Dasar dan Penguatkuasaan Program Tentang Penyalahgunaan

Dasar program di bawah dikenakan pada kandungan yang anda siarkan di Google Photos, ulasan di Google Photos dan kandungan yang dicetak melalui Google Photos. Google Photos menyediakan storan dan penyusunan automatik foto dan video anda secara percuma. Dasar ini memainkan peranan penting dalam mengekalkan pengalaman positif untuk semua yang menggunakan produk Google.

Kami perlu mengekang penyalahgunaan yang mengancam keupayaan kami untuk menyediakan perkhidmatan ini, jadi kami menghendaki setiap orang mematuhi dasar di bawah bagi membantu kami mencapai matlamat ini. Setelah kami dimaklumi tentang kemungkinan pelanggaran dasar, kami mungkin menyemak kandungan itu dan mengambil tindakan, termasuk mengehadkan akses kepada kandungan, mengalih keluar kandungan, menolak daripada mencetak kandungan dan mengehadkan atau menamatkan akses pengguna kepada produk Google.

Kami boleh mengambil tindakan terhadap akaun yang melebihi had kuota storan. Contohnya, kami boleh menolak muat naik baharu, memampatkan kandungan yang sedia ada atau memadamkan kandungan jika anda melebihi kuota storan atau gagal mendapatkan storan tambahan yang mencukupi. Baca lebih lanjut tentang kuota storan di sini.

Apabila mengenakan dasar ini, kami mungkin membuat pengecualian berdasarkan pertimbangan pendidikan, dokumentari saintifik atau artistik, atau apabila terdapat manfaat lain yang cukup banyak kepada orang ramai daripada tidak mengambil tindakan ke atas kandungan itu.

Pastikan anda kembali untuk menyemak dasar ini dari semasa ke semasa kerana dasar mungkin berubah. Sila rujuk Syarat Perkhidmatan Google juga untuk mendapatkan maklumat lanjut. Harap maklum bahawa beberapa produk dan ciri mungkin mempunyai dasar dan syarat tambahan di luar dasar yang disenaraikan di bawah. Contohnya, foto profil Google tidak boleh menyertakan kandungan dewasa atau kandungan yang menyinggung perasaan, seperti foto punggung atau lurah dada yang diambil dari jarak dekat.

Laporkan Penyalahgunaan

Jika anda percaya bahawa seseorang melanggar dasar yang ditemukan di bawah, sila laporkan kepada kami menggunakan pautan “Laporkan Penyalahgunaan” (atau pautan dengan nama yang serupa). Ketahui lebih lanjut tentang melaporkan penyalahgunaan berhubung Google Photos dan tentang langkah tambahan yang boleh anda ambil untuk menyekat seseorang di Google Photos.

Untuk melaporkan pelanggaran hak cipta atau isu undang-undang yang lain, sila gunakan alat ini. Anda akan dibimbing melalui proses melaporkan kandungan yang anda percaya patut dialihkan keluar daripada perkhidmatan Google berdasarkan undang-undang yang bersesuaian.

Dasar Program

Perampasan Akaun
Jangan mengakses akaun pengguna lain tanpa kebenaran mereka. Kami akan mengambil tindakan yang sewajarnya jika kami diberitahu tentang perampasan akaun, termasuk melaporkan anda kepada pihak berkuasa yang berkenaan, mengalih keluar akses kepada sesetengah produk kami atau melumpuhkan Akaun Google anda.
Ketidakaktifan Akaun
Gunakan produk untuk kekal aktif. Aktiviti termasuk mengakses kandungan produk atau menyimpan kandungan baharu pada produk sekurang-kurangnya sekali setiap 2 tahun. Kami boleh mengambil tindakan terhadap akaun yang tidak aktif, termasuk memadamkan kandungan anda daripada produk. Baca lebih lanjut di sini.
Penderaan Seksual dan Eksploitasi Kanak-kanak

Jangan buat, muat naik atau edarkan kandungan yang mengeksploitasi atau mendera kanak-kanak. Ini termasuk semua bahan penderaan seksual kanak-kanak. Untuk melaporkan kandungan pada produk Google yang mungkin mengeksploitasi kanak-kanak, klik "Laporkan penyalahgunaan". Jika anda menemukan kandungan di tempat lain di Internet, sila hubungi agensi yang betul di negara anda secara langsung.

