Bermula dengan Google Photos

Apabila anda menyandarkan foto dan video pada Akaun Google anda secara automatik, anda dapat menemukan foto dan video itu pada mana-mana peranti. Ketahui cara menyandarkan foto dan video.

Langkah 1: Buka Photos

Pergi ke Google Photos. Jika anda belum log masuk ke Akaun Google, klik Pergi ke Google Photos dan log masuk.

Langkah 2: Cari foto anda

Apabila anda membuka Google Photos, anda dapat menemukan semua foto dan video yang disandarkan pada Akaun Google anda. Ketahui lebih lanjut tentang penyandaran foto dan video.

  • Tatal untuk melihat semua foto anda.
  • Di sebelah kiri, anda dapat menemukan cara untuk menavigasi dan melakukan pelbagai perkara dengan foto anda.

Cari foto kenangan yang tidak dapat dilupakan

Fikirkan foto kenangan yang tidak dapat dilupakan, yang disandarkan pada Akaun Google anda. Cuba ingati sesuatu dalam foto tersebut, seperti kucing, pantai atau lokasi.

  1. Di dalam bar Carian di sebelah atas, masukkan nama sesuatu yang terdapat dalam foto tersebut, seperti "pantai", "kucing" atau "Paris".
  2. Tekan kekunci enter dan anda akan menemukan foto yang sepadan dengan carian anda.

Ketahui cara mencari item dalam foto anda.

Tetapan data aktiviti

Peribadikan pengalaman Photos anda dengan lebih lanjut

Tetapan pemeribadian berdasarkan aktiviti membolehkan Google Photos menunjukkan kepada anda lebih banyak kenangan diperibadikan berdasarkan cara anda berikteraksi dengan ciri dalam Photos. Photos menggunakan maklumat seperti jenis kenangan yang anda lihat atau langkau untuk memeribadikan pengalaman Photos anda dengan lebih lanjut.

Tetapan ini dihidupkan secara lalai dan anda boleh mematikan tetapan ini pada bila-bila masa. Jika tetapan dimatikan, anda masih dapat mengakses semua foto dan video anda serta dapat menikmati manfaat ciri merentas Photos tetapi anda tidak akan menerima pemeribadian tambahan berdasarkan aktiviti anda.

Untuk menghidupkan atau mematikan tetapan ini:

  1. Lawati photos.google.com pada komputer anda.
  2. Pada bahagian atas, klik Tetapan .
  3. Hidupkan atau matikan Pemeribadian berdasarkan aktiviti .

Petua: Jika anda mematikan Pemeribadian berdasarkan aktiviti, data aktiviti anda yang digunakan untuk memeribadikan pengalaman anda dengan lebih lanjut akan dipadamkan. Tindakan ini tidak memadamkan sebarang kandungan seperti foto atau video, atau menjejaskan akses anda kepada ciri Google Photos sedia ada seperti kenangan dan ciptaan.

Ketahui tentang ciri baharu dalam Google Photos

Ciri baharu dilancarkan secara berperingkat. Jika anda tidak menemukan ciri baharu, semak semula dalam masa beberapa minggu akan datang. Jika anda masih tidak menemukan satu-satu ciri, ciri tersebut mungkin tidak tersedia di negara atau rantau anda pada masa ini.

Petua: Jika anda masih tidak dapat menemukan ciri baharu atau mahu memberitahu kami pendapat anda tentang ciri Photos, anda boleh menghantar maklum balas kepada kami. Dukacita dimaklumkan bahawa kami tidak dapat memberikan balasan khusus kepada maklum balas. Jika anda mempunyai masalah yang lebih serius atau perlu melaporkan penyalahgunaan, ketahui cara menyekat & melaporkan dalam Google Photos.

Sumber berkaitan

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
11722613468740623207
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
105394
false
false