Syarat Perkhidmatan Google untuk Organisasi Bukan Untung

Dengan mengklik butang “Serah” dalam proses pendaftaran bagi Google untuk Organisasi Bukan Untung, anda bersetuju bagi pihak diri dan organisasi anda untuk menerima terma dan syarat berikut (“Terma G4NP”), selain Syarat Perkhidmatan Google dan Dasar Privasi Google (bersama-sama, “Syarat Bersama”). Syarat G4NP berkuat kuasa mulai hari anda mengklik butang “Serah”.  Jika anda tiada kuasa sah untuk mengikat organisasi anda, jangan klik butang “Serah”. Jika terdapat percanggahan antara Syarat G4NP dengan Syarat Perkhidmatan Google atau Dasar Privasi Google, Syarat G4NP akan digunakan. 


1. Pendaftaran dan Syarat untuk Produk yang Ditawarkan oleh G4NP 
1.1 Syarat Bersama mengawal permohonan dan penggunaan platform serta program Google untuk Organisasi Bukan Untung (“Program G4NP”) anda dan organisasi anda. Penerimaan ke dalam Program G4NP tidak semestinya membolehkan anda atau organisasi anda menggunakan produk Google yang ditawarkan melalui Program G4NP tanpa mengambil langkah tambahan untuk mendaftar dalam produk tersebut, termasuk bersetuju menerima syarat perkhidmatan khusus produk yang berasingan. 


2. Jaminan Anda
2.1 Anda mewakili dan memberi jaminan bahawa:
2.1.1 Maklumat yang diserahkan dalam permohonan Google untuk Organisasi Bukan Untung organisasi anda adalah benar dan betul. 
2.1.2 Organisasi anda tidak mendiskriminasi mana-mana orang atau kumpulan orang, sama ada dalam amalan pengambilan pekerja/penggajian atau dalam pemberian program dan perkhidmatan, termasuk berdasarkan orientasi seksual atau identiti jantina.
2.1.3 Organisasi anda boleh menggunakan Program G4NP di bawah dasarnya sendiri dan undang-undang serta peraturan yang bersesuaian, dan penggunaan Program G4NP oleh organisasi anda tidak akan memberikan kesan negatif kepada keupayaan semasa atau akan datang Google untuk menjalankan perniagaan dengan organisasi anda.
2.1.4 Anda dan organisasi anda akan mematuhi semua undang-undang yang bersesuaian, termasuk semua undang-undang eksport dan program sekatan perdagangan yang bersesuaian, dan semua undang-undang antirasuah atau antisogokan, berhubung penggunaan Program G4NP olehnya, dan Program G4NP tidak akan digunakan untuk (i) mempengaruhi mana-mana pegawai kerajaan secara menyeleweng untuk mendapatkan atau mengekalkan perniagaan atau apa-apa kelebihan yang tidak wajar, (ii) mendapatkan atau mengekalkan perniagaan, (iii) menyebabkan pegawai kerajaan melakukan atau tidak melakukan sesuatu atas kapasiti rasmi mereka atau (iv) untuk mendapatkan apa-apa kelebihan yang tidak wajar. 


3. Penetapan Pentadbir Akaun dan Privasi
3.1 Jika permohonan organisasi anda diluluskan, anda akan menjadi pentadbir bagi akaun Program G4NP organisasi anda. Jika anda meluluskan pengguna lain untuk menjadi pentadbir akaun organisasi anda, mereka akan mempunyai hak yang sama dengan hak anda untuk mengawal akaun organisasi anda, termasuk keupayaan untuk mengalih keluar anda sebagai pentadbir.
3.2 Anda bersetuju pentadbir lain bagi akaun organisasi anda melihat nama anda dan butiran tindakan pentadbiran anda, termasuk, pengalihan keluar pentadbir, penolakan pengguna yang memohon untuk menjadi pentadbir serta permohonan bagi produk Google untuk Organisasi Bukan Untung.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
3817848707622422576
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
false
false