Secara umumnya, Google menghalang penggunaan produk kami untuk membahayakan kanak-kanak. Hal ini termasuk tetapi tidak terhad kepada tingkah laku pemangsa terhadap kanak-kanak seperti:

  • 'Antun seksual kanak-kanak' (contohnya berbaik-baik dengan kanak-kanak secara dalam talian untuk memudahkan hubungan seksual dan/atau bertukar-tukar imej seksual dengan kanak-kanak itu, secara dalam talian atau luar talian);

  • 'Pemerasan seksual' (contohnya, mengancam atau memeras ugut kanak-kanak menggunakan akses sebenar atau akses yang didakwa kepada imej kanak-kanak yang terlalu peribadi);

  • Penseksualan kanak-kanak bawah umur (contohnya, imej yang menggambarkan, mendorong atau menggalakkan penderaan seksual kanak-kanak atau penggambaran kanak-kanak dengan cara yang boleh mengakibatkan pengeksploitasian seksual kanak-kanak); dan

  • Pemerdagangan kanak-kanak (contohnya, pengiklanan atau pengumpanan kanak-kanak untuk eksploitasi seksual komersil).

Kami akan mengalih keluar kandungan seperti itu dan mengambil tindakan yang sewajarnya, termasuk melaporkan kepada National Center for Missing & Exploited Children, mengehadkan akses kepada ciri produk dan melumpuhkan akaun. Jika anda percaya bahawa terdapat kanak-kanak dalam bahaya atau yang telah mengalami penderaan, eksploitasi atau diperdagangkan, hubungi polis dengan segera. Jika anda sudah membuat laporan kepada polis dan masih memerlukan bantuan atau anda mempunyai kebimbangan bahawa terdapat kanak-kanak dalam bahaya pada produk kami, anda boleh melaporkan gelagat itu kepada Google.

Pemintasan
Jangan terlibat dalam tindakan yang bertujuan untuk memintasi dasar kami atau mensubversikan sekatan yang dikenakan pada akaun anda. Hal ini termasuk membuat atau menggunakan berbilang akaun atau kaedah lain yang bertujuan untuk melibatkan diri dalam tingkah laku yang telah dilarang sebelum ini.
Aktiviti Berbahaya dan Menyalahi Undang-undang
Jangan gunakan produk ini untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang menyalahi undang-undang atau untuk menggalakkan aktiviti, barangan, perkhidmatan atau maklumat yang boleh menyebabkan kemudaratan serius dan serta-merta kepada orang atau haiwan. Walaupun kami membenarkan maklumat umum untuk tujuan pendidikan, dokumentari, saintifik atau artistik tentang kandungan ini, kami menentukan batasnya apabila kandungan tersebut memberi mudarat dengan mudah atau menggalakkan aktiviti yang menyalahi undang-undang. Kami akan mengambil tindakan yang sewajarnya jika kami diberitahu tentang aktiviti yang menyalahi undang-undang, termasuk melaporkan anda kepada pihak berkuasa yang berkenaan, mengalih keluar akses kepada sesetengah produk kami atau melumpuhkan Akaun Google anda.
Gangguan, Pembulian dan Ancaman
Jangan mengganggu, membuli atau mengancam orang lain. Kami juga tidak membenarkan produk ini digunakan untuk melibatkan diri atau menghasut orang lain supaya terlibat dalam aktiviti ini. Ini termasuklah memilih seseorang bagi penyalahgunaan yang berniat jahat, mengancam seseorang dengan kecederaan serius, mengaitkan seseorang secara seksual melalui cara yang tidak diingini, mendedahkan maklumat peribadi orang lain yang boleh digunakan untuk membuat ancaman, meremeh-remehkan atau mengecil-ngecilkan sasaran keganasan atau tragedi, menghasut seseorang untuk melakukan aktiviti ini atau mengganggu seseorang dalam cara lain. Perlu diingat bahawa gangguan dalam talian menyalahi undang-undang di banyak tempat dan boleh membawa kesan yang serius di luar talian bagi pelaku dan juga mangsa. Kami akan mengambil tindakan yang sewajarnya jika kami diberitahu tentang aktiviti yang menyalahi undang-undang, termasuk melaporkan anda kepada pihak berkuasa yang berkenaan, mengalih keluar akses kepada sesetengah produk kami atau melumpuhkan Akaun Google anda.
Pertuturan Berunsur Kebencian
Jangan melibatkan diri dalam pertuturan berunsur kebencian. Pertuturan berunsur kebencian ialah kandungan yang menggalakkan atau mengizinkan keganasan terhadap atau mempunyai tujuan utama untuk menghasut kebencian terhadap individu atau kumpulan berdasarkan bangsa atau asal-usul etnik, agama, kecacatan, umur, kewarganegaraan, status veteran, orientasi seksual, jantina, identiti jantina atau apa-apa sifat lain yang dikaitkan dengan diskriminasi atau pemarginalan sistemik.
Penyamaran dan Salah Nyataan Identiti

