Anda boleh menterjemahkan teks dalam apl lain dengan apl Google Translate.
Anda boleh menyalin teks daripada apl dan menterjemahkan teks kepada bahasa lain dengan Ketik untuk Terjemah. Teks yang anda salin akan dihantar kepada Google untuk terjemahan hanya selepas anda mengetik Google Translate .
Penting: Ketik untuk Terjemah berfungsi dengan teks, bukan imej.
Hidupkan atau matikan Ketik untuk Terjemah
- Buka apl Translate pada telefon atau tablet Android anda .
- Pada bahagian atas sebelah kanan, ketik Menu Tetapan .
- Ketik Ketik untuk Terjemah Dayakan.
- Untuk Android 10 dan ke atas: Ketik Tampal .
- Untuk Pixel 6 dan ke atas: Untuk mendapatkan terjemahan pantas, anda boleh menghidupkan Tunjukkan ikon terapung.
Petua: Kali pertama anda menggunakan Ketik untuk Terjemah, anda mungkin mendapat tetingkap timbul yang bertanya jika anda ingin “Papar pada apl lain”. Untuk meneruskan, ketik Benarkan.
Guna Ketik untuk Terjemah
Dengan Ketik untuk Terjemah, anda boleh menterjemahkan teks daripada apl dan anda tidak perlu membuka apl Google Translate.
- Buka apl dengan teks yang boleh anda salin.
- Serlahkan teks yang mahu anda terjemah Salin.
- Pada skrin semasa anda, ketik Google Terjemah.
- Pilih bahasa yang anda mahu.
Petua: Untuk ketepikan gelembung Ketik untuk Terjemah, anda boleh tahan dan seret gelembung ke bahagian bawah skrin. Anda mungkin perlu mengemas kini apl anda kepada versi terkini.