Serangan pancingan data berlaku apabila seseorang cuba memperdayakan anda supaya berkongsi maklumat peribadi dalam talian.
Cara pancingan data berfungsi
Pancingan data biasanya dilakukan melalui e-mel, iklan atau melalui laman web yang kelihatan serupa dengan laman web yang telah anda gunakan. Sebagai contoh, anda mungkin mendapat e-mel yang kelihatan seperti e-mel daripada bank yang meminta anda mengesahkan nombor akaun bank anda.
Maklumat yang mungkin diminta oleh laman pancingan data
- Nama pengguna dan kata laluan
- Nombor Keselamatan Sosial
- Nombor akaun bank
- PIN (Nombor Pengenalan Peribadi)
- Nombor kad kredit
- Nama keluarga ibu anda sebelum berkahwin
- Tarikh lahir anda
Laporkan laman pancingan data
Laporkan laman pancingan data yang anda temukan di webJika anda rasa anda telah menemukan laman pancingan data, laporkan laman pancingan data.
Jika laman pancingan data muncul sebagai pautan tajaan pada halaman hasil carian anda, laporkan laman web itu dengan menghubungi AdWords.
Ketahui cara mengelakkan dan melaporkan komplot Google.
Elakkan serangan pancingan data
Sila berhati-hati apabila menerima mesej daripada laman yang meminta maklumat peribadi. Jika anda menerima mesej sebegini, jangan berikan maklumat yang diminta tanpa mengesahkan bahawa laman web itu adalah sah. Jika boleh, buka laman itu dalam tetingkap lain dan bukannya mengklik pautan dalam e-mel anda.
Google tidak akan sekali-kali menghantar mesej tanpa diminta yang meminta kata laluan atau maklumat peribadi yang lain.