Dapatkan bantuan untuk mengalih keluar imej peribadi yang eksplisit atau intim

Anda pasti berasa bimbang apabila seseorang berkongsi gambar peribadi anda dalam talian tanpa kebenaran anda.

Halaman ini akan memberitahu anda:

  • Langkah yang boleh anda ambil apabila berurusan dengan jenis kandungan ini.
  • Tempat untuk mendapatkan bantuan lanjut.

Pastikan anda selamat

Jika anda bimbang tentang keselamatan fizikal anda, hubungi pihak berkuasa yang berkenaan. Semasa kecemasan, hubungi nombor telefon kecemasan kawasan anda. Contohnya, 911 di Amerika Syarikat.

Tuliskan nama tempat anda menemukan gambar tersebut

Rekodkan lokasi anda menemukan gambar tersebut dalam talian. Hal ini akan membantu apabila anda meminta laman web untuk mengalih keluar gambar tersebut.

Minta pengalihan keluar kandungan pada Google Search

Anda atau wakil sah anda boleh meminta Google mengalih keluar gambar tersebut daripada Google Search.

Untuk Google mempertimbangkan kandungan bagi pengalihan keluar, kandungan tersebut mestilah memenuhi semua keperluan yang berikut:

  • Imejan menunjukkan anda (atau individu yang anda wakili) dalam keadaan bogel, dalam aksi seks atau dalam keadaan intim.
  • Anda (atau individu yang anda wakili) tidak bersetuju dengan imejan atau aksi tersebut dan imejan tersebut disiarkan secara terbuka atau imejan itu tersedia dalam talian tanpa persetujuan anda.
  • Pada masa ini anda tidak dibayar untuk mengkomersialkan kandungan ini dalam talian atau di tempat lain.

Ketahui cara mengalih keluar kandungan seks peribadi daripada Google Search.

Temukan & minta laman web lain untuk mengalih keluar gambar tersebut

Untuk menemukan lokasi lain yang memaparkan gambar tersebut, cari nama anda pada Google (atau nama orang yang anda wakili). Jika anda menemukan gambar peribadi anda dalam hasil carian Search:

  • Cuba hubungi terus orang yang memiliki laman web tersebut.
  • Gunakan alat pelaporan laman web untuk meminta mereka mengalih keluar gambar tersebut.

Kebanyakan laman web memiliki alatan yang membolehkan anda melaporkan gambar yang mahu dialih keluar. Cari alatan ini pada laman web media sosial.

Jika anda tidak mengetahui lokasi lain yang mungkin memaparkan gambar anda tetapi anda mempunyai akses kepada gambar tersebut, anda boleh melakukan carian imej terbalik pada Google. Hal ini bermaksud anda boleh memuat naik gambar tersebut kepada Google dan Google akan menunjukkan laman web lain yang memaparkan gambar tersebut.

Untuk mendapatkan bantuan lanjut, Ketahui perihal pilihan pengalihan keluar kandungan selain pada Google Search.

Berbincang dengan pemilik laman web

Walaupun Google mengalih keluar gambar tersebut daripada hasil carian Google Search, gambar tersebut masih wujud pada laman web yang mengehoskan kandungan itu. Hal ini bermaksud pengguna masih boleh menemukan gambar tersebut melalui URL kepada laman tersebut, perkongsian media sosial atau enjin carian lain.

Cara terbaik untuk mengalih keluar gambar adalah dengan berbincang dengan pemilik laman web tersebut. Mereka boleh mengalih keluar gambar tersebut sepenuhnya.

Ketahui cara menghubungi pemilik laman web.

Ketahui hak anda

Mungkin terdapat undang-undang di kawasan anda tentang imejan eksplisit tanpa persetujuan di negeri atau rantau anda. Anda boleh menggunakan Google untuk mengetahui undang-undang ini tetapi anda perlu berbincang dengan peguam atau pakar lain untuk memahami hak anda.

Jika anda mahu meminta supaya gambar tersebut dialih keluar tetapi gambar tersebut tidak memenuhi keperluan di atas, mungkin terdapat cara lain untuk mengalih keluar gambar tersebut menurut DMCA (pengalihan keluar hak cipta). Untuk meminta pengalihan keluar menurut DMCA, gunakan borang ini.

Cari sokongan

Anda juga boleh mendapatkan jenis bantuan yang lain. Terdapat kumpulan yang boleh membantu anda mengalih keluar kandungan dan menghubungkan anda dengan orang yang dapat membantu anda kekal selamat dan berasa lebih baik.

Tempat untuk mendapatkan bantuan

Selain sumber khusus lokasi yang disenaraikan di bawah, StopNCII.org merupakan kumpulan global yang menghentikan penyebaran kandungan eksplisit tanpa persetujuan dan mungkin dapat memberikan sokongan.

Amerika Utara
Negara Maklumat hubungan
Amerika Syarikat

Organisasi untuk dihubungi: Cyber Civil Rights Initiative

Laman web: https://cybercivilrights.org/ccri-safety-center

Asia
Negara Maklumat hubungan
Pakistan

Organisasi untuk dihubungi: Digital Rights Foundation

Laman web: https://digitalrightsfoundation.pk/cyber-harassment-helpline/

Nombor telefon: 0800-39393

Waktu operasi: Isnin–Ahad 9 PG–5 PTG, kecuali cuti umum

Singapura

Organisasi untuk dihubungi: SG Her Empowerment (SHE)

Laman web: she.org.sg

Nombor telefon: 8001-01-4616

Waktu operasi: Isnin–Jumaat 9 PG–9 MLM SGT, kecuali cuti umum

Korea Selatan

Organisasi untuk dihubungi: Women’s Human Rights Institute of Korea

Laman web: https://d4u.stop.or.kr/

Nombor telefon: 02-735-8994

Waktu operasi: Tersedia 24 jam

Eropah
Negara Maklumat hubungan
United Kingdom

Organisasi untuk dihubungi: Revenge Porn Helpline

Laman web: https://revengepornhelpline.org.uk/

E-mel: help@revengepornhelpline.org.uk

Waktu operasi: Isnin–Jumaat 10 PG–4 PTG, kecuali cuti bank

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Apl Google
Menu utama
9761025223725638092
true
Cari di Pusat Bantuan
false
true
true
true
true
true
100334
false
false
false
false