Pemberitahuan

Users can now migrate Google Podcasts subscriptions to YouTube Music or to another app that supports OPML import. Learn more here

Cegah & laporkan serangan pancingan data

Serangan pancingan data berlaku apabila seseorang cuba memperdayakan anda supaya berkongsi maklumat peribadi dalam talian.

Cara pancingan data berfungsi

Pancingan data biasanya dilakukan melalui e-mel, iklan atau melalui laman web yang kelihatan serupa dengan laman web yang telah anda gunakan. Sebagai contoh, anda mungkin mendapat e-mel yang kelihatan seperti e-mel daripada bank yang meminta anda mengesahkan nombor akaun bank anda.

Maklumat yang mungkin diminta oleh laman pancingan data

  • Nama pengguna dan kata laluan
  • Nombor Keselamatan Sosial
  • Nombor akaun bank
  • PIN (Nombor Pengenalan Peribadi)
  • Nombor kad kredit
  • Nama keluarga ibu anda sebelum berkahwin
  • Tarikh lahir anda

Laporkan laman pancingan data

Laporkan laman pancingan data yang anda temukan di web

Jika anda rasa anda telah menemukan laman pancingan data, laporkan laman pancingan data.

Laporkan laman pancingan data yang muncul dalam iklan Carian Google anda

Jika laman pancingan data muncul sebagai pautan tajaan pada halaman hasil carian anda, laporkan laman web itu dengan menghubungi AdWords.

Laporkan laman atau alamat e-mel yang menyamar sebagai Google

Elakkan serangan pancingan data

Sila berhati-hati apabila menerima mesej daripada laman yang meminta maklumat peribadi. Jika anda menerima mesej sebegini, jangan berikan maklumat yang diminta tanpa mengesahkan bahawa laman web itu adalah sah. Jika boleh, buka laman itu dalam tetingkap lain dan bukannya mengklik pautan dalam e-mel anda.

Google tidak akan sekali-kali menghantar mesej tanpa diminta yang meminta kata laluan atau maklumat peribadi yang lain.

Lebih banyak cara untuk melindungi diri anda daripada pancingan data

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
false
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
17948439511356526765
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
100334
false
false