Tempah hotel melalui laman Google

Apabila anda mencari hotel melalui laman Google dan memilih hotel untuk ditempah, anda mungkin mempunyai pilihan untuk kekal pada laman Google dan melengkapkan tempahan anda dengan hotel atau agensi pelancongan dalam talian. Google bertindak sebagai pengantara sahaja untuk memindahkan maklumat anda dengan selamat kepada syarikat penerbangan atau agensi pelancongan dan bukan pihak dalam transaksi tersebut. Jika anda sudah log masuk ke Google Account, anda boleh melengkapkan tempahan dengan pantas menggunakan maklumat hubungan dan pembayaran yang disimpan pada Google Account anda.

Cari & tempah hotel

  1. Cari hotel melalui laman Google.
  2. Pilih hotel dan semak mana-mana pautan tempahan daripada rakan kongsi kami.
    • Pautan kepada rakan kongsi yang membolehkan anda memilih tempah pada Google akan menyatakan “Tempahan mudah pada Google”. Jika anda memilih rakan kongsi yang membolehkan anda memilih tempah pada Google, teruskan ke langkah 3.
  3. Tetapkan tarikh dan bilangan tetamu anda.
  4. Pilih bilik.
  5. Berikan butiran tetamu:
    • Jika anda sudah log masuk, maklumat hubungan yang disimpan pada Google Account anda akan dimasukkan secara automatik.
    • Jika ada belum log masuk, pada bahagian atas halaman, klik Log masuk.
    • Anda juga boleh memasukkan maklumat hubungan anda secara manual.
  6. Klik Teruskan.
  7. Untuk memilih kaedah pembayaran yang disimpan, klik anak panah ke Bawah atau masukkan kaedah pembayaran baharu dan klik Teruskan.
  8. Semak butiran tempahan anda untuk memastikan butiran anda betul.
  9. Semak dan terima terma dan syarat yang bersesuaian dan klik Tempah bilik ini.

Semua tempahan dibuat terus dengan hotel atau agensi pelancongan dalam talian yang berkaitan: 

  • Google tidak menjual bilik hotel dan bukan pihak dalam transaksi tempahan anda.
  • Google akan menghantar butiran tempahan dan pembayaran anda dengan selamat kepada hotel atau agensi pelancongan dalam talian yang menjual bilik tersebut. 
  • Hotel atau agensi pelancongan akan memproses tempahan anda dan mengecaj kad anda, serta bertanggungjawab terhadap tempahan tersebut dan semua khidmat pelanggan selepas itu. 

Selepas tempahan anda diproses, anda akan menerima e-mel pengesahan daripada rakan kongsi tempahan. Anda juga mungkin menerima e-mel ringkasan daripada Google.

Kaedah pembayaran & butiran transaksi

Bergantung pada hotel atau rakan kongsi agensi pelancongan, kad anda akan dicaj semasa tempahan dibuat, semasa daftar masuk atau semasa daftar keluar. Sesetengah rakan kongsi mungkin menahan kos penuh pada kad anda untuk penginapan anda, sama ada semasa tempahan dibuat atau kemudian.

Kaedah pembayaran yang diterima

Anda boleh membuat pembayaran menggunakan kad kredit atau debit yang disokong, yang dipaparkan semasa proses tempahan.

Cara transaksi dipaparkan pada penyata bank anda

Penyata anda memaparkan caj daripada hotel atau rakan kongsi agensi pelancongan dan bukannya daripada Google. Google bertindak sebagai pengantara sahaja dan bukan pihak dalam transaksi tempahan anda.

Dapatkan maklumat tentang tempahan anda

Dalam e-mel pengesahan dan ringkasan yang anda terima selepas hotel ditempah, anda dapat melihat:

  • Butiran tempahan anda
  • Maklumat hubungan hotel atau agensi pelancongan

Petua: Jika anda tidak menemukan e-mel ini dalam masa 24 jam, semak folder spam anda.

Tukar atau batalkan tempahan anda

Jika anda mahu menukar atau membatalkan tempahan anda, hubungi terus hotel atau rakan kongsi tempahan untuk mendapatkan bantuan. Google bukan pihak dalam transaksi tempahan anda dan tidak dapat menukar tempahan anda.

Jika hotel tidak menemukan tempahan anda

Masa hingga 24 jam diperlukan untuk hotel menemukan tempahan anda dalam sistem mereka. Jika hotel tidak menemukan tempahan anda dalam masa 24 jam selepas tempahan dibuat, hubungi rakan kongsi tempahan atau beritahu kami.

Tanya soalan atau hantar maklum balas

Cuba hubungi hotel atau agensi pelancongan dahulu untuk mendapatkan bantuan. Jika anda telah menghubungi hotel atau agensi pelancongan dan masih memerlukan bantuan, .

Terma & syarat yang digunakan pada tempahan anda

Tempahan tertakluk pada dasar privasi Google serta terma dan syarat yang berkaitan dengan rakan kongsi tempahan.

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
3606066563096277632
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
254
false
false