Jangan menyamar sebagai orang atau organisasi atau membuat salah nyataan tentang diri anda. Ini termasuklah menyamar sebagai mana-mana individu atau organisasi yang tidak anda wakili; atau memberikan maklumat yang mengelirukan tentang identiti, kelayakan, pemilikan, tujuan, produk, perkhidmatan atau perniagaan pengguna/laman.

Ini juga termasuk kandungan atau akaun yang menyalahnyatakan atau menyembunyikan pemilikan atau tujuan utama mereka seperti salah nyataan atau sengaja menyembunyikan negara asal atau butiran penting lain tentang diri anda semasa mengarahkan kandungan tentang politik, isu sosial atau perkara yang melibatkan kepentingan awam kepada pengguna di negara selain negara anda. Kami membenarkan parodi, satira dan penggunaan nama samaran atau nama pena – cuma elakkan kandungan yang mungkin mengelirukan khalayak anda tentang identiti sebenar anda.

Perisian Hasad dan Kandungan Hasad yang Serupa
Jangan menghantar perisian hasad atau sebarang kandungan yang membahayakan atau mengganggu pengendalian rangkaian, pelayan, peranti pengguna akhir atau infrastruktur lain. Hal ini termasuk pengehosan, pembenaman atau penghantaran perisian hasad, virus, kod memusnah atau perisian atau kandungan serupa yang lain yang berbahaya atau tidak dikehendaki, secara langsung. Hal ini juga termasuk kandungan yang menghantar virus, menyebabkan pemaparan tetingkap timbul, percubaan memasang perisian tanpa kebenaran pengguna atau menjejaskan pengguna dengan kod hasad. Lihat Dasar Penyemakan Imbas Selamat untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Kandungan yang Mengelirukan

Jangan edarkan kandungan yang menipu, mengelirukan atau membingungkan pengguna. Ini termasuk:

Kandungan mengelirukan yang berkaitan dengan proses sivik dan demokratik: kandungan yang jelas palsu dan boleh menjejaskan penyertaan dengan ketara atau kepercayaan dalam proses sivik atau demokratik. Ini meliputi maklumat tentang prosedur undian awam, kelayakan calon politik berdasarkan umur / tempat lahir, keputusan pilihan atau penyertaan bancian yang bercanggah dengan rekod kerajaan rasmi. Ini juga meliputi tuntutan tidak betul bahawa tokoh politik atau pegawai kerajaan telah mati, terlibat dalam kemalangan atau sedang menderita sakit mengejut yang serius.

Kandungan mengelirukan yang berkaitan dengan amalan kesihatan yang berbahaya: kandungan kesihatan atau perubatan mengelirukan yang mempromosi atau menggalakkan orang lain untuk melibatkan diri dalam amalan yang boleh membawa kepada bahaya fizikal atau emosi yang serius kepada individu, atau bahaya kesihatan awam yang serius.

Media yang dimanipulasi: media yang telah dimanipulasi atau dipalsukan dengan cara yang mengelirukan pengguna dan boleh menimbulkan risiko serius terhadap bahaya yang sangat besar.

Kandungan yang mengelirukan mungkin dibenarkan dalam konteks pendidikan, dokumentari, saintifik atau artistik, tetapi sila beringat untuk menyediakan maklumat yang cukup bagi membantu orang ramai memahami konteks ini. Dalam sesetengah keadaan, tiada jumlah konteks yang akan membolehkan kandungan itu kekal di platform kami.

