl Google atau daripada Kotak Carian Pantas pada Android, pada Aktiviti Web & Apl anda. Ketahui lokasi asal imej anda mungkin disimpan.

Jika anda menggunakan peranti anda tanpa sambungan Internet, Sejarah Carian Visual boleh disimpan dalam Google Account anda setelah anda bersambung semula kepada Internet

Apabila tetapan Sejarah Carian Visual dimatikan
Apabila Sejarah Carian Visual dimatikan, Google tidak akan menyimpan imej sebagai sebahagian daripada Aktiviti Web & Apl anda. Semasa Sejarah Carian Visual dimatikan, anda boleh terus membuat carian menggunakan imej dalam perkhidmatan Google yang menggunakan teknologi carian visual, seperti Google Lens. Apabila anda mematikan tetapan Sejarah Carian Visual:
  • Tindakan ini tidak mematikan tetapan imej Google Lens.
  • Tindakan ini tidak mematikan Aktiviti Web & Apl, yang masih boleh menyimpan aktiviti carian anda pada perkhidmatan Google.
  • Imej yang telah disimpan sebelum ini masih boleh digunakan untuk meningkatkan teknologi carian visual.
Anda boleh memadamkan imej yang telah disimpan sebelum ini dalam Aktiviti Web & Apl anda pada activity.google.com.

Sumber berkaitan

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
1545527756494437944
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
100334
false
false