Tingkatkan pengalaman video & audio anda

Anda boleh menukar tetapan video dan audio anda agar orang lain boleh mendengar suara anda dan melihat video anda dengan lebih baik.

Petua: Sebelum menyertai mesyuarat, anda juga boleh menyemak dengan segera peranti persisian anda yang tersedia dan bersambung. Ketahui cara menyemak video dan audio anda dalam Google Meet.

Tukar kualiti kamera atau video komputer anda

Anda juga mungkin mahu mengurangkan kualiti video jika anda mengalami:

  • Lengah video atau audio
  • Sambungan rangkaian lemah
  • Bateri lemah
  • Data yang tersedia terhad
  • Isu kualiti yang lain

Tukar peleraian kamera atau video

  1. Buka meet.google.com/ pada penyemak imbas web.
  2. Klik Tetapan Tetapan kemudian Video.
  3. Pilih tetapan yang mahu ditukar:
    • Kamera—Pilih peranti kamera anda. Jika kamera anda berfungsi, anda akan melihat suapan video anda pada sebelah kanan Video.
    • Peleraian penghantaran— Kualiti imej daripada peranti anda yang dilihat oleh pengguna lain.
    • Peleraian penerimaan— Kualiti imej yang anda lihat daripada peserta lain.
  4. Klik Selesai.
Ketahui tentang pilihan tetapan peleraian

Peleraian penghantaran (maksimum)

  • Definisi Tinggi Penuh (1080p) Pilihan ini hanya tersedia pada komputer yang dilengkapi dengan kamera 1080p dan kuasa pengkomputeran yang mencukupi. Menggunakan paling banyak data tetapi kamera anda akan menghantar gambar berkualiti paling tinggi.
  • Definisi Tinggi (720p)— Menggunakan data yang banyak tetapi kamera anda akan menghantar gambar berkualiti tinggi.
  • Definisi standard (360p)— Menggunakan kurang data tetapi kamera anda akan menghantar gambar yang berkualiti lebih rendah.

Peleraian penerimaan (maksimum)

  • Definisi Tinggi Penuh (1080p)— Menggunakan paling banyak data tetapi anda akan menerima gambar berkualiti paling tinggi.
  • Definisi Tinggi (720p)— Menggunakan data yang banyak tetapi anda menerima gambar berkualiti tinggi.
  • Definisi standard (360p)— (suapan tunggal) Untuk menjimatkan lagi data, lakaran kecil peserta lain dimatikan.
  • Audio Sahaja:— Untuk menggunakan jumlah data yang paling sedikit, anda tidak dapat melihat sebarang video.
Ketahui perkara yang anda perlukan untuk menghantar video 1080p

Penting: 1080p tidak disokong pada Firefox dan Safari.

Sesiapa sahaja yang mempunyai peranti serasi boleh menerima video 1080p. Hanya edisi yang berikut boleh menghantar video 1080p:

  • Business Plus
  • Business Standard
  • Education Plus
  • Enterprise Essentials
  • Enterprise Plus
  • Enterprise Standard
  • Enterprise Starter
  • Pelanggan Google One dengan ruang storan 2TB atau lebih besar
  • Google Workspace Individual
  • Teaching & Learning Upgrade

Hidupkan pembingkaian video

Pembingkaian video tersedia untuk edisi Google Workspace ini
  • Business Standard
  • Business Plus
  • Enterprise Starter
  • Enterprise Essentials
  • Enterprise Standard
  • Enterprise Plus
  • Education Plus
  • Akaun Teaching and Learning Upgrade
  • Workspace Individual
  • Pelanggan Google One dengan ruang storan 2TB atau lebih besar
Ketahui perkara yang anda perlukan untuk pembingkaian video

Anda memerlukan:

Dayakan pecutan perkakasan

Dayakan pada Windows atau Mac:

  1. Pada bahagian atas sebelah kanan tetingkap Chrome, klik Menu kemudian Tetapan .
  2. Pada sebelah kiri, bersebelahan "Terperinci", klik Anak Panah Ke Bawah Anak panah ke bawah.
  3. Klik Sistem Wrench.
  4. Jika tersedia, dayakan Gunakan pecutan perkakasan.
  5. Mulakan semula Chrome.

Semak sokongan WebGL

Semak sama ada penyemak imbas anda menyokong WebGL pada webglreport.com. Sahkan bahawa “Major Performance Caveat” ditandai sebagai “Tidak”.

Jika peranti anda tidak stabil atau ranap, penyemak imbas anda mungkin melumpuhkan WebGL. Anda tidak boleh menguatkuasakan WebGL pada peranti WebGL yang tidak stabil. Dalam sesetengah keadaan, tindakan mengemaskinikan pemacu kad grafik atau memulakan semula penyemak imbas anda mungkin dapat membantu. Ketahui lebih lanjut tentang sokongan WebGL.

