Ketahui petua carian & cara hasil carian berkaitan dengan carian anda pada Google

Yang berikut ialah beberapa petua dan kiat untuk membantu anda mencari maklumat dengan mudah pada Google.

Mulakan dengan perkara asas

Anda boleh bermula dengan carian mudah seperti di manakah lapangan terbang yang terdekat?. Anda boleh menambahkan lebih banyak perkataan deskriptif jika perlu.

Jika anda mahu mencari tempat atau produk di lokasi tertentu, tambahkan lokasi dalam carian anda. Sebagai contoh, kedai roti seremban.

Buat carian menggunakan suara anda

Untuk membuat carian menggunakan suara anda, ketik Mikrofon . Ketahui cara menggunakan Google Voice Search.

Pilih perkataan dengan teliti

Gunakan istilah yang berkemungkinan akan dipaparkan pada laman yang anda cari. Sebagai contoh, daripada menyebut kepala saya sakit, sebut sakit kepala, kerana istilah itu digunakan oleh laman perubatan.

Jangan risau tentang perkara remeh

  • Ejaan: Penyemak ejaan Google menggunakan ejaan yang paling biasa untuk perkataan yang diberikan, tanpa mengira cara anda mengeja perkataan itu. 
  • Penggunaan huruf besar: Carian Berita Harian adalah sama dengan carian berita harian.

Temukan jawapan pantas

Untuk kebanyakan carian, Google menyediakan jawapan terus dalam hasil carian. Sesetengah ciri, seperti butiran tentang pasukan sukan, tidak tersedia di semua rantau.

  • Cuaca: Untuk menemukan cuaca di lokasi anda, buat carian cuaca. Untuk menemukan cuaca bagi tempat tertentu, tambahkan nama bandar, cari cuaca seattle.
  • Kamus: Tambahkan takrifkan di hadapan mana-mana perkataan untuk menemukan takrifan perkataan tersebut.
  • Pengiraan: Untuk menyelesaikan persamaan matematik, masukkan sesuatu seperti 3*9123 atau selesaikan persamaan graf yang rumit.
  • Penukaran unit: Untuk menemukan sebarang penukaran, masukkan sesuatu seperti 3 dolar dalam euro.
  • Sukan: Untuk mencari jadual, markah perlawanan dan pelbagai lagi, buat carian nama pasukan anda.
  • Fakta pantas: Untuk menemukan maklumat yang berkaitan, cari nama selebriti, lokasi, filem atau lagu.

Cara hasil carian berkaitan dengan carian anda pada Google

Anda boleh mendapatkan petua untuk carian anda pada Google dalam bahagian “Carian anda & hasil carian ini” di panel “Perihal hasil carian ini”. Bahagian ini menyenaraikan beberapa hubungan antara carian anda dengan hasil carian.

Cari maklumat carian tentang hasil carian

  1. Mulakan carian pada Google.
  2. Selepas URL untuk hasil carian, pilih Lagi .
  3. Dalam panel “Perihal hasil carian ini”, tatal kepada “Carian anda & hasil carian ini".

Petua: Untuk menemukan petua carian dalam bahagian “Carian anda & hasil carian ini”, tuding pada atau ketik istilah yang bergaris bawah.

Maklumat & petua carian yang mungkin anda temukan

Bahagian “Carian anda & hasil carian ini” dalam panel “Perihal hasil carian ini” mungkin menyenaraikan satu atau beberapa hubungan yang berikut. Hubungan ini adalah antara carian anda, tetapan carian anda dengan hasil carian.

Istilah carian & istilah berkaitan

Untuk menemukan hasil carian yang berguna, istilah carian atau kata kunci merupakan salah satu faktor paling penting yang digunakan oleh Google Search.

Google Search cuba menemukan kandungan yang sepadan dengan setiap perkataan dalam carian anda. Kadangkala hasil carian yang paling membantu tidak memiliki padanan tepat untuk semua istilah carian anda.

