Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Apl Google
Menu utama
true

Cara mencari di Google

Ketahui beberapa petua dan teknik untuk membantu anda mencari maklumat di Google dengan mudah.

Petua 1: Mulakan dengan perkara asas

Walau apapun yang anda cari, mulai dengan carian yang mudah seperti di manakah lapangan terbang yang terdekat?. Anda boleh menambahkan beberapa perkataan huraian jika perlu.

Jika anda mencari tempat atau produk di lokasi tertentu, tambahkan lokasi. Sebagai contoh, kedai roti seremban

Petua 2: Cari menggunakan suara

Bosan menaip? Untuk mencari dengan menggunakan suara anda, sebut "Ok Google" atau pilih Mikrofon . Ketahui lebih lanjut tentang cara mencari dengan menggunakan suara anda.

Petua 3: Pilih perkataan dengan teliti

Apabila anda memutuskan pilihan perkataan yang hendak dimasukkan ke dalam kotak carian, cuba pilih perkataan yang mungkin dipaparkan di tapak web yang anda cari. Sebagai contoh, daripada berkata kepala saya sakit, katakan sakit kepala, kerana itulah perkataan yang digunakan oleh tapak web perubatan.

Petua 4: Jangan risau tentang perkara remeh

  • Ejaan. Penyemak ejaan Google menggunakan ejaan yang paling biasa bagi perkataan berkenaan secara automatik, sama ada anda mengejanya dengan betul atau tidak. 
  • Penggunaan huruf besar. Carian untuk New Straits Times adalah sama dengan carian untuk new straits time.

Petua 5: Cari jawapan pantas

Bagi banyak carian, Google akan melakukannya untuk anda dan menunjukkan jawapan kepada soalan anda dalam hasil carian. Sesetengah ciri, seperti maklumat tentang pasukan sukan, tidak tersedia di semua rantau. 

  • Cuaca: Cari cuaca untuk mengetahui cuaca di tempat anda atau tambahkan nama bandar, seperti cuaca seremban bagi mencari cuaca untuk tempat tertentu.
  • Kamus: Taip define di hadapan mana-mana perkataan untuk melihat takrifnya. 
  • Pengiraan: Masukkan persamaan matematik seperti 3*9123 atau selesaikan persamaan grafik yang rumit.
  • Penukaran unit: Masukkan sebarang penukaran, seperti 3 dolar dalam euro.
  • Sukan: Cari nama pasukan anda untuk melihat jadual, skor permainan dan pelbagai lagi. 
  • Fakta pantas: Cari nama selebriti, lokasi, filem atau lagu untuk mencari maklumat penting. 

Petua Carian Pakar

Inginkan lebih banyak petua dan kiat untuk membantu anda mencari seperti seorang pakar? Semak pautan di bawah untuk mempelajari teknik carian yang lebih terperinci.