Syor automatik untuk pembingkaian dan pencahayaan video

Syor automatik hanya tersedia kepada peserta yang menggunakan peranti dengan 2 teras ke atas dengan hiperurutan.

Apabila panggilan bermula dan pembingkaian dihidupkan, Meet membingkaikan semula atau memusatkan video anda jika anda:

  • Terlalu jauh dari kamera.
  • Tidak berada di tengah-tengah. Jika anda tidak berada di tengah-tengah, anda juga boleh memusatkan semula diri anda.

Jika peranti anda menyokong syor automatik:

  • Meet akan menggesa anda untuk mendayakan ciri ini.
  • Jika anda tidak mahu Meet melaraskan pembingkaian, anda boleh melumpuhkan ciri tersebut.

Untuk menghidupkan pembingkaian video:

  1. Buka Google Meet pada komputer anda.
  2. Pilih mesyuarat video.
  3. Sebelum anda menyertai atau semasa panggilan, klik Lagi kemudian Gunakan Kesan Visual .
  4. Klik Penampilan kemudian dan dayakan Pembingkaian .

Pusatkan semula video

Untuk mengurangkan gangguan, Meet tidak memusatkan semula pengguna selepas pembingkaian awal. Untuk memusatkan semula diri anda semasa dalam mesyuarat:

Pada jubin paparan sendiri

  1. Tuding pada jubin paparan sendiri anda.
  2. Klik Lagi pilihan kemudian Bingkaikan semula.

Dalam menu Lagi pilihan

  1. Klik Lagi pilihan kemudian Gunakan Kesan Visual .
  2. Klik Penampilan kemudian Bingkaikan semula.

Menghidupkan pelarasan pencahayaan video automatik

Penting: Tetapan ini hanya tersedia pada desktop, iPhone dan iPad. Jika anda mempunyai akses kepada Gemini Enterprise, Gemini Business atau Google One AI Premium atau anda ialah penguji dipercayai melalui Workspace Labs, sebaliknya gunakan pencahayaan studio.

Apabila pelarasan pencahayaan video dihidupkan, Meet dapat mengesan jika anda tidak menerima pencahayaan yang mencukupi dan boleh meningkatkan kecerahan secara automatik supaya anda dapat dilihat dengan lebih jelas. Meet akan menggesa anda menghidupkan ciri ini jika anda tidak menerima pencahayaan yang mencukupi dan peranti anda menyokong syor automatik. Jika anda tidak mahu Meet melaraskan cahaya secara automatik, anda boleh mematikan pelarasan pencahayaan video.

Untuk membantu peranti menjalankan video dalam masa nyata dengan lebih baik, anda boleh memproses pelarasan pencahayaan latar dalam awan. Ciri ini menjimatkan kuasa bateri dan pemproses serta mengoptimumkan kualiti mesyuarat video.

Ketahui waktu anda perlu menggunakan kesan visual pada komputer

Dayakan Pecutan perkakasan 

Hidupkan pecutan perkakasan pada Windows atau Mac: 

  1. Pada bahagian atas sebelah kanan tetingkap Chrome, klik menu Lagi kemudian Klik Tetapan
  2. Pada sebelah kiri, bersebelahan "Terperinci", klik Anak Panah Ke Bawah Anak panah ke bawah.
  3. Klik Sistem Wrench.
  4. Hidupkan Gunakan pecutan perkakasan apabila tersedia.
  5. Mulakan semula Chrome.

Semak sokongan WebGL

Semak sama ada penyemak imbas anda menyokong WebGL atau tidak di webglreport.com dan sahkan bahawa “Major Performance Caveat” ditandai sebagai “Tidak”. Penyemak imbas anda mungkin melumpuhkan WebGL jika peranti tidak stabil atau menyebabkan ranap sistem. Anda tidak boleh menguatkuasakan WebGL pada peranti WebGL yang tidak stabil. Dalam sesetengah keadaan, tindakan mengemaskinikan pemacu kad grafik atau memulakan semula penyemak imbas anda mungkin dapat membantu. Ketahui lebih lanjut tentang sokongan WebGL

Meet melaraskan antara peranti dengan pemproses berasaskan awan

Pelarasan antara peranti dengan pemproses kesan berasaskan awan dilakukan secara automatik oleh Meet. Pelarasan tersebut mengutamakan pemprosesan kesan berasaskan awan untuk peranti:

  • Dengan CPU 4 teras atau versi lebih lama (kurang daripada 8 teras logik)
  • Yang menggunakan Infrastruktur Desktop Maya (VDI)

Petua: Jika anda menggunakan VDI tetapi tiada GPU tersedia, pemprosesan kesan berasaskan awan digunakan. Keadaan ini mungkin mengakibatkan ketersediaan ciri kesan yang terhad. Ketahui cara menyediakan rangkaian anda untuk mesyuarat.