Sebagai contoh, jika anda mahu mencari petikan tetapi tidak mengingati perkataan yang tepat. Hasil carian yang benar-benar sepadan dengan istilah anda kurang membantu berbanding dengan hasil carian yang memiliki petikan yang betul. Google Search mungkin menyertakan hasil carian yang hanya mengandungi beberapa istilah yang anda masukkan.

Hasil carian yang sangat berkaitan mungkin tidak mengandungi istilah anda yang tepat tetapi mengandungi istilah yang berkaitan. Sebagai contoh, carian untuk kasut lari joging mungkin menyenaraikan hasil carian yang tidak menyertakan “joging” tetapi memiliki perkataan yang berkaitan dengan “berlari”.

Bahagian “Carian anda & hasil carian ini” menyerlahkan cara istilah carian digunakan dengan pernyataan seperti:

  • Istilah carian ini dipaparkan dalam hasil carian ini.
  • Istilah yang berkaitan dengan carian anda dipaparkan dalam hasil carian ini.
  • Hasil carian ini mengandungi imej yang berkaitan dengan istilah carian anda.

Petua: Untuk mendapatkan lebih banyak pilihan bagi istilah yang sepadan, cuba Carian Terperinci. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang pengendali carian seperti tanda petikan dan tolak, ketahui cara memperhalus carian web.

Ketahui perihal pautan yang berkaitan

Untuk menemukan hasil carian yang berkaitan, Google Search menyemak cara kandungan dipautkan kepada kandungan lain pada web. Sebagai tambahan kepada padanan perkataan pada halaman, Search menggunakan teks dalam pautan yang menghala kepada halaman. Sebagai contoh, ramai orang memanggil The Keyword sebagai "Google Blogs". Jika anda mencari Google Blogs, anda akan menemukan The Keyword pada bahagian atas kerana itulah cara laman web lain menerangkan halaman tersebut apabila pautan dihalakan kepada blog itu.

Bahagian “Carian anda & hasil carian ini” menyerlahkan hasil apabila carian anda dan hasil carian berkaitan disebabkan oleh pautan web:

  • Laman web lain dengan istilah carian anda berpaut pada hasil carian ini.

Petua: Jika anda tidak mengingati nama laman, cuba cari laman itu dengan cara yang mungkin diterangkan oleh orang lain.

Ketahui perihal laman web

Untuk menemukan halaman yang berkaitan dengan carian anda, Google Search menyemak istilah carian yang berkaitan dengan laman web tertentu.

Bahagian “Carian anda & hasil carian ini” menyerlahkan hasil apabila istilah carian anda digunakan untuk menemukan laman web tertentu:

  • Laman web <domain.com> sepadan dengan satu atau lebih istilah carian anda.

Petua: Untuk menemukan hasil carian daripada laman web tertentu, tambahkan laman pada bahagian hadapan laman atau domain. Sebagai contoh, site:youtube.com.

Lokasi: Bandar atau Negeri

Sesetengah carian memerlukan maklumat atau hasil carian setempat untuk membantu. Untuk menemukan hasil carian yang berkaitan dengan anda secara setempat, Google Search menggunakan lokasi anda jika anda berkongsi lokasi anda atau menganggarkan lokasi anda. Ketahui tentang lokasi anda dan Google Search.

Bahagian “Carian anda & hasil carian ini” menyerlahkan hasil apabila hasil carian berkaitan untuk bandar atau negeri:

  • Hasil carian ini berkaitan untuk carian berdekatan <location>.

Tip: Untuk mendapatkan hasil carian daripada lokasi tertentu, tambahkan nama tempat pada carian anda. Sebagai contoh, pengedar kereta Fort Lauderdale dan bukannya pengedar kereta.

Negara atau rantau & bahasa

Dalam tetapan Google Search, hasil carian yang membantu sepadan dengan bahasa dan rantau anda. Kadangkala Google Search mungkin mengenal pasti hasil carian yang membantu dalam bahasa lain atau dari rantau lain. Yang berikut ialah beberapa contoh:

  • Jika bahasa anda ditetapkan kepada Bahasa Inggeris tetapi anda mencari dalam Bahasa Cina, hasil carian yang paling berkaitan mungkin ditulis dalam Bahasa Cina.
  • Jika anda berada di AS dan anda mencari berita India, hasil carian yang paling berkaitan mungkin merupakan kandungan dari India.