Imej Keadaan Intim Tanpa Persetujuan (NCII)
Jangan simpan atau edarkan imej atau video bogel, seks eksplisit atau intim peribadi tanpa persetujuan subjek. Jika seseorang telah menghantar imej atau video bogel, seks eksplisit atau intim peribadi anda, serahkan laporan melalui borang ini.
Maklumat Sulit dan Peribadi
Jangan simpan atau edarkan maklumat peribadi atau sulit orang lain tanpa kebenaran. Ini termasuk penggunaan maklumat sensitif, seperti nombor Keselamatan Sosial A.S., nombor akaun bank, nombor kad kredit, imej tandatangan dan dokumen kesihatan peribadi. Dalam kebanyakan keadaan, kami secara umumnya tidak memproses tindakan penguatkuasaan sekiranya maklumat ini tersedia di tempat lain di Internet atau dalam rekod awam, seperti nombor ID kebangsaan yang disenaraikan di laman web kerajaan.
Pancingan Data
Jangan gunakan produk ini untuk pancingan data. Hal ini termasuk mengumpan atau mengumpulkan data sensitif seperti kata laluan, butiran kewangan dan nombor keselamatan sosial.
Barangan dan Perkhidmatan Terkawal
Jangan menjual, mengiklankan atau memudahkan penjualan barangan dan perkhidmatan terkawal. Barangan dan perkhidmatan terkawal termasuk arak, perjudian, farmaseutikal, makanan tambahan yang tidak diluluskan, tembakau, bunga api, senjata atau peranti kesihatan/perubatan.
Kandungan Seksual Eksplisit
Jangan mengedarkan kandungan yang terdapat bahan seks eksplisit, seperti kebogelan, aksi seks yang grafik serta bahan pornografi. Hal ini termasuk menghalakan trafik ke laman pornografi komersil. Kami membenarkan kebogelan untuk tujuan pendidikan, dokumentari, saintifik atau artistik.
Spam
Jangan menghantar spam. Hal ini mungkin termasuk kandungan promosi atau komersil yang tidak dikehendaki, kandungan tidak dikehendaki yang dibuat oleh atur cara automatik, kandungan berulang yang tidak dikehendaki, kandungan karut atau apa-apa pengumpanan yang dibuat secara besar-besaran.
Gangguan dan Penyalahgunaan Sistem
Jangan menyalahgunakan produk ini dan jangan merosakkan, merendahkan atau menjejaskan secara negatif pengendalian rangkaian, peranti atau infrastruktur lain Google atau pihak lain. Hal ini termasuk merendahkan, melumpuhkan atau mengganggu secara negatif mana-mana aspek produk atau perkhidmatannya. Kami boleh mengambil tindakan yang sewajarnya jika kami diberitahu tentang gangguan dan penyalahgunaan sistem, termasuk melaporkan anda kepada pihak berkuasa yang berkenaan, mengalih keluar akses kepada sesetengah produk kami atau melumpuhkan Akaun Google anda.
Organisasi dan Gerakan Ganas

Organisasi dan gerakan bukan kerajaan yang diketahui ganas tidak dibenarkan untuk menggunakan produk ini untuk sebarang tujuan. Jangan edarkan kandungan yang memudahkan atau menggalakkan aktiviti kumpulan ini, seperti merekrut, menyelaras aktiviti dalam dan luar talian, berkongsi manual atau bahan lain yang boleh memudahkan kemudaratan, mempromosikan ideologi organisasi ganas bukan kerajaan, mempromosikan tindakan pengganas, menghasut keganasan atau meraikan serangan oleh organisasi ganas bukan kerajaan. Bergantung pada kandungan, kami juga mungkin mengambil tindakan terhadap pengguna. Kandungan yang berkaitan dengan organisasi ganas bukan kerajaan mungkin dibenarkan dalam konteks pendidikan, dokumentari, saintifik atau artistik, tetapi sila berikan maklumat yang mencukupi bagi membantu orang ramai memahami konteksnya.