Syor automatik untuk pembingkaian dan pencahayaan video

Syor automatik hanya tersedia kepada peserta yang menggunakan peranti dengan 2 teras ke atas dengan hiperurutan. 

Ketahui perkara yang anda perlukan untuk pemprosesan kesan berasaskan awan

Pelarasan antara peranti dengan pemproses kesan berasaskan awan dilakukan secara automatik oleh Meet. Pelarasan tersebut mengutamakan pemprosesan kesan berasaskan awan untuk peranti:

  • Dengan CPU 4 teras atau versi lebih lama (kurang daripada 8 teras logik)
  • Yang menggunakan Infrastruktur Desktop Maya (VDI)

Pada masa ini, ciri ini tersedia untuk komputer Windows, ChromeOS dan Linux yang mematuhi keperluan pemprosesan berasaskan peranti.

Pada masa ini, pemprosesan kesan berasaskan awan tersedia untuk:

Penting: Kesan visual yang menggunakan pemecut awan tersedia untuk pengguna Google Workspace Business Standard, Business Plus, Enterprise Standard, Enterprise Plus dan Workspace Individual di rantau yang layak:

  • Asia Tengah
  • Eropah
  • Afrika Utara
  • Amerika Utara
  • Asia Tenggara

Sokongan untuk rantau tambahan sedang ditambahkan.

  1. Pada komputer anda, buka meet.google.com.
  2. Sertai mesyuarat video.
  3. Sebelum anda menyertai atau semasa mesyuarat, klik Lagi  kemudian Tetapan .
  4. Pada bahagian sebelah kiri, klik Video kemudian Laraskan pencahayaan video 

Tindakan mendayakan pelarasan cahaya mungkin memperlahankan peranti anda. Anda mungkin mahu mematikan ciri ini untuk membenarkan apl lain berjalan dengan lebih pantas pada komputer anda.

Hidupkan Kemasan potret

Anda boleh memperkemas sedikit penampilan anda sebelum anda menyertai atau semasa mesyuarat. Anda boleh memilih:

  • Halus: Pelicinan kulit, pencerahan lingkaran bawah mata dan pemutihan mata kepada tahap yang sedikit.
  • Pelicinan: Pelicinan kulit, pencerahan lingkaran bawah mata dan pemutihan mata kepada tahap yang lebih ketara.
  1. Sebelum anda menyertai mesyuarat, pada bahagian bawah paparan sendiri anda, klik Gunakan kesan visual .
    • Semasa mesyuarat, tuding pada paparan sendiri anda. Pada bahagian tengah, klik Gunakan kesan visual .
  2. Klik Penampilan kemudian dayakan kemasan Potret
  3. Buat pilihan daripada menu lungsur:
    • Halus
    • Licin
Ketahui edisi yang menyokong Kemasan potret
  • Google One
  • Google Workspace Individual
  • Enterprise Essentials
  • Business Standard
  • Business Plus
  • Enterprise Starter
  • Enterprise Standard
  • Enterprise / ESKU (Lama)
  • Enterprise Plus
  • ESKU Set G
  • Teaching & Learning Upgrade
  • Education Plus
Ketahui waktu anda perlu menggunakan kesan visual pada komputer

Dayakan Pecutan perkakasan 

Hidupkan pecutan perkakasan pada Windows atau Mac: 

  1. Pada bahagian atas sebelah kanan tetingkap Chrome, klik menu Lagi kemudian Klik Tetapan
  2. Pada sebelah kiri, bersebelahan "Terperinci", klik Anak Panah Ke Bawah Anak panah ke bawah.
  3. Klik Sistem Wrench.
  4. Hidupkan Gunakan pecutan perkakasan apabila tersedia.
  5. Mulakan semula Chrome.

Semak sokongan WebGL

Semak sama ada penyemak imbas anda menyokong WebGL atau tidak di webglreport.com dan sahkan bahawa “Major Performance Caveat” ditandai sebagai “Tidak”. Penyemak imbas anda mungkin melumpuhkan WebGL jika peranti tidak stabil atau menyebabkan ranap sistem. Anda tidak boleh menguatkuasakan WebGL pada peranti WebGL yang tidak stabil. Dalam sesetengah keadaan, tindakan mengemaskinikan pemacu kad grafik atau memulakan semula penyemak imbas anda mungkin dapat membantu. Ketahui lebih lanjut tentang sokongan WebGL

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
11396779888737197504
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
713370
false
false