Gunakan kawalan panggilan dengan Google Meet

Anda boleh menggunakan butang atau kawalan panggilan pada peranti USB anda seperti set kepala atau mikrofon, untuk meredamkan dan menyahredamkan diri anda dalam Google Meet. 

Sebelum anda bermula

Untuk mendapatkan hasil yang terbaik: 

  • Gunakan set kepala atau mikrofon yang diperakui Meet.
  • Kawalan panggilan berfungsi dengan kebanyakan peranti USB. 
    • Peranti yang tidak diperakui Meet mungkin tidak berfungsi seperti yang diharapkan.
  • Peranti Bluetooth tidak disokong pada masa ini.

Petua: Pada masa ini, ciri ini hanya disokong pada Chrome dan penyemak imbas berasaskan Chromium seperti Microsoft Edge. 

Hidupkan kawalan panggilan untuk peranti USB anda

Anda boleh menghidupkan kawalan panggilan sebelum atau semasa mesyuarat. Untuk menghidupkan kawalan panggilan semasa dalam mesyuarat:

  1. Klik Lagi kemudian Tetapan .
  2. Dalam bahagian Audio, klik Kawalan Panggilan.
  3. Klik + Sambungkan peranti
  4. Tetingkap timbul akan meminta anda menyambungkan peranti kepada Meet. Pilih peranti USB anda. Klik Sambung.
  5. Apabila tetingkap timbul dibuka dalam bar URL penyemak imbas anda, pilih peranti untuk dihidupkan dan klik Sambung.

Gunakan kawalan panggilan untuk peranti USB anda

Semasa dalam mesyuarat, anda boleh menekan butang redam atau nyahredam pada peranti anda. Jika peranti anda dilengkapi cahaya status LED, lampu itu akan disegerakkan dengan status redam semasa anda.

Alih keluar kebenaran untuk peranti USB

  1. Semasa dalam mesyuarat atau melalui meet.google.com, tuding pada bar URL dalam penyemak imbas anda dan klik Lihat maklumat laman Kunci
  2. Pada bahagian bawah tetingkap timbul ini, terdapat senarai peranti yang diberikan kebenaran bagi penggunaan pada Meet. Bersebelahan peranti yang mahu dialih keluar, klik Padam Delete.
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
732737160652183428
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
713370
false
false