Dasar Penggunaan Boleh Terima Google Meet

 

Terakhir dikemaskinikan: 11 September 2025.

Dasar dan penguatkuasaan program tentang penyalahgunaan

Dasar kandungan yang disenaraikan di bawah memainkan peranan penting untuk mengekalkan pengalaman yang positif untuk pengguna kami. Kami perlu mengekang penyalahgunaan yang mengancam keupayaan kami untuk menyediakan perkhidmatan ini dan kami meminta semua orang mematuhi dasar di bawah bagi membantu kami mencapai matlamat ini.

Dasar ini terpakai untuk Google Meet (“Meet”). Apabila menggunakan dasar ini, kami mungkin membuat pengecualian berdasarkan pertimbangan pendidikan, dokumentari, saintifik atau artistik atau apabila terdapat manfaat lain yang cukup banyak kepada pengguna perkhidmatan. Pastikan anda menyemak semula dari semasa ke semasa kerana dasar ini mungkin berubah. Sila rujuk Syarat Perkhidmatan Google juga untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Laporkan Penyalahgunaan

Jika anda percaya bahawa seseorang melanggar dasar yang terdapat di bawah, sila laporkan penyalahgunaan.

Google mungkin melumpuhkan keupayaan anda untuk menggunakan Meet atau melumpuhkan akaun yang didapati melanggar dasar ini. Jika perkhidmatan anda digantung atau akaun anda dilumpuhkan dan anda percaya hal ini merupakan satu kesilapan, sila ikut arahan pada halaman ini.

Dasar Program

Keselamatan Kanak-kanak

Jangan gunakan Meet untuk membuat, memuat naik atau mengedarkan kandungan yang mengeksploitasi atau mendera kanak-kanak. Hal ini termasuk semua bahan penderaan seksual kanak-kanak.

Secara umumnya, Meet melarang penggunaan produk kami untuk membahayakan kanak-kanak. Hal ini termasuk tetapi tidak terhad kepada tingkah laku pemangsa terhadap kanak-kanak seperti:

  • ‘Antun seksual kanak-kanak’ (sebagai contoh, berbaik-baik dengan kanak-kanak dalam talian untuk memudahkan hubungan seksual dan/atau bertukar-tukar imejan seksual dengan kanak-kanak itu, secara dalam talian atau luar talian);
  • ‘Pemerasan seksual’ (contohnya, mengancam atau memeras ugut kanak-kanak menggunakan akses sebenar atau akses yang didakwa kepada imej kanak-kanak yang terlalu peribadi);
  • Penseksualan kanak-kanak bawah umur (contohnya, imej yang menggambarkan, mendorong atau menggalakkan penderaan seksual kanak-kanak atau penggambaran kanak-kanak dengan cara yang boleh mengakibatkan eksploitasi seksual terhadap kanak-kanak); dan
  • Pemerdagangan kanak-kanak (contohnya, pengiklanan atau pengumpanan kanak-kanak untuk eksploitasi seksual komersial).

Kami akan mengambil tindakan yang sewajarnya, yang mungkin termasuk pelaporan kepada National Center for Missing & Exploited Children (Pusat Kebangsaan untuk Kanak-kanak Hilang & Dieksploitasi), pengehadan akses kepada ciri produk dan pelumpuhan akaun. Jika anda percaya terdapat kanak-kanak dalam bahaya atau yang telah mengalami penderaan, eksploitasi atau diperdagangkan, hubungi polis dengan segera.

Pemintasan

Jangan terlibat dalam tindakan yang bertujuan untuk memintasi dasar kami atau mensubversikan sekatan yang dikenakan pada akaun anda. Hal ini termasuk membuat atau menggunakan berbilang akaun atau kaedah lain yang bertujuan untuk melibatkan diri dalam tingkah laku yang telah dilarang sebelum ini.

Aktiviti Berbahaya & Menyalahi Undang-undang

Jangan gunakan Meet untuk menggalakkan, mengatur atau melibatkan diri dalam aktiviti yang menyalahi undang-undang atau aktiviti yang mengakibatkan kecederaan fizikal yang serius dan serta-merta kepada orang atau haiwan.