Imej Kanak-kanak Bawah Umur yang Tidak Dibenarkan
Jangan simpan atau edarkan imej kanak-kanak bawah umur tanpa persetujuan yang jelas daripada ibu bapa, penjaga atau wakil sah kanak-kanak itu. Jika seseorang telah menyimpan atau mengedarkan imej kanak-kanak bawah umur tanpa kebenaran yang diperlukan, sila laporkan kepada kami di sini.
Keganasan dan Kengerian
Jangan simpan atau edarkan kandungan ganas atau ngeri yang melibatkan orang atau haiwan sebenar jika tujuan utamanya hanyalah untuk membuat kejutan, kegemparan atau tujuan yang tidak sepatutnya. Ini termasuklah bahan yang sangat grafik, seperti pemotongan anggota badan atau bahan visual mayat dicacatkan yang dirakam dari jarak dekat dan bahan grafik, seperti kandungan yang memaparkan jumlah darah yang banyak. Kandungan mungkin dibenarkan dalam konteks pendidikan, dokumentari, saintifik atau artistik, tetapi sila berikan maklumat yang mencukupi bagi membantu orang ramai memahami konteksnya. Dalam sesetengah keadaan, kandungan mungkin tersangat ganas atau mengejutkan sehingga tiada konteks yang akan membolehkan kandungan itu kekal di platform kami. Akhir sekali, jangan menggalakkan orang lain melakukan tindakan keganasan tertentu.

Dasar Tambahan

Pengedaran Kandungan
Google Photos membenarkan anda menyimpan, berkongsi dan menstrim kandungan video, tetapi tidak seharusnya digunakan untuk pengedaran kandungan secara meluas. Untuk penstriman awam besar-besaran, YouTube ialah medium yang lebih sesuai. Google Photos akan mengehadkan penggunaan sekiranya digunakan untuk penstriman awam besar-besaran. Pelanggaran berulang mungkin mengakibatkan tindakan tambahan dikenakan, termasuk penamatan akaun atau keupayaan anda untuk menggunakan Google Photos.
Kandungan Produk Bercetak

Semua imej dalam produk bercetak hendaklah mematuhi peraturan undang-undang dan dasar kandungan. Oleh sebab itu, kami tidak membenarkan jenis imej tertentu dicetak dalam produk kami. Kami tidak akan mencetak sebarang produk yang mengandungi imej yang melanggar dasar berikut.

Harap maklum bahawa sebarang kandungan yang diserahkan untuk dicetak dalam produk mungkin disemak untuk menentukan sama ada kandungan itu melanggar dasar ini.

Aktiviti Berbahaya dan Menyalahi Undang-undang

Kami tidak akan mencetak kandungan yang merupakan aktiviti menyalahi undang-undang atau yang menggalakkan aktiviti, barangan, perkhidmatan atau maklumat yang menyebabkan kemudaratan serius dan serta-merta kepada orang atau haiwan. Walaupun kami membenarkan maklumat umum untuk tujuan pendidikan, dokumentari, saintifik atau artistik, kami menentukan batasnya apabila kandungan tersebut memberi mudarat dengan mudah atau menggalakkan aktiviti yang menyalahi undang-undang.

Berikut ialah contoh perkara yang kami tidak benarkan dalam produk bercetak:

  • Imej yang melanggar hak undang-undang orang lain, termasuk hak cipta
  • Imej yang menggambarkan atau menyertakan arahan tentang tindakan yang berbahaya atau menyalahi undang-undang.

Gangguan, Pembulian dan Ancaman

Kami tidak akan mencetak kandungan yang mengganggu, membuli atau mengancam orang lain. Kami juga tidak akan mencetak kandungan yang melibatkan atau menghasut orang lain dalam aktiviti ini. Ini termasuklah memilih seseorang bagi penyalahgunaan yang berniat jahat, mengancam seseorang dengan kecederaan serius, mengaitkan seseorang secara seksual melalui cara yang tidak diingini, mendedahkan maklumat peribadi orang lain yang boleh digunakan untuk membuat ancaman, meremeh-remehkan atau mengecil-ngecilkan sasaran keganasan atau tragedi, menghasut seseorang untuk melakukan aktiviti ini atau mengganggu seseorang dalam cara lain. Kami akan mengambil tindakan yang sewajarnya jika kami diberitahu tentang aktiviti yang menyalahi undang-undang, termasuk melaporkan anda kepada pihak berkuasa yang berkenaan, mengalih keluar akses kepada sesetengah produk kami atau melumpuhkan Akaun Google anda.