Bahagian “Carian anda & hasil carian ini” menyerlahkan bahasa dan rantau hasil carian:

  • Hasil carian ini dalam <language>.
  • Hasil carian ini kelihatan berkaitan walaupun hasil carian bukan dalam <language>.
  • Hasil carian ini kelihatan berkaitan untuk carian dari <region>.
  • Hasil carian ini kelihatan berkaitan untuk carian daripada banyak rantau, termasuk <region>.
  • Hasil carian ini kelihatan berkaitan untuk carian ini walaupun biasanya muncul untuk carian di luar <region>.

Petua:

Tarikh penerbitan

Apabila anda mencari topik yang merupakan sohor kini atau mempunyai maklumat terbaharu, Google Search mungkin menggunakan tarikh penerbitan. Hal ini adalah untuk memberikan hasil carian yang paling berkaitan, dikemaskinikan baru-baru ini atau diterbitkan.

Bahagian “Carian anda & hasil carian ini” menyerlahkan hasil apabila hasil carian diterbitkan baru-baru ini:

  • Hasil carian ini diterbitkan baru-baru ini.

Petua: Untuk menemukan hasil carian yang diterbitkan semasa tempoh tertentu, cuba penapis dalam Alatan Carian atau Carian Terperinci. Ketahui cara memperincikan hasil carian dengan penapis.

Jenis kandungan

Sesetengah carian mendapat manfaat daripada:

  • Imej
  • Video
  • Peta
  • Jenis kandungan khusus yang lain

Bahagian “Carian anda & hasil carian ini” menyerlahkan hasil apabila jenis kandungan mungkin membantu, seperti:

  • Video mungkin membantu untuk carian anda.
  • Maklumat setempat, seperti peta dan maklumat hubungan, mungkin membantu untuk carian ini.
  • Senarai jawatan kosong yang termasuk nama jawatan dan lokasi mungkin membantu untuk carian anda.

Petua: Untuk mencari jenis kandungan tertentu, seperti imej atau video, masukkan perkataan tersebut dalam carian anda. Ketahui cara memperincikan hasil carian dengan penapis.

Hasil carian eksplisit

Google Search memberikan hasil carian yang paling berkaitan untuk carian anda. Jika anda mematikan SafeSearch, hasil carian boleh termasuk kandungan eksplisit.

Bahagian “Carian anda & hasil carian ini” menyerlahkan hasil apabila hasil carian mungkin bersifat eksplisit apabila SafeSearch dimatikan, maka hasil carian eksplisit yang berkaitan mungkin ditunjukkan.

Petua: Jika anda tidak mahu kandungan eksplisit dalam hasil carian anda, hidupkan SafeSearch. Ketahui perihal SafeSearch.

Sambungan antara carian dengan hasil carian mungkin kelihatan tidak jelas

Kadangkala, pernyataan dalam bahagian “Carian anda & hasil carian ini” mungkin kelihatan tidak betul. Sebab perkara ini berlaku mungkin termasuk:

  • Halaman web kerap berubah. Sambungan antara carian dengan hasil carian dibuat berdasarkan lawatan terakhir Google Search kepada kandungan dan halaman mungkin telah berubah selepas lawatan itu.
  • Search tidak dapat menentukan bahasa halaman web dengan tepat, khususnya jika halaman web itu menggunakan pelbagai bahasa.
  • Perkataan yang berkaitan sebenarnya tidak berkaitan dalam konteks carian khusus anda.

Berikan maklum balas tentang “Perihal hasil carian ini”

Anda boleh memberitahu kami perkara yang membantu atau melaporkan masalah. Input anda akan membantu kami menambah baik Google Search untuk semua orang.

Di bahagian bawah panel “Perihal hasil carian ini”, pilih Hantar maklum balas tentang maklumat ini.

Sumber berkaitan

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Apl Google
Menu utama
14376647696263577627
true
Cari di Pusat Bantuan
false
true
true
true
true
true
100334
false
false
false
false