Cari & urus sejarah Translate

Anda boleh menyimpan sejarah Google Translate anda untuk mencari makna perkataan atau frasa yang anda terjemahkan. Terjemahan yang anda simpan disegerakkan pada semua peranti anda.

Apl Translate menyegerakkan sejarah anda daripada peranti anda ke awan. Apabila anda log masuk, terjemahan anda akan disimpan ke awan secara automatik. Anda boleh mengurus sejarah yang anda simpan dalam Aktiviti Saya.

Penting: Jika anda tidak mahu menggunakan sejarah awan dalam apl, anda mesti log keluar daripada akaun anda. Selepas anda log keluar, anda hanya boleh melihat sejarah pada peranti.

Lihat sejarah terjemahan anda 

  1. Pada iPhone atau iPad anda, buka apl Translate Apl Terjemah.
  2. Pada bahagian atas, ketik Sejarah menu Akaun Account Info kemudian History.
  3. Untuk membuka halaman hasil carian, ketik terjemahan yang lalu.

Petua: Untuk menambahkan terjemahan yang lalu pada Buku Frasa anda, pada halaman Sejarah, ketik Bintang Star Rate bersebelahan dengan entri.

Padamkan terjemahan tunggal

  1. Pada iPhone atau iPad anda, buka apl Translate Apl Terjemah.
  2. Pada bahagian atas, ketik Sejarah menu Akaun Account Info kemudian History.
  3. Untuk mendedahkan butang Padam, leret ke kiri pada entri.
  4. Untuk mengalih keluar terjemahan, ketik Padam.

Petua: Jika anda tersilap memadamkan entri, anda boleh melakukan mana-mana perkara ini pada halaman Sejarah:

  • Pada bahagian atas, ketik menu Limpahan Overflow kemudian Buat asal alih keluar terjemahan.
  • Untuk membuat asal pemadaman anda, goncangkan telefon anda. Kemudian ketik Buat asal.

Padamkan sejarah hari ini

  1. Pada iPhone atau iPad anda, buka apl Translate Apl Terjemah.
  2. Pada bahagian atas, ketik Sejarah menu Akaun Account Info kemudian History.
    • Jika anda telah log masuk, pada bahagian atas, ketik menu Limpahan Overflow kemudianUrus Sejarah kemudian Padamkan menu anak panah ke bawah kemudian Padamkan hari ini.

Padamkan semua sejarah

  1. Pada iPhone atau iPad anda, buka apl Translate Apl Terjemah.
  2. Pada bahagian atas, ketik Sejarah menu Akaun Account Info kemudian History.
    • Jika anda telah log masuk, pada bahagian atas, ketik menu Limpahan Overflow kemudian Urus Sejarah kemudian Padamkan menu anak panah ke bawah kemudian Padamkan sepanjang masa.
    • Jika anda tidak log masuk, pada bahagian atas, ketik menu Limpahan Overflow kemudian Kosongkan semua sejarah.

Hidupkan Aktiviti Web & Apl

Untuk menyimpan data anda dengan akaun anda dalam apl Translate, anda perlu menghidupkan Aktiviti Web & Apl.

  1. Buka apl Translate Apl Terjemah.
  2. Pada bahagian atas, ketik Sejarah Menu Akaun Account Info kemudian History.
  3. Ketik menu Limpahan Overflow kemudian Urus sejarah.
  4. Di bawah tab “Kawalan”, hidupkan Aktiviti Web & Apl.

Jika anda telah mematikan Aktiviti Web & Apl, anda boleh mencari dan memadamkan sejarah anda tetapi anda tidak dapat membuat entri baharu. Pada bahagian atas senarai sejarah, terdapat kad yang membuka Aktiviti Saya.

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
1618115891050725638
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
73122
false
false