Berikut ialah contoh perkara yang kami tidak benarkan dalam produk bercetak:

  • Kandungan yang mengganggu, mengugut atau membuli individu atau kumpulan individu

Pertuturan Berunsur Kebencian

Kami tidak akan mencetak pertuturan berunsur kebencian. Pertuturan berunsur kebencian ialah kandungan yang menggalakkan atau mengizinkan keganasan terhadap atau mempunyai tujuan utama untuk menghasut kebencian terhadap individu atau kumpulan berdasarkan bangsa atau asal-usul etnik, agama, kecacatan, umur, kewarganegaraan, status veteran, orientasi seksual, jantina, identiti jantina atau apa-apa sifat lain yang dikaitkan dengan diskriminasi atau pemarginalan sistemik.

Berikut ialah contoh perkara yang kami tidak benarkan dalam produk bercetak:

  • Kandungan yang menghasut kebencian terhadap individu atau kumpulan berdasarkan bangsa atau asal etnik, agama, kecacatan, umur, kewarganegaraan, status veteran, orientasi seksual, jantina, identiti jantina atau sifat lain yang dikaitkan dengan diskriminasi atau pemarginalan sistemik.

Kandungan Seksual Eksplisit

Kami tidak akan mencetak kandungan yang terdapat bahan seksual eksplisit. Kebogelan untuk tujuan pendidikan, dokumentari, saintifik atau artistik dan kebogelan bukan seksual mungkin dibenarkan. Kami sama sekali tidak membenarkan kandungan yang mengeksploitasi kanak-kanak secara seksual.

Berikut ialah contoh perkara yang kami tidak benarkan dalam produk bercetak:

  • Imej yang mengandungi aksi seks grafik yang bertujuan untuk membangkitkan nafsu, termasuk gambaran alat kelamin, pornografi atau ilustrasi
  • Kandungan yang mempromosikan tema seks bawah umur, seks bukan sepersetujuan atau tema seksual haram yang lain, sama ada secara simulasi atau sebenar
  • Kandungan yang menggalakkan eksploitasi seksual kanak-kanak bawah umur

Organisasi dan Gerakan Ganas

Organisasi dan gerakan bukan kerajaan yang diketahui ganas tidak dibenarkan untuk menggunakan produk ini untuk sebarang tujuan. Jangan edarkan kandungan yang memudahkan atau menggalakkan aktiviti kumpulan ini, seperti merekrut, menyelaras aktiviti dalam dan luar talian, berkongsi manual atau bahan lain yang boleh memudahkan kemudaratan, mempromosikan ideologi organisasi ganas bukan kerajaan, mempromosikan tindakan pengganas, menghasut keganasan atau meraikan serangan oleh organisasi ganas bukan kerajaan. Bergantung pada kandungan, kami juga mungkin mengambil tindakan terhadap pengguna. Kandungan yang berkaitan dengan organisasi ganas bukan kerajaan mungkin dibenarkan dalam konteks pendidikan, dokumentari, saintifik atau artistik, tetapi sila berikan maklumat yang mencukupi bagi membantu orang ramai memahami konteksnya.

Keganasan dan Kengerian

Kami tidak akan mencetak kandungan ganas atau ngeri yang melibatkan orang atau haiwan sebenar jika tujuan utamanya hanyalah untuk membuat kejutan, kegemparan atau tujuan yang tidak sepatutnya. Ini termasuklah bahan yang sangat grafik, seperti pemotongan anggota badan atau bahan visual mayat dicacatkan yang dirakam dari jarak dekat dan bahan grafik, seperti kandungan yang memaparkan jumlah darah yang banyak. Kami mungkin mencetak kandungan yang digunakan dalam konteks pendidikan, dokumentari, saintifik atau artistik. Dalam sesetengah keadaan, kandungan mungkin tersangat ganas atau mengejutkan sehingga tiada konteks yang akan membolehkan kandungan itu dicetak. Akhir sekali, kami tidak akan mencetak kandungan yang menggalakkan orang lain melakukan tindakan ganas yang khusus.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
8987823427985811365
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
105394
false
false