Pemberitahuan

Users can now migrate Google Podcasts subscriptions to YouTube Music or to another app that supports OPML import. Learn more here

Kecilkan hasil carian anda dengan penapis

Anda boleh mengecilkan dan menyesuaikan hasil carian anda untuk mencari perkara yang anda inginkan. Sebagai contoh, anda boleh mencari laman yang dikemas kinidalam masa 24 jam yang lepas atau foto dengan maklumat lesen.

Petua: Apabila anda menggunakan penapis, tetapan Carian anda tidak berubah. Untuk memadamkan carian lepas atau mengubah tetapan seperti SafeSearch, hasil carian setiap halaman atau bahasa, pergi ke tetapan Carian.

Tambah atau alih keluar penapis

Petua: Alatan carian yang anda cari adalah berdasarkan carian, jenis hasil carian dan penyemak imbas anda. Anda tidak akan mendapat setiap pilihan pada setiap masa.

  1. Pada telefon atau tablet Android anda, buka penyemak imbas mudah alih anda, seperti Chrome Chrome atau apl Google .
  2. Lakukan carian di google.com.
  3. Di bawah kotak carian, pilih jenis hasil carian yang anda inginkan, seperti SemuaImej atau Berita.
  4. Berdasarkan penyemak imbas mudah alih anda, ikut salah satu langkah berikut:
Apl Chrome

Berdasarkan jenis hasil carian yang anda pilih, anda boleh menambah atau mengalih keluar penapis:

  •  Semua, Video, Berita atau Buku:
    • Tambah: Di bawah kotak carian, ketik Alatan carian kemudian penapis.
      • Untuk mencari “Alatan carian,” anda mungkin perlu menatal ke kanan.
    • Alih keluar: Dalam bar Alatan carian, tatal ke kanan dan ketik Kosongkan.
  • Imej
    • Tambah: Ketik Penapis Filter kemudian penapis.
    • Alih keluar: Ketik Penapis Filter kemudian Kosongkan semua.
  • Beli-belah
    • Tambah: Ketik penapis atau Lagi penapis kemudian penapis.
    • Alih keluar:
      • Ketik penapis sekali lagi.
      • Atau ketik Lagi penapis kemudian Kosongkan semua.
Penapis: Untuk penapis yang anda tambahkan dengan satu ketik, ketik penapis itu sekali lagi untuk mengalih keluar penapis.
Apl Google

Berdasarkan jenis hasil carian yang anda pilih, anda boleh menambah atau mengalih keluar penapis:

  • Imej
    • Tambah: Ketik Penapis Filter kemudian penapis.
    • Alih keluar: Ketik Penapis Filter kemudian Kosongkan semua.
  • Video
    • Tambah: Ketik penapis.
    • Alih keluar: Ketik penapis lagi.
  • Beli-belah
    • Tambah: Ketik penapis atau Lagi penapis kemudian penapis.
    • Alih keluar: Ketik penapis lagi atau Lagi penapis kemudian Kosongkan semua.
Penapis: Untuk penapis yang anda tambahkan dengan satu ketik, ketik penapis itu sekali lagi untuk mengalih keluar penapis.

Cara untuk menapis hasil carian anda

Jenis hasil carian

Anda boleh mengecilkan hasil carian anda kepada satu jenis kandungan, seperti imej, video atau berita. Di sebelah kotak carian, pilih hasil carian anda.

Sebagai contoh, untuk mendapatkan:

  • Gambar: Pilih Imej.
  • Hasil carian untuk membantu anda membuat pembelian: Pilih Beli-belah.

Alatan carian

Selepas anda memilih jenis hasil carian yang anda inginkan, anda boleh mengecilkan lagi hasil carian anda dengan Alatan carian. Alatan ini mungkin merangkumi lokasi, warna, saiz atau tarikh halaman diterbitkan.

Pengendali carian

Anda juga boleh mengecilkan carian anda apabila anda menambah pengendali carian, iaitu perkataan atau simbol yang anda boleh tambahkan pada pertanyaan anda. Ketahui cara memperhalus carian web.

Jenis alatan carian

Penting: Sesetengah Alatan carian hanya tersedia dalam beberapa bahasa atau apabila anda log masuk Akaun Google anda.

Hasil carian web
Petua: Alatan carian yang anda cari berubah berdasarkan carian, jenis hasil carian dan penyemak imbas anda. Anda tidak akan mendapat setiap pilihan pada setiap masa.

Beberapa alatan termasuk:

  • Tarikh diterbitkan: Cari hasil carian berdasarkan masa diterbitkan.
  • Verbatim: Cari perkataan atau frasa yang tepat.
  • Kamus: Cari takrif, sinonim atau imej.
  • Peribadi: Cari kandungan yang dikongsi dengan anda dalam produk Google seperti Gmail.
    • Untuk mendapatkan hasil carian peribadi, log masuk ke Akaun Google anda.
  • Berdekatan: Hadkan hasil carian kepada perkara yang berdekatan lokasi semasa anda.
  • Resipi: Kecilkan hasil carian berdasarkan bahan, tempoh memasak dan kalori.
  • Aplikasi: Cari apl berdasarkan harga atau sistem pengendalian (OS).
  • Paten: Cari paten berdasarkan status, jenis, pejabat paten, tarikh pemfailan atau tarikh penerbitan.
Hasil carian imej
  • Saiz: Pilih besar, serdehana atau ikon.
  • Warna: Cari imej yang merupakan warna tertentu, hitam dan putih atau lutsinar.
  • Jenis: Kecilkan hasil carian kepada lukisan klip, lukisan garis atau GIF beranimasi.
  • Masa: Cari foto yang diterbitkan baru-baru ini atau diterbitkan pada tarikh tertentu.
  • Hak penggunaan: Cari imej dengan maklumat lesen yang dilampirkan.
Hasil carian video
  • Tempoh: Kecilkan hasil carian berdasarkan tempoh video.
  • Masa: Cari video yang diterbitkan baru-baru ini atau diterbitkan pada tarikh tertentu.
  • Kualiti: Cari video bermutu tinggi.
  • Sari kata: Hadkan hasil carian kepada video dengan sari kata.
  • Sumber: Hadkan hasil carian kepada video daripada sumber tertentu, seperti YouTube.
Hasil carian tempat

Apabila anda mencari tempat tertentu, anda mungkin mencari penapis seperti:

  • Lawatan anda yang lalu: Hadkan hasil carian kepada tempat yang pernah atau belum pernah dikunjungi.
  • Penilaian: Hadkan hasil carian kepada tempat yang mempunyai penilaian tertentu atau lebih tinggi.
    • Orang menilaikan tempat ini di Google.
  • Makanan: Hadkan hasil carian kepada tempat yang menghidangkan jenis makanan yang tertentu.
  • Harga: Cari tempat berdasarkan kos.
  • Waktu: Cari tempat berdasarkan waktu buka.

Tambah atau alih keluar tempat yang pernah anda lawat

Unutuk mendapatkan hasil carian yang lebih baik, anda boleh memberitahu Google sama ada anda telah mengunjungi suatu tempat:

  • Pada telefon anda: Di bahagian "Ikhtisar", ketikAnda mengunjungi tempat ini __ hari/minggu/tahun yang lalu.
  • Pada komputer anda: Di sebelah "Lawatan anda yang lalu," klik Edit kemudian Ya atau Tidak.

Petua: Untuk menapis mengikut tempat yang pernah dilawat:

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
2206271804071034775
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
100334
false
false