Amalan yang Menipu, Penipuan & Komplot

Jangan menipu, memperdaya atau mengelirukan pengguna untuk menjana keuntungan kewangan atau membahayakan secara peribadi. Hal ini termasuk menyediakan arahan, merekrut atau memudahkan komplot dan penipuan. Kandungan berbentuk penipuan termasuk tetapi tidak terhad kepada ulasan palsu, skim "cepat kaya", yuran pendahuluan, penipuan percintaan, cabutan bertuah dan komplot pelaburan.

Gangguan, Pembulian & Ancaman

Jangan ganggu, buli atau ancam orang lain. Kami juga tidak membenarkan produk ini digunakan untuk melibatkan atau menghasut orang lain supaya terlibat dalam aktiviti ini. Jangan lupa bahawa gangguan dalam talian menyalahi undang-undang di banyak tempat dan boleh menimbulkan akibat yang buruk di luar talian kepada orang yang mengganggu dan mangsanya. Kami mungkin mengambil tindakan sewajarnya jika kami diberitahu tentang ancaman kecederaan atau keadaan berbahaya yang lain, yang mungkin termasuk melaporkan anda kepada pihak berkuasa berkenaan.

Pertuturan Berunsur Kebencian

Jangan melibatkan diri dalam pertuturan berunsur kebencian. Pertuturan berunsur kebencian ialah kandungan yang menggalakkan atau membiarkan keganasan berlaku terhadap atau mengandungi tujuan utama untuk menghasut kebencian terhadap individu atau kumpulan berdasarkan bangsa atau asal-usul etnik, agama, kecacatan, umur, kewarganegaraan, status veteran, orientasi seksual, jantina, identiti jantina mereka atau apa-apa sifat lain yang dikaitkan dengan diskriminasi atau pemarginalan sistemik.

Penyamaran & Salah Nyataan Identiti

Jangan menyamar sebagai orang atau organisasi atau membuat salah nyataan tentang diri anda. Hal ini termasuk menyamar sebagai mana-mana individu atau organisasi yang tidak anda wakili; atau memberikan maklumat yang mengelirukan tentang identiti, kelayakan, pemilikan, tujuan, produk, perkhidmatan atau perniagaan pengguna/laman.

Hal ini juga termasuk kandungan atau akaun yang memberikan salah nyataan atau menyembunyikan pemilikan atau tujuan utama mereka seperti memberikan salah nyataan atau sengaja menyembunyikan negara asal atau butiran penting lain tentang diri anda apabila mengarahkan kandungan berkaitan politik, masalah sosial atau perkara yang melibatkan kepentingan awam kepada pengguna di negara selain negara anda. Kami membenarkan parodi, satira dan penggunaan nama samaran atau nama pena—cuma elakkan kandungan yang mungkin mengelirukan khalayak tentang identiti sebenar anda.

Perisian Hasad & Kandungan Berhasad Yang Serupa

Jangan menghantar perisian hasad atau sebarang kandungan yang membahayakan atau mengganggu pengendalian rangkaian, pelayan, peranti pengguna akhir atau infrastruktur lain. Hal ini termasuk pengehosan, pembenaman atau penghantaran perisian hasad, virus, kod memusnah atau perisian atau kandungan serupa yang lain yang berbahaya atau tidak dikehendaki, secara langsung. Hal ini juga termasuk kandungan yang menghantar virus, menyebabkan pemaparan tetingkap timbul, percubaan memasang perisian tanpa kebenaran pengguna, atau juga menjejaskan pengguna dengan kod hasad. Lihat Dasar Penyemakan Imbas Selamat untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Imej Keadaan Intim Tanpa Persetujuan & Pemerasan Seksual

Jangan simpan atau edarkan imej atau video bogel, berunsur seks yang eksplisit atau intim peribadi tanpa persetujuan subjek. Jika seseorang telah menghantar imej atau video kebogelan, berunsur seks yang eksplisit atau intim peribadi berkaitan diri anda, sila laporkan perbuatan itu kepada kami di sini.

Jangan mengugut untuk mendedahkan atau menyebarkan kandungan eksplisit, intim atau memalukan yang berunsur seks melibatkan individu lain tanpa persetujuan.

