Anda boleh menghantar mesej video atau suara menggunakan Meet, sama ada untuk meneruskan perbualan sepanjang hari atau untuk meninggalkan mesej jika penerima tidak dapat menjawab panggilan Meet. Panjang mesej ini boleh mencapai hingga 30 saat. Anda juga boleh membuat dan menghantar nota yang diperibadikan.
Walaupun kami terus memperhalus keseluruhan pengalaman Google Assistant, Assistant tidak menyokong ciri yang kurang digunakan lagi, seperti mesej video atau audio. Ketahui cara kami memperhalus ciri Google Assistant.
Untuk menghantar atau menerima mesej, anda perlu menggunakan versi terbaharu Meet.
Tinggalkan mesej video atau suara
- Buka Google Meet
pada telefon atau tablet Android anda.
- Ketik Baharu.
- Pilih kenalan.
- Ketik Panggil.
- Selepas panggilan berdering selama 60 saat, anda boleh meninggalkan mesej.
- Anda juga boleh mengetik Tinggalkan mesej video atau Tinggalkan mesej suara semasa panggilan berdering.
- Ikut arahan pada skrin.
- Setelah selesai merakam, ketik Berhenti
. Anda boleh:
- Menggunakan penapis, melukis atau menambahkan teks pada mesej video anda.
- Ciri ini tidak serasi dengan semua peranti Android dan mungkin tidak tersedia pada peranti anda.
- Pratonton mesej anda.
- Ketik Rakam semula.
- Menggunakan penapis, melukis atau menambahkan teks pada mesej video anda.
- Ketik Hantar
.
Petua: Jika anda menambahkan teks atau melukis pada mesej video anda, anda boleh membuat perubahan sebelum mesej tersebut dihantar. Untuk memadamkan teks, ketik Teks Batal. Untuk memadamkan lukisan, ketik Lukis
Buat asal.
Hantar mesej tanpa memanggil seseorang
- Buka Google Meet
pada telefon atau tablet Android anda.
- Ketik Baharu.
- Pilih kenalan atau kumpulan.
- Pada bahagian bawah sebelah kiri, ketik Mesej
.
- Ketik Video
.
- Ketik Video
- Setelah selesai merakam, ketik Berhenti
. Anda boleh:
- Menggunakan penapis, melukis atau menambahkan teks pada mesej video anda.
- Ciri ini tidak serasi dengan semua peranti Android dan mungkin tidak tersedia pada peranti anda.
- Pratonton mesej anda.
- Ketik Rakam semula.
- Menggunakan penapis, melukis atau menambahkan teks pada mesej video anda.
- Ketik Hantar
.
Hantar foto atau video daripada peranti anda
Anda boleh memberikan kebenaran kepada Meet untuk menghantar item daripada apl galeri peranti anda.
- Buka Google Meet
pada telefon atau tablet Android anda.
- Ketik Baharu.
- Pilih kenalan atau kumpulan.
- Pada bahagian bawah sebelah kiri, ketik Mesej
.
- Ketik Foto atau Video. Anda boleh memilih saiz video hingga 180 MB.
- Ketik Selesai
Hantar
.
Hantar nota
- Buka Google Meet
pada telefon atau tablet Android anda.
- Ketik Baharu.
- Pilih kenalan atau kumpulan.
- Ketik Mesej
Nota.
- Buat mesej anda:
- Untuk mengalihkan atau memutarkan teks: Sentuh dan tahan, kemudian seret.
- Untuk mengubah saiz: Cubit atau tarik teks.
- Untuk melukis: Pada bahagian atas sebelah kanan, ketik Lukis
.
- Untuk menukar warna latar: Pada bahagian atas sebelah kanan, ketik Lukis
Palet
.
- Ketik Hantar nota
Hantar
.
Mainkan mesej yang anda hantar atau terima
Penting: Untuk memainkan mesej pada peranti, anda perlu log masuk ke Meet pada peranti tersebut pada masa mesej itu dihantar. Selepas memainkan mesej, anda boleh mengakses semula mesej tersebut pada bila-bila masa melainkan anda menukar tetapan Meet anda untuk memadamkan mesej 24 jam selepas dimainkan. Apabila anda memadamkan mesej, mesej tersebut dialih keluar daripada semua peranti.
- Buka Google Meet
pada telefon atau tablet Android anda.
- Pilih kenalan atau kumpulan. Mesej dipaparkan bersebelahan nama kenalan anda.
- Ketik Main
Mesej video.
- Dari sini, anda boleh memuat turun, berkongsi, membalas atau memadamkan mesej atau memanggil balik orang itu.
- Buka Google Meet
pada telefon atau tablet Android anda.
- Pada bahagian atas sebelah kiri, ketik Lagi
.
- Ketik Tetapan
Tetapan panggilan
Tetapan Mesej.
- Matikan Simpan Mesej.
Apabila anda memuat turun mesej, mesej tersebut disimpan pada peranti anda. Jika anda menyandarkan data pada telefon anda kepada akaun awan, seperti Google Drive, data tersebut akan disimpan di sini juga.
Anda boleh memainkan mesej Meet baharu pada Nest Hub atau Nest Hub Max anda. Untuk mencari mesej lama atau memainkan semula mesej, gunakan apl Meet pada peranti mudah alih anda. Mesej yang tidak dimainkan akan tamat tempoh pada paparan pintar anda 30 hari selepas anda menerima mesej itu.
Penting: Apabila anda menggunakan sari kata, klip audio anda dihantar kepada pelayan Google untuk pentranskripsian. Video tersebut tidak akan disertakan dan fail audio tidak akan disimpan. Tiada maklumat peribadi yang dikongsi.
- Buka Google Meet
pada telefon atau tablet Android anda.
- Pada bahagian atas sebelah kiri, ketik Lagi
Tetapan
Tetapan panggilan
Tetapan Mesej
Sari kata untuk mesej.
Petua: Jika anda memadamkan akaun Meet anda, mana-mana mesej yang tidak disimpan akan dipadamkan.