Sahkan identiti atau maklumat pembayaran anda

Untuk aktiviti Google Account yang tertentu, seperti pendaftaran untuk produk atau perkhidmatan Google, transaksi atau perubahan kaedah pembayaran, anda mungkin perlu mengesahkan identiti atau pemilikan anda bagi kaedah pembayaran yang digunakan.
Petua: Untuk mengesahkan identiti anda pada apl Google Pay, ikut arahan ini.

Perihal pengesahan

Sebab kami meminta pengesahan
  • Untuk mengesahkan bahawa maklumat anda adalah betul apabila anda mengakses kandungan tertentu.
  • Untuk mengesahkan identiti anda apabila anda melengkapkan transaksi dengan Google.
  • Kami menemukan aktiviti atau transaksi yang luar biasa.
  • Kami memerlukan lebih banyak maklumat atas sebab undang-undang atau peraturan.

Penting: Jika kami meminta anda mengesahkan akaun, transaksi yang belum selesai akan dibatalkan. Caj belum selesai pada penyata bank anda akan hilang dalam masa 14 hari perniagaan.

Maklumat yang mungkin diminta daripada anda

Untuk melengkapkan pengesahan, anda mungkin diminta untuk mengesahkan setiap kaedah pembayaran. Untuk berbuat sedemikian, anda boleh meminta kod pengesahan.

Anda juga mungkin diminta untuk menyediakan:

  • Nama sah
  • Nama yang digunakan pada Profil pembayaran anda
  • Alamat
  • Tarikh lahir
  • Imej ID yang dikeluarkan kerajaan anda
  • Bukti alamat
  • Imej kaedah pembayaran anda
Cara kami menggunakan maklumat anda

Google menggunakan maklumat yang anda berikan untuk:

  • Mengesahkan identiti atau kaedah pembayaran anda.
  • Melindungi anda daripada penipuan dan penyalahgunaan.
  • Menambah baik perkhidmatan pengesahan bagi produk Google.

Maklumat anda yang disahkan, seperti nama dan alamat, disimpan dalam Google Account anda. Anda boleh mengurus maklumat anda yang disahkan pada payments.google.com.

Jika berkenaan, maklumat yang anda serahkan akan dikendalikan menurut Dasar Privasi Google dan Notis Privasi Google Payments.

Cara melengkapkan pengesahan

Untuk mengesahkan maklumat anda, anda mungkin perlu menyerahkan dokumen atau meminta kod. Sesetengah kaedah pengesahan mungkin tidak tersedia berdasarkan produk atau aktiviti yang mahu anda lengkapkan.

  1. Akses payments.google.com.
  2. Log masuk ke akaun anda.
  3. Pada bahagian atas sebelah kanan, klik Makluman AlertkemudianSahkan.
  4. Bersebelahan kad yang perlu disahkan, klik Sahkan.
  5. Ikut arahan pada skrin untuk kaedah pengesahan anda.
  6. Ulang langkah di atas untuk setiap kaedah pembayaran yang perlu disahkan.

Kaedah pengesahan

Untuk melengkapkan pengesahan, anda akan diminta untuk menggunakan salah satu kaedah yang berikut.

Minta kod pengesahan
  1. Klik Dapatkan kod.
  2. Akses laman web pengeluar kaedah pembayaran anda dan log masuk ke akaun anda.
  3. Pada sejarah transaksi anda, temukan caj sementara yang berjumlah kurang daripada $1.95 USD dengan butiran “GOOGLE”. Kod pengesahan ialah 6 digit terakhir.
    • Jumlah caj sementara berbeza-beza mengikut jenis mata wang.
    • Anda sepatutnya menerima kod tersebut dengan serta-merta tetapi proses ini mungkin mengambil masa hingga 7 hari.
    • Petua: Caj atau penahanan pada akaun anda adalah sementara. Caj akan dibayar balik dalam masa 30 hari.
  4. Masukkan kod 6 digit.
  5. Klik Sahkan.
Muat naik dokumen

Penting:

  • Maklumat yang anda muat naik untuk proses ini digunakan hanya untuk tujuan pengenalan dan dikendalikan menurut keperluan peraturan tempatan.
  • Kaedah muat naik dokumen tidak tersedia untuk pengesahan pembelian pada YouTube dan Google Store.