Jangan memaksa (menggunakan kuasa, pengaruh atau tekanan), menggalakkan atau meminta keuntungan kewangan atau kandungan seks yang lain daripada individu melalui ugutan untuk menyebarkan kandungan eksplisit, intim atau memalukan yang berunsur seks yang berkaitan dengan mereka.

Maklumat Sulit dan Peribadi

Jangan berkongsi atau mengedarkan maklumat peribadi atau sulit orang lain tanpa keizinan. ​Hal ini termasuk penggunaan maklumat sensitif, seperti nombor Keselamatan Sosial A.S., nombor akaun bank, nombor kad kredit, imej tandatangan dan dokumen kesihatan peribadi. Dalam kebanyakan keadaan, kami secara umumnya tidak memproses tindakan penguatkuasaan sekiranya maklumat ini tersedia di tempat lain pada Internet atau dalam rekod awam, seperti nombor ID kebangsaan yang disenaraikan pada laman web kerajaan.

Pancingan Data

Jangan gunakan produk ini untuk pancingan data. Hal ini termasuk mengumpan atau mengumpulkan data sensitif seperti kata laluan, butiran kewangan dan nombor keselamatan sosial.

Barangan & Perkhidmatan Terkawal

​Jangan jual, iklankan atau mudahkan penjualan barangan dan perkhidmatan terkawal. Barangan dan perkhidmatan terkawal termasuk arak, perjudian, farmaseutikal, makanan tambahan yang tidak diluluskan, tembakau, bunga api, senjata atau peranti kesihatan/perubatan.

Kandungan Seksual Eksplisit

Jangan berkongsi atau mengedarkan kandungan yang mengandungi bahan berunsur seks yang eksplisit seperti kebogelan, aksi seks grafik dan kandungan pornografi. Hal ini termasuk menghalakan trafik kepada laman pornografi komersial. Kami membenarkan kandungan untuk tujuan pendidikan, dokumentari, saintifik atau kesenian.

Spam

Jangan hantar spam. Hal ini mungkin termasuk kandungan promosi atau komersil yang tidak dikehendaki, kandungan tidak dikehendaki yang dibuat oleh atur cara automatik, kandungan berulang yang tidak dikehendaki, kandungan karut atau apa-apa pengumpanan yang dibuat secara besar-besaran.

Gangguan Sistem

Jangan menyalahgunakan produk ini dan jangan membahayakan, merendahkan atau menjejaskan pengendalian rangkaian, peranti atau infrastruktur lain. Hal ini termasuk merendahkan, melumpuhkan, atau mengganggu secara negatif mana-mana aspek produk atau perkhidmatan produk.

Keganasan & Kengerian

Jangan berkongsi atau mengedarkan kandungan ganas atau ngeri yang melibatkan orang atau haiwan dalam kehidupan sebenar yang tujuan utama kandungan tersebut hanyalah untuk membuat kejutan, kegemparan atau tujuan yang tidak sepatutnya. Hal ini termasuklah keganasan yang amat grafik, seperti pemenggalan atau bahan visual mayat yang dicacatkan, yang diambil dari jarak dekat. Keganasan grafik, seperti kandungan yang terdapat darah yang banyak, mungkin dibenarkan dalam konteks pendidikan, dokumentari, saintifik atau artistik tetapi sila berikan maklumat yang mencukupi untuk membantu orang ramai memahami konteksnya. Dalam sesetengah keadaan, kandungan mungkin tersangat ganas atau mengejutkan sehingga tiada konteks yang akan membolehkan kandungan itu kekal pada platform kami. Akhir sekali, jangan menggalakkan orang lain melakukan tindakan keganasan tertentu.

Organisasi & Gerakan Ganas

Organisasi pengganas tidak dibenarkan untuk menggunakan produk ini bagi sebarang tujuan, termasuk perekrutan. Kami juga akan mengambil tindakan terhadap pengelola atau peserta Mesyuarat berhubung kandungan yang berkaitan dengan keganasan seperti menggalakkan tindakan pengganas, menghasut keganasan atau meraikan serangan pengganas.

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Apl Google
Menu utama
11039591736329231844
true
Cari di Pusat Bantuan
false
true
true
true
true
true
713370
false
false
false
false