Ketahui tentang kod mesyuarat dalam Google Meet

Setiap mesyuarat diberikan kod mesyuarat yang unik. Kod tamat tempoh berdasarkan jenis produk yang telah membuat mesyuarat itu. Anda boleh membuat mesyuarat daripada:

  • Google Calendar
  • Google Chat
  • Google Classroom
  • Gmail
  • Bilik pecahan Google Meet
  • Halaman utama Google Meet - meet.google.com.
  • Peranti Bilik mesyuarat Google
  • Google Nest
  • Jamboard
  • Perisian pihak ketiga yang lain. Sebagai contoh, Outlook.

Semak tarikh tamat tempoh kod anda

Untuk memastikan anda tidak menyertai mesyuarat dengan kod yang sudah tamat tempoh dan untuk merancang mesyuarat masa hadapan yang anda buat dengan lebih baik lagi, semak tarikh tamat tempoh kod mesyuarat.

Mesyuarat dimulakan dalam Google Calendar

Kod mesyuarat tamat tempoh apabila syarat yang berikut dipenuhi:

  • Kod mesyuarat tidak digunakan selama 365 hari.
  • Kod mesyuarat tidak dikaitkan dengan sebarang acara kalendar pada masa hadapan.

Petua: Jika kod dijanakan dalam produk lain, kemudian ditampalkan pada undangan Calendar, mesyuarat itu bukan mesyuarat yang dijanakan oleh Calendar. Kod tamat tempoh berdasarkan jenis produk yang telah membuat mesyuarat itu.

Mesyuarat dimulakan daripada Google Chat

Kod mesyuarat akan tamat tempoh dalam masa 365 hari selepas penggunaan terakhir.

Mesyuarat dimulakan dalam Google Classroom

Kod mesyuarat akan tamat tempoh dalam masa 365 hari selepas penggunaan terakhir.

Mesyuarat dimulakan daripada Gmail

Kod mesyuarat akan tamat tempoh dalam masa 365 hari selepas penggunaan terakhir.

Mesyuarat dimulakan daripada Bilik pecahan dalam Google Meet

Setiap kali anda membuat Bilik Pecahan, setiap bilik akan diberi kod mesyuarat yang unik. Bilik ini akan tamat tempoh dengan serta-merta selepas mesyuarat utama tamat.

Mesyuarat dimulakan daripada halaman utama Google Meet - cth. meet.google.com

Kod mesyuarat akan tamat tempoh dalam masa 365 hari selepas penggunaan terakhir.

Mesyuarat dimulakan daripada perkakasan bilik mesyuarat

Kod mesyuarat akan tamat tempoh dengan serta-merta selepas semua pengguna meninggalkan mesyuarat.

Mesyuarat dimulakan dalam Google Nest

Kod mesyuarat yang dijanakan dengan bertutur dengan peranti Nest anda dan menyebut “Hey Google, start a meeting” akan tamat tempoh dalam masa 365 hari selepas penggunaan terakhir.

Kod mesyuarat yang dijanakan dengan memulakan mesyuarat selepas mengetik paparan Nest akan tamat tempoh dalam masa 365 hari selepas penggunaan terakhir

Pengguna Workspace dalam program beta sahaja: Kod mesyuarat yang dijanakan melalui penggunaan nama panggilan mesyuarat akan tamat tempoh dengan serta-merta selepas semua pengguna meninggalkan mesyuarat.

Mesyuarat dimulakan daripada Jamboard

Kod mesyuarat akan tamat tempoh dengan serta-merta selepas semua pengguna meninggalkan mesyuarat.

Mesyuarat dimulakan daripada program pihak ketiga yang lain seperti Outlook

Kod mesyuarat akan tamat tempoh dalam masa 365 hari selepas penggunaan terakhir. Jika seseorang menggunakan kod dalam tempoh 365 hari, masa tamat tempoh akan ditambahkan sebanyak 365 hari lagi.

Mesyuarat dengan nama panggilan Google Workspace

Penting: Hanya pengguna Google Workspace boleh membuat mesyuarat dengan nama panggilan.
Kod mesyuarat akan tamat tempoh dengan serta-merta selepas semua pengguna meninggalkan mesyuarat.
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
2806339589445117714
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
713370
false
false