Untuk mengesahkan identiti atau kaedah pembayaran anda, temukan permintaan pengesahan. Untuk menemukan senarai dokumen dan arahan yang diterima, gunakan pautan dalam permintaan pengesahan.

Pastikan dokumen anda:

  • Menggunakan nama penuh yang sama dalam semua dokumen yang diserahkan.
  • Telah dikemaskinikan dan belum tamat tempoh.
  • Dapat dibaca.

Pastikan imej yang anda muat naik:

  • Merupakan imej dokumen dan bukan imej lain
  • Dapat dibaca
  • Berwarna, bukan hitam dan putih
  • Tidak kabur, tanpa silau atau cahaya malap
  • Menunjukkan semua 4 penjuru dokumen penuh

Jika anda menyunting maklumat daripada dokumen:

  • Untuk penyata bank, sunting:
    • Nombor akaun penuh supaya hanya 4 digit terakhir kelihatan
    • Sebarang baki atau transaksi akaun. Baki dan transaksi akaun tidak diperlukan untuk tujuan pengesahan
  • Untuk menyunting, anda boleh melukis kotak gelap untuk menutup maklumat sensitif sebelum maklumat tersebut dimuat naik.

Petua:

  • Pastikan nama, alamat dan maklumat pembayaran anda adalah yang terkini pada payments.google.com.
  • Selepas menyerahkan dokumen anda, pengesahan mungkin mengambil masa beberapa hari.

Sahkan dengan penyata bank (Pembangun Play sahaja)

Di negara atau rantau tertentu, Pembangun Google Play mungkin perlu mengesahkan kaedah pembayaran mereka dengan penyata bank. Penyata bank yang anda muat naik tidak boleh bertarikh lebih daripada 180 hari.

  1. Log masuk ke payments.google.com.
  2. Klik Langganan & Perkhidmatan.
  3. Dalam bahagian "Apl Google Play”, klik Urus.
  4. Dalam bahagian “Cara anda dibayar”, klik Tambahkan kaedah pembayaran.
  5. Cari akaun bank yang anda tambahkan sebagai kaedah pembayaran anda untuk pembayaran.
  6. Klik Sahkan.
  7. Muat naik salinan penyata bank anda. Anda boleh memuat naik imej atau fail PDF.
    • Sunting maklumat sensitif daripada penyata bank tetapi pastikan maklumat yang berikut kelihatan jelas:
      • 4 digit terakhir nombor akaun bank
      • Butiran lengkap nombor pembayaran, kod bank, kod IFSC, kod isih, kod SWIFT atau ID yang serupa.
      • Bergantung pada lokasi semasa anda, Kod Pengenalan Bank mungkin memiliki nama lain.

Selepas anda menyerahkan penyata bank anda, pengesahan mungkin mengambil masa selama beberapa hari.

Betulkan masalah pengesahan

Selesaikan masalah kod pengesahan & penahanan sementara

Ketahui cara menyelesaikan masalah apabila anda cuba untuk mengesahkan kaedah pembayaran dengan kod pengesahan..

Selesaikan masalah pengesahan dokumen

Untuk menyelesaikan masalah ini:

  • Jika anda menerima e-mel atau mendapat mesej ralat: Ikut arahan dalam mesej tersebut.
  • Jika anda memerlukan bantuan daripada pasukan kami untuk membantu anda menyelesaikan masalah tersebut: Kami akan menghubungi anda selepas menyemak maklumat anda.

Pengesahan gagal

Jika pengesahan anda gagal, anda akan menerima e-mel selepas keputusan dibuat. Untuk membuat rayuan, ikut arahan dalam e-mel.

Perlukan bantuan lanjut?

Cuba langkah seterusnya ini:

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
1477342996761829092
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
5